Blogger Layouts

Followers

Thursday, June 23, 2011

Belimbing Buluh Hitam

Assalamualaikum semua..

Semalam sahabat baik maklong.. Huda, hantar belimbing buluh ni kerumah maklong.. rasanya sebab dia maklum sangat yang maklong ni tak boleh gerak kemana dengan adanya cucu2 ni..

Maklong pun.. tanpa berlengah terus bersihkan belimbing ni dan rebus.. belimbing ni kena rebus lama2.. maklong rebus selama 4 jam untuk mendapatkan warna hitam tu.. sahabat maklong.. Makngah yang ajar maklong buat belimbing hitam ni..

Ini adalah rupa paras belimbing buluh yang baru dipetik.. segar dari pokok.. jangan tak caya.. kat bandar pun ada pokok belimbing buluh tau..

Bersihkan kemudian masukkan kedalam periuk kaca.. kalau guna periuk steel peruk boleh rosak.. sebab belimbing ni sabgatlah berasid.. bubuh sedikit air dan 2 genggam garam..
masak diatas api perlahan selama 4 jam.. tambah air jika perlu..

Belimbing yang tadinya berwarna hijau kini bertukar menjadi hitam.. rasanya masin dan masam..
so, apabila nak masak.. cuci dulu supaya hilang rasa masam dan masinnya..

Nota.. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memperkenalkan belimbing buluh hitam ni kepada maklong beberapa bulan yang lalu.. siap pos dari negeri jelapang padi.. sehinggalah maklong menjadi penggemar sambal bilis yang dibubuh belimbing ni..

10 comments:

Ida,Japan said...

sedap juga kalau campur dlm msk lomak ni...ohh boleh jd itam erk Mak Long bila direbus lama2..

Along Maklong said...

ida..
aah.. lama2 jadi hitam.. lepas tu boleh buat sambal bilis hitam pulak.. sedap tau..!!

CT Delima said...

As'salam maklong

untuk masak apa sampai kena rebus lama2 ni. sambal hitam ni kena makan dengan nasi ker atau buat apa? ct semuanya nak tahu, biasalah maklong ni banyak petua dan banyak rahsia. suka baca entri Madu maklong tu..hihihi

Along Maklong said...

w.salam CT..

untuk buat sambal bilis hitam.. maklong dah pernah tunjuk kat n3 sebelum ni..
insyaAllah besuk maklong buat lagi sambal hitam tu..

sedap dimakan dengan nasi.. ni makanan tradisi orang pahang.. tapi kan maklong ni suka mencuba.. bila sedap, maklong masak berulang kali.. kira jawa yang tak berapa jawalah.. hahaha..

MakNgah said...

mai cek nk smbung cerita psai belimbing berebus ni ek?... hehe
nila slh satu cra pengawetan buah belimbing org dulu2. klu xwt gini, buah yg byk2 kt pokok tu xabis dmakan.
klu rebus 1 periuk, hsil dptnya lbkurg 1/4 lebih sikit ja, airnya kering, buahnya kecut.. hehe
dlu depa simpn belimbing berebus ni dlm bekss dbuat dr buluh @ apa2, salai atas dapur. dlu kn pkai dapur kayu api, xda peti ais...mkin hitam jdnya..:)

cikbedahlaser said...

salam kenal... akhirnya.. jmp juga satu blog yg ajar cara nk buat... normally cari dorg cerita je prosuder tu.. aritu cube buat.. habis rentung.. uhuhuhuh..
nanti nak cube buat lagi la..
owhh maklong.. sy pinjam gambar ye..

terima kasih..

Along Maklong said...

cik bedah..
ye ke nama bedah..? maklong pun bedah jugak.. haha.. salam kenal kembali..

nak pinjam gambar ambiklah.. pasal cara buat belimbing buluh hitam ni..
maklong dapat cara yang lain sikit..
rebus guna tin susu.. masukkan belimbing dan sedikit garam.. api perlahan.. tak payah bubuh air.. rebus sampai keluar air dan belimbing menjadi hitam..

sebenarnya maklong tak pernah cuba yang ni.. sebab tak ada belimbing lagi..

nanie said...

semalam beli 3 piring belimbing kat kampung, try.. api kecik je, tapi dalam 1 jam, memangla hitam ;), tapi hitam hangus hahahahaha. betul ke hitam hangus????

nampak dlm gambar tu cantik je masaknya...

Zifa said...

a'ah..saya ada jumpa pakai tin susu xyah letak air... sbb pakai tin susu sbb nnt buang terus..pakai periuk sayang pulak.

lepas ni kena beli vision lah senang nak rebus.

Salmah J said...

assalamualaikum, hari ni nak cuba buat sambal masak hitam. buah belimbing tadi ada dekat 50kg. masih letak atas dapur, rebus jam 645 ptg tadi, bila dah nampak hitam baru nak tutup api,ramai pembaca blog kata sambal ni sedap tu try nak buat dan pasarkan sekitar kampung dulu....