Blogger Layouts

Followers

Saturday, July 9, 2011

Ikan Talapia Merah Masak Kukus

HASIL AIR TANGAN MENANTU LELAKI..

Assalamualaikum Semua..

Malam ni maklong pekena ikan talapia merah masak kukus.. bukan air tangan maklong tau.. tapi air tangan menantu maklong yang lelaki.. yang sabahan dan yang memang suka memasak tuu.. sebenarnya maklong ni beruntung sebab dapat dua orang menantu lelaki yang semuanya pandai memasak.. tapi yang sorang tu masih meyambung pelajaran ke peringkat master dijepun.. so, baru sekali dapat merasa masakkannya.. ayam masak kari yang sedap.. kalau nak tengok masakakannya bolehlah ke blog Maira.. anak maklong.. eleh.. kalau jadi mak mentua cheff wan lagi beruntung kan.. hehe..

Ikan talapia masak kukus ni punyalah sedap.. paklong makan hingga menjilat jari ko.. siap suruh maklong masak lagi.. sebab dia nak air tangan maklong jugak kut.. maklong sengeh je.. sebab maklong ni kurang rajin nak mengukus2 ni..


Resepi untuk masakkan ni sangatlah senang..

Bahan:
3 ekor ikan talapia kira 1.5kg.. bersihkan
2 inci halia dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
1 cawan sos tiram
garam secukup rasa..

Cara:
Letakkan ikan didalam loyang..
masukkan bahan2 yang telah dihiris.. dan juga sos tiram
masukkan juga garam..
kukus selama 30 minit atau hingga masak..

4 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

assalam mak long selalu gak sy masak talapia ni tapi tak pernah kukus nnt teringat nak mkn talapia kukus sy ambik resepi m.long jelah yea!!

Along Maklong said...

w.salam Ct..
maklong pun suka ikan ni.. selalu goreng lepas tu buat sambal..
trylah masak kukus.. sedap.. terangakat u.. hehe..

Cheq Sue said...

maklong, maaf nak tanya. tak bau hanyir ke? saya selalu goreng aje...

Along Maklong said...

sue.. tak hanyir pun.. kalau maklong basuh dengan limau dulu.. tak kiralah limau apa pun.. hilanglah hanyir dia..