Blogger Layouts

Followers

Monday, April 4, 2011

Samosa Dah Menjadi



Bila cucu maklong tidor.. maklong ada masa tanya google cara nak buat samosa.. siap tengok utube.. dan maklong pasti makong boleh buat..

Inti untuk buat samosa masih berbaki sikit.. so, maklong yang tak berputus asa mencuba sekali lagi.. alhamdulillah menjadi nampak gayanya..

bahan:
1 bungkus kulit popia
400 gm daging kisar ramly
2 biji kentang dipotong dadu kecil2
2 labu bawang besar dipotong kecil*
3 ulas bawang putih tumbuk*
2 sudu serbuk kari daging
garam & aji
daun sup potong halus

cara buat inti:
panaskan 2 sudu minyak masak.. tumiskan bahan2 bertanda (*).. hingga kekuningan..
masukkan serbuk kari.. daging dan kentang.. masak diatas api kecil hingga kentang menjadi lembut.. bubuh sedikit air jika perlu
masukkan garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan daun sup
sejukkan

ambil sekeping kulit popia.. potong 2..
bentukkan seperti kun.. isikan inti kedalam kun tu..
tutup rapat hingga bentuk segi3.. gamkan menggunakan putih telur..
ulang hingga habis..
panaskan minyak.. goreng hingga garing..

2 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

Kiut miut samosa tu.. usaha tangga kejayaan kan.

Sy pernah buat dulu samosa ni sebesar gedabak jadinya pasal x potong kulit popia takut jadi kecik x leh lipat jadi kon.

Along Maklong said...

hehehe..
yang ni.. kulit popia yg besar tu potong 2..
maklong potong lagi 1/2 inci.. tu yg jadi kiut tu..