Blogger Layouts

Followers

Monday, June 20, 2011

Pucuk Meranti Masak Lemak

Assalamualaikum Semua..

Tengahari ni maklong masak lemak pucuk meranti.. dah lama sangat maklong tak masak sayur ni.. petang semalam maklong nampak ada kat kedai sayur.. terkejut juga maklong bila tanya harganya.. 1 ikat yang hanya 300gm beratnya harganya rm2.. dulu2 kat kampung maklong 1 ikat cuma 50sen je.. maklong pun belilah 2 ikat.. bila dah direbus.. kecut jadinya.. dah pasti tak cukup untuk keluarga besar maklong ni..

Masak lemak yang telah siap.. bagi sapa2 yang suka mesti terliur kan..

Rupa paras pucuk meranti yang belum direbus.. maklong lupa nak ambik gambar masa pucuk meranti ni sebelum disiang.. insyaAllah lain kali ye..

Bila dah disiang.. rebus dulu supaya hilang rasa pahit sikit tu.. celurkan sekejap je tau.. sayur ni bukannya macam pucuk ubi.. masa rebus tu bubuh sedikit garam supaya warnanya cun.. hijau dan tak lebam.. bila dah lembut angkat dan cuci dengan air paip.. perahkan..

bahan:
5 ulas bawang merah*
segenggam ikan bilis*
1 inci kunyit hidup*

Tumbuk bahan2 kemudian masukkan kedalam periuk.. masukkan santan..
didihkan diatas api perlahan.. bubuh garam dan aji secukup rasa..
bila dah mendidih.. masukkan sayur..
kacau sekejap.. kemudian tutup api..
sedia untuk dihidang..

7 comments:

Kjee said...

Kjee kalau buat tak pernah celur sebab suka rasa pahit2 tu.

Along Maklong said...

ooo.. ye ke..?
boleh juga kan.. bukannya pahit sangat pun..

Mama Janet said...

salam ziarah..sedapnya pucuk meranti msk lemak.Kalau masak bening (org jawa kata) tak yah celur.pahit2 sikit sedap. Nak tanya ni.biji dia pernah makan tak.

Along Maklong said...

mama janet..
terima kasih sudi ziarah..
kalau masak bening maklong pun tak celur.. sedap kan..
biji dia..? maklong tak pernah pulak makan.. tak pahit ke.. hehehe..

Mama Janet said...

kalau biji yg leh dimakan tu daun dia lebar2.buah dia sebesar terung pipit.orang panggil ranti jepon.Di pasar Parit sulong Bt pahat biasa de jual biji meranti tu.sekilo RM5.rasa dia pahit2 gak tp sedap ditumis pedas2.

Along Maklong said...

ooo.. ye ke..?
terima kasih bagi info ni.. sebab baru tahu.. lain kali nak kena usha2 jugak bila masuk pasar..

Anonymous said...

Terima kasih kongsi resepi.. dah cuba.. marvelous