Blogger Layouts

Followers

Thursday, April 14, 2011

Udang Goreng Kunyit



Assalamualaikum semua..
Setelah seharian berehat dari masak memasak.. petang ni maklong masuk dapur untuk masak menu makan malam ni dan untuk maklong berbuka puasa sekejap lagi.. petang ni maklong masak udang goreng kunyit.. daging masak kurma dan sayur buncis goreng..

Resepi untuk udang goreng ni maklong main capai je apa yang ada dalam peti ais.. udang ni je yang maklong baru beli kat NSK..

Bahan:
500 gm udang bersihkan dan toskan
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji cili hijau dipotong serong
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 inci halia dihiris
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
sedikit kunyit hidup*
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan yang bertanda (*).. tumiskan bahan tersebut bersama halia hingga kekuningan
masukkan udang.. gorengkan hingga agak garing..
sebelum angkat masukkan bahan2 yang dipotong
rasa garam dan aji secukup rasa..
angkat dan hidangkan..

2 comments:

Kjee said...

sedapnyer mak long.

Along Maklong said...

gambar nampak sedap.. rasa, boleh lah tahan..