Assalamualaikum Semua..
Sebelum2 ni maklong pernah makan triffle.. tapi tak pernah kepingin nak mencuba.. sebab rasanya biasa2 aje.. sebab mereka gunakan agar2.. pagi tadi maklong jalan ke blog ummi.. home sweet home.. ternampak triffle ni.. macam sedap je.. pun masih tak teringin nak mencuba..
Lepas solat subuh.. paklong ajak maklong ke pasar borong.. beli lauk dan sayur.. bila nak balik maklong terpandang pisang lemak manis yang belum masak sangat.. kira masih kehijauan dan kekuningan warna kulitnya.. maklong pun beli sesisir.. secara spontan maklong teringin nak mencuba untuk buat triffle pisang lemak manis macam ummi.. maklong ajak paklong singgah NSK beli kek dan susu cair.. lain bahan dah ada kat rumah..
Sampai je rumah maklong terus mulakan kerja membikin triffle ni.. sekejap je siap.. cucu2 masih nyenyak tidur.. bila dah disejukkan.. rasa triffle ni saaaaangat sedap.. sapa2 yang belum cuba.. cubalah ye..
Resepi untuk kuih ni.. senang jugak sebab guna kek gulung ready made.. murah pun murah..
Bahan:
6 biji pisang dibelah 2 dan digoreng
1 ketul swiss roll perasa pandan
1 tin susu cair
2 sudu gula pasir
1 1/2 sudu tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
Cara:
potong kek dan susun dalam bekas
satukan susu.. gula.. kuning telur.. esen vanilla dan tepung jagung..
kacau diatas api yang kecil hingga pekat..
tuangkan diatas susunan kek
akhir sekali aturkan pisang diatasnya..
sejukkan dalam peti ais beberapa jam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
As'salam maklong..selamat petang nak masuk magrib dah ni. singgah jap esok ct dah bz tak sempat nak masuk blog maklong.
Ni resipi baru ker maklong. rajinnya maklong ni suka ct tengok. kat sebelah rumah maklong ada rumah sewa tak..? ct nak duduk.. hehehe
mak.. in nampak design kek ni macam tulang rusuk.. hihi
w.salam CT..
lambat lagi maghrib.. sempat layan dewa cinta.. haha..
resepi ni tiru kak ummi home sweet home.. sedap ko..
kat taman maklong ni dah penuhlah CT.. maklum.. semua pakat nak berjiran dgn maklong.. (perasanlah tu..)maklong yang nak berjiran dgn dorang.. sebab jiran kat sini bagus2..
in..
hahaha.. ye ke..?
ala.. kak ija cakap pun ye lah..
tak leh nak ubah dah.. semua dah masuk perut..
soh adikmai buat tau.. saaaaangat sedap ni.. guna pisang montel pun ok..
pisang ni disalai dlu ke? nmpk moist betol...dah lama x makan triffel. teringin pulak..
nani..
makcik goreng pisang ni dengan miyak.. rasanya kalau bakar kat kuali macam buat pisang bakar tu lagi ok..
taklah berminyak sangat..
Assalamualaikum....mak long, saya ni peminat baru dalam blog ni, tiap2 hari cari idea untuk memasak lunch...sememangnya, resepi yang diberi mudah dan berkos efisien. just nak tanya pisang tu kena goreng macam biasa atau kena buat macam goreng pisang...maknanya tak payah bancuh tepung buat pisang goreng lah kan...minyaknya kena pakai banyak ke untuk menggoreng
daliza..
w.salam.. terima kasih kerana sudi menjenguk keblog maklong..
yang maklong buat ni pisangnya digoreng tanpa tepung guna minyak yang banyak.. guna pisang yang masih mengkal.. kalau masak sangat pisangnya akan tergulung..
maklong cadangkan.. masak je pisang tu atas kuali non-stick.. sapu butter sikit.. macam buat pisang bakar..
Selamat mencuba..!!
salam mak long..
suka singgah blog ni tgk mak long masak ape..mcm nak try buat juge je mak long triffle ni...teringin nak makan..hehehhe..
w.salam azrina..
terima kasih sudi singgah blog maklong ni.. trylah buat sedap banget nih.. hehehe..
Post a Comment