Blogger Layouts

Followers

Sunday, July 10, 2011

Sekadar Gambar Hiasan.. Nikah..

Gambar2 ni bukan dari google.. dari album kat fb maklong..

Assalamualaikum Semua..

Sebenarnya kan maklong dah lama nak bercerita panjang lebar pasal jodoh anak2 kita.. tapi kan maklong ni tak ada gambar yang sesuai untuk ditepek sebagai penyeri cerita.. sebab kan maklong dah terbiasa bila bercerita mesti nak tepek gambar.. gambar tak perlu cantik janji ada.. sehinggalah sahabat baik maklong ajar cara ambik gambar dari fb kita tepek kat blog kita.. mudah rupanya terima kasih kepada makngah..

Lagi satu.. maklong ni tak berapa pandailah nak atur bahasa yang indah untuk dibaca.. jadi maaflah ye.. kalau bahasa maklong nanti agak tonggang langgang.. yang penting mesej yang maklong nak sampaikan tu kan..

Minggu lepas maklong diajak oleh kakak angkat maklong merisik untuk anak lelaki bongsunya.. dengan selambanya maklong pun ikutlah.. kami pergi ber4 orang sahaja.. yang tua cuma maklong dan kakak maklong.. alhamdulillah selesai kami menjamah makan tengahari yang disediakan kakak maklong pun memulakan bicara.. menyatakan tujuan kami datang.. sebenarnya mereka dah tahu.. belum habis kakak maklong bercakap.. salah seorang pakcik budak perempuan tu mencelah.. bahasa dia ko.. membuatkan maklong rasa nak balik masa tu jugak.. "korang ni pakai adat apa..? bangla ke..? dahlah datang tak ada orang lelaki.. nak kawin koboi ke.. bla.. bla.. bla.. isshhkk pedih sungguh bahasa dia..

Dengan muka yang merendah diri giler.. maklong pun memohon maaf tentang kedatangan kami yang tak beradat bagi mereka.. maka terjadilah bicara yang kurang enak maklong dengar antara pakcik2 dan makcik2 budak perempuan tu.. membuatkan kakak maklong diam menaham marah.. dan maklonglah yang menyambung bicara.. sambil2 mengawal perasaan yang macam2 ni.. maka baliklah kami dengan tidak menyerahkan cincin risik.. sebab rasa tawar hati nak meneruskan niat baik kami..

Maklong nak menyeru kepada kawan2 yang ada anak dara atau anak bujang.. bila mereka meminta izin nak menikah.. setuju ajelah.. asalkan pilihannya tu macam orang.. lebih2 lagi bila mereka dah suka sama suka.. maklong ni sedih bila dengar anak2 kawan maklong yang duduk serumah sebelum nikah.. yang nikah setelah perut berisi ni tak yah nak ceritalah.. ada yang siap ada anak pun ada.. nasib baik dorang tak buang anak tu masa bayi.. dan macam2 cerita pasal masaalah anak2 nak menikah.. banyak sangat halangan dari keluarga..

Maklong bersyukur sangat kepada Allah.. dan berterima kasih dengan besan2 maklong yang memudahkan urusan nikah anak2 maklong dengan anak2 mereka.. kami main bisik2 je.. kalau ada yang maklong tolak pun maklong cakap baik2.. ada yang tak jadi berbesan pun maklong tak putuskan silaturrahim sebagai kawan..

..
Yang wajib kan nikah.. selesai nikah.. doakan kebahagiaan anak2.. biar bahagia hingga kesyurga..

Dulang2 ni kan harus je kut.. ada tak apa.. tak ada pun tak apa kan
yang wajibnya maskahwin kan..

Sekadar gambar hiasan je ni.. tapi mesti ada yang kenal gambar sapa ni kan.. harap mereka tak saman maklong sebab tepek gambar mereka kat blog maklong ni.. tak mintak kebenaran pulak tu..

Maklong tak pernah rasa hina buat kenduri kecil2an.. tapi kalau ada yang menghina maklong.. ada maklong kesah.. yang penting maklong dah selesaikan yang wajib..

13 comments:

cik cek said...

Salam Maklong...

Kalau cek ada kat tempat maklong masa tu ...paham sangat perasaan yg dirasa ketika itu...bukan kita yg tak beradat sebenarnya...mereka kenala cermin diri dulu sebelum menuduh org lain tak kenal adat....serba salah kan kita maklong...anak2 dah suka...seharusnya kita org tua memudahkan cara....apa2 pun bab nikah khawin ni yg perlu uruskan yg wajib dulu...selebihnya sume boleh diuruskan...bersederhanalah dalam apa jua perkara kan maklong...yg paling penting jodoh anak2 kita kekal berpanjangan sehingga akhir hayat....aminn....

