Blogger Layouts

Followers

Monday, July 25, 2011

Selayang.. Pahang.. Selayang..

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong masih sibuk.. tapi sebelum maklong meneruskan perjalanan.. maklong sempatkan juga berceloteh sedikit cerita masa maklong balik pahang hari tu.. biasalah cerita bergambar.. hehehe..

maklong dan paklong kan peneroka..
maklong dan paklong orang felda keratong 8
abah paklong peneroka keratong 5.. dah meninggal.. so, paklong adalah pewaris tunggal..

nilah rupa pejabat felda keratong 5..
tempat paklong berurusan sekali2 je dalam setahun..

Nilah rumah maklong.. sebelah tu rumah paklong..
fenin2.. kan..?
rumah maklong ni besar.. tapi modal buat rumah ni sikit.. sebab maklong guna kayu balak yang ada kat ladang maklong.. maklong upahkan kat kawan memotongnya.. untuk dibuat rangka rumah.. belum siap dah tinggal dok selayang..

Kengkononnya dapur basah ni.. setelah dibersihkan secara bergotong royong dengan jiran2 maklong.. nampaklah bersih sikit.. sebelum ni semak sangat.. tak sampai hati nak tunjuk..

Ni ruang dapur juga.. tempat makan.. pun baru dibersihkan.. maklum sebelum ni disewakan.. 3 orang penyewa.. tak pasti sapa punya sampah..

Paklong siap panjat.. lap dinding2 yang berjelaga..
maklong pun sampai sakit2 badan.. belum hilang sampai sekarang..

Dan berpenat lelah terus ke segamat.. mencari durian segamat pulak.. durian gelang cincin memang world..
macam2 harga ada.. 10kg rm25.. 10kg rm 15.. dan yang 1 kg rm7..

Sempat usha2 kereta wira yang kira kilo punya..
booking yang ni.. hari jumat baru ambik..

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

asalamualikum mak long..
oh!!!!
kita anak peneroka..
hehehe..

YES!!
felda dihati..

kak felda mana?

Along Maklong said...

w.salam..
mulanya maklong anak peneroka..
lepas tu jadi peneroka.. hehe

maklong felda keratong 8..
tak jauh dari segamat..

IXORAROXI said...

uishhhh orang kaya felda rupanya ya...chewahhhh nak beli kereta baru ya Maklong
moga Maklong sihat selalu ya

Along Maklong said...

ixora..
kamu bilang maklong orang kaya.. amin.. mudah2an menjadi kenyataan..

mana pulak baru tu.. kira kilo.. maknanya kereta buruk..hehe.. untuk anak..

alhamdulillah dah beransur hilang penat dan sakit2 badannya..