Blogger Layouts

Followers

Sunday, July 10, 2011

Peria Katak Goreng

Assalamualaikum semua..

Maklong kan dah banyak kali cuba goreng peria katak ni tapi resepinya maklong main agak2 je.. jadi, bila minggu lepas maklong pergi makan tengahari kat kedai makan paktam.. maklong tanya kat mamat bangla yang tukang goreng peria dan lain2nya kat kedai tu.. mamat bangla tu jawab.. itu tepung beras campur tepung jagung.. kunyit.. kari sikit.. garam taruk itu aji pun taruk.. itu saja.. berbelit lidah dia nak menerangkan kat maklong.. hehe..

Bila maklong ke NSK hari jumat lepas maklong pun belilah peria katak.. dan hari ni barulah sempat goreng.. maklong ikut resepi yang mamat bangla tu bagi.. tapi maklong tambah air kapur pada bancuhan tepung beras tu supaya rangup.. dan hasilnya memang mantap.. tapi kan.. ada tapilah pulak.. tak serangup yang mamat bangla tu gorengla.. maklong punya rangup tepungnya je.. perianya ada yang rangup ada yang tak.. huhu.. maklong tak berani nak goreng sampai hitam takut hangit ko..



8 comments:

Nurul Syazwani Fadhilah said...

salam..mak cik, peria katak tu mcm peria biasa ke? rasa pahit tak?

Along Maklong said...

w.salam..
wani.. peria katak saiznya kecil..
rasanya kalau dimasak biasa lebih pahit.. tapi bila digoreng garing macam ni jadi tak berapa pahit..

Citarasa Rinduan said...

kat citarasa rinduan, ayu suka masak utk sayuran

nanti nak try stail bangla yang ajar mak long....

hehehe,tak pahit kan?

nuwairani ismail said...

assalamualaikum makcik...rasanya kan makcik, cuba tambah 1 sudu cuka dengan 1 sudu minyak masak dalam bancuhan tepung. nani selalu tambah dua bahan tu untuk buat tepung goreng pisang yang rangup.

Along Maklong said...

ayu..
cubalah.. pahitnya tak berapa terasa.. kalau kat kedai makan yg maklong selalu pergi ni memang laris giler..

Along Maklong said...

nani.. oooo.. ye ke..
nantilah makcik try.. terima kasih bagi petua tambahan untuk merangupkan bancuhan tepung..

Scarlett O'Hara said...

Tak pernah try ni maklong.Tak pahit ke?

Along Maklong said...

trylah.. tak pahit pun.. sedap..!! krupkrap maklong makan tau.. hehe..