Along Maklong said...

cek..
terharunya maklong dengan komen cek ni.. kira ada yang faham jugaklah cerita dan perasaan maklong ni.. huhu..
terima kasih cek.. love you cek.. hehe..

Pen Biru said...

sadis btol citer mak long. Pada saya, tindakan maklong balik tanpa serah cincin risik tu memang tepat dan pada saya, kalau dah kaum keluarga dia pun dah macam tu punya indah bahasa, rasanya tak sesuai la diambik buat adik beradik.banyak lagi orang lain yang lebih berbahasa. tu belum kawin, kalau dah kawin, ntah ayat apa lagi depa nak pakai. Bila dah anak2 dididik dengan tiada budi bahasa, sikit sebanyak akan turun pada keturunan yang akan datang. kesimpulannya di sini,dalam sesetengah hal tertentu, lebih baik tiada budibicara dari tiada budibahasa

CT Delima said...

As'salam Maklong

selamat pagi. maaf berapa hari tak masuk sini. semalam memang bz dari pagi sampai nak magrib duk mengemas rumah semua. dok memunggah tanah2 dalam pasu sampai sakit2 badan.

Bila baca kisah maklong ni, ct turut sama merasa kesedihan dan rasa yang berbaur kebencian. maaflah kalau ada yang terbaca atau apa. Kita ni sebagai orang melayu, kenalah berbudi bahasa walau pun kita cuma datang merisik. Jangan lah sampai terkeluar bahasa yang melambangkan budi bicara yang kurang sedap kat telinga. Dulu2 masa ct nak dirisik hanya makcik Hb dan mak dia jer yang datang untuk sarung cincin, tak payah orang lelaki pun. Bahagia juga hingga kehari ini. Harap maklong sabar dan tabah menerima dugaan ini ya.

Along Maklong said...

pen biru..

pendapat yang bernas tu.. patut pun, kami bukan orang yang pertama datang merisik..

kalau tiada budibicara tu kita gunakan budibahasa.. taklah sakit hati orang yang mendengarnya.. kan..

Along Maklong said...

w.salam CT..
wahhh CT dah mula buat persiapan nak sambut ramadhan dan syawallah ni.. tu yang bizi tu.. :D

maklong memang sedih.. bila dah tua2 orang bahasakan yang pekat2 macam tu.. nasib baiklah maklong masa tu masih mampu senyum tawar.. hehe

pada maklong biar mak bapak atau makcik dari 2 pihak je.. maksudnya tak perlu ramai2 macam nak meeting.. bila ramai.. banyak sangat pendapat.. tu yang jadi huru hara dan haru biru dibuatnya..

Pen Biru said...

betol tu mak long. tak rugi sesen pun kalau tak berbesankan org2yg mcm tu.esok2 bila anak tu dh terlajak umor,baru tau langit tinggi rendah.tak sangka mcm tu punya manusia pun ada..hish..

MakNgah said...

hehe
nk komen siketlah. Awk nk emo berapa hari tu? Sy dh penah terkena sekali, sy terencat dkt nk setahun.. kah kah..kah..

Along Maklong said...

timah..
aku sebenarnya dah memaafkan..
dan aku juga mudah melupakan apa2 pun.. hati aku pun dah kosong..
setahun tu lama sangat.. apa yang membuatkan sampai setahun tu.. ce citer2.. hehe

MakNgah said...

hehe
sbg ksimpulannya anak pempuan sy dh pn dpt ayah mentua yg terbaik.... sangat terbaik...sbg ganjarannya...
Yang Allah atur utk kita itulah yang tebaik.... :)

Along Maklong said...

alhamdulillah..
begitu alkisahnya.. aku tumpang gembira.. dengar anak2 awak dapat yang terbaik..

amalina said...

ala makcik, tulah manusia ni..rambut sama hitam, hati lain2..sabar je lah

ehhh tu gamba mairaa..hehe, tapi time tu x pasan pon dulang banyak2 tu. letak mana time tu?

Along Maklong said...

aah.. gambar maira..
masa ni balik dari masjid.. lepas nikah masuk dalam rumah bertukar2 dulang hantaran.. masa tu amel n kengkawan yang lain masih kat luar kut..