Blogger Layouts

Followers

Friday, April 22, 2011

Asparagus Goreng Belacan


Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong sebuk sikit.. kepala pun agak serabut.. jadi dapur tak berasap.. pagi lagi maklong dah ke JPJ wangsa maju.. buat lesen antara bangsa anak maklong yang kat jepun tu.. sistem tergendala lah pulak kenalah maklong tunggu sampai sistem ok.. ada masaalah sikit.. nasib baik pegawai kat situ nak tolong mempermudahkan urusan lesen tu.. siap satu perkara..

Asparagus ni maklong masak untuk makan malam.. cubaan pertama maklong.. teringat masa maklong ke jepun tahun lepas.. maklong teringin nak cuba masak asparagus ni.. sebab maklong ada terpandang kawan anak maklong masak.. macam sedap je.. maklong suruh anak maklong belikan untuk maklong.. masa tu dah tinggal sehari je maklong kat sana.. anak maklong dah belikan tapi maklong tak sempat nak masak.. teringat2 sampai sekarang..

Semalam maklong kepasar borong nampaklah asaparagus ni.. terus beli.. dan malam ni baru sempat nak masak.. sedap rupanya.. masaknya pun senang je..


Kali maklong nak cerita pasal resepinya ringkas je.. macam kita sembang2 pasal masak.. santai gitu kan.. secekak asparagus potong pendek2.. ambil yang lembut je.. sambil tengok tv.. tulah kerja maklong.. masuk dapur pulak buang kulit udang dalam 10 ekor.. kupas bawang merah dan bawang putih.. tumbuk kasar boh cili api sikit dan belacan..

Panaskan minyak.. tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi.. masukkan udang.. sos ikan sesudu.. sos tiram sesudu.. rasa gara ajinya.. bila dah rasa ok.. masukkan asparagus.. alahai.. maklong rasa macam tak berseri sayur maklong ni.. telur kat rumah maklong banyak.. maklong basuh sebiji terus pecahkan dalam sayur tadi.. hmmm.. sedap dan dah pun siap.. boleh lah hidang.. kejap lagi paklong balik dari kerja.. dia mesti nak makan tak kira lauk apa.. telur goreng pun jadilah janji maklong yang masak..


Tu yang susah nak ajak paklong makan kat luar.. sebulan sekali pun susah.. tapi maklong dah lali jadi tak kesah pun.. kalau maklong teringin nak makan kat luar.. maklong makan sorang2 pun jadi.. jadi, kalau ada sapa2 ternampak maklong makan sorang2 tu janganlah terkejut ye.. selalunya kat restoran pak tam je..

5 comments:

Maira Anjami said...

alahai~kurusnye asparagus..hihi..kat sini debab2..
adik jarang sgt msk asparagus..selama dok sini pnh msk 3 kali je kot..sayur mahal la ktekan..hehe..
tapi hri tu masak,in mcm suke je..pasni mngkin lbih kerap msk aspara^_^

kzai said...

salam ziarh zu..sedapnye asparagus grg mcmni..syok mkn dgn nasi panas kan...

lyn_linna said...

hak hak..restoran pak tam?huuu rindu la..kitorang pun slalu duk lepak situ..tp pak tam jrg2..kitorang slalu p rumpun slera..hehe

Along Maklong said...

adik.. masa ni mak tak pandai pilih lagi.. tadi mak ada terpandang yang gemuk2.. ayah pun suka.. mak pun kena selalu masak nampak gayanya.. kat sini 1kg rm8.. kira mahal jugak la kan..

kzai.. terima kasih sudi ziarah maklong..
maklong baru 1st time masak ni.. semua suka.. tandanya sedaplah kan.. hehe

Along Maklong said...

lyn.. c.idah suka kat pak tam untuk makan tengahari.. macam2 ada.. best2..!! sotong masak kari.. kerabu.. pecal.. ikan keli goreng tepung.. kasi lyn terliur.. hehe..