Blogger Layouts

Followers

Friday, July 1, 2011

Terung Masak Taucu

Assalamualaikum Semua..
Terung ni maklong dah lama beli.. tapi masih cun didalam esbok maklong.. so, semalam maklong keluarkan dari simpanan.. lama dah teringin nak masak taucu terung macam kak jee tapi kan bila nak tengok resepi tak jumpala pulak.. maklong pun intai kat myr.. resepinya lebih kurang macam nak masak goreng biasa cuma bubuh taucu tu je..

Bahan:
3 biji terung potong serong
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit cili api*
3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin..
gara & aji
gula

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan taucu.. kemudian masukkan terung..
tumiskan sekejap.. tambah sedikit air.. garam aji dan gula..
masak hingga terung lembut..
sedia untuk dihidang..

10 comments:

Maira Anjami said...

mak..bakpo asek gambo tanpe kate2 ni..takkan la hri jumaat pon nk wat wordless wednesday..hikhikhik:))

Along Maklong said...

adikk..
hari jumat ni wordless friday lah pulak.. hehe.. sebenarnya tersuka sangat boleh uplod gambar.. tu yang nak membebel pun tunggu kemudian..

cik cek said...

Maklong pekabo hari ni....busy kat dapo ke tu...lama cek tak dtg...ni dtg nak ngendeng terung...cek suka terung masak cam ni...besttt....

CT Delima said...

As'salam maklong

Maaf maklong cygg arini lambat sikit sampai, semput ni berlari2 anak nasib baik dapat sampai dan tak pengsan kat jalan gombak tu.. hahaha. Adoiii..hari ni ct sibuk sana sini lah maklong uruskan amik penyata anak2 sekolah agama dan kebangsaan. Yang penatnya ct dok jalan kaki bukan naik roda 4 tu, haa tu yang penat macam lari 4x400 meter jer rasa..hihihi.

Lauk pauk maklong banyak yang terlepas, tapikan ada satu yang ct suka makan. tu haa..ikan bulu ayam tu memang sedap maklong kalau goreng rangup2 memang ct suka. lama dah tak makan. sebab banyak tulang kan.

Maklong nak cakap lagi sikit ni, boleh ehh..hihi. esok dan lusa ct sibuk lagi tak dapat nak singgah sini. esok ada larian 1 Malaysia. jadi ct ikut lari sama. tak dapat nak singgah tau. cakap dulu kang ternanti2 jer ct datang.. hehehe.

Along Maklong said...

cek..
maklong sehat2 je.. komp ni je yang kadang2 tak shat..
maklong pun baru cuba tak sangka sedap dan kena masak selalu lepas ni.. hehe..

Along Maklong said...

CT..
w.salam..

wahh.. CT ni ibu mithali sungguh. sanggup jalan kaki demi anak2.. nape tak ajak maklong tadi.. maklong hari ni free..

lagi sekali maklong tabik.. sebab masih larat masuk larian 1 malaysia.. kalau maklong mesti pancit punya.. kira obes dah ni, jalan pun mengah ni kan pulak nak berlari.. hehe.. good luck CT..

IXORAROXI said...

best nampak terung tu, kalau pedas berapi lagi best gamaknya eikkk...adoiiii seminggu tertinggal komen, tertinggal banyak posting mak long :D

Along Maklong said...

ixora..
terung ni memang bestlah..
pedas berapi.. kalau maklong masak mesti pedas punya.. hehe..

Abdul Wafiy said...

cik Bedah pasaiapa nak cuci itu taucu?
x efek ka rasa taucu tu, masen2 taucu tu sdap gak kan

Along Maklong said...

wafiy..
kalau tak cuci dulu.. tak ke masin sangat.. issskk takut kena darah tinggi pulak.. hehe..

kesedapan taucu tu masih ada walaupun dicuci.. awat.. wafiy masak tak payah cuci ka..? makcik pernah cuba tapi.. dia punya masin makcik tak boleh tahan.. sebab makcik suka boh banyak2..