Blogger Layouts

Followers

Wednesday, June 1, 2011

Rombongan Menjejak Putu Bambu Ori..

Assalamualaikum semua..

Hari tu maklong ada cerita pasal putu bambu world kan.. kak jee ada bagi tahu maklong pasal putu bambu yang kat cowkit ni.. Hari ni anak maklong cuti.. maklong pun mintak dia hantarkan maklong menjejak putu bambu ni..

Bagi yang kurang biasa dengan tempat ni.. memang agak susahlah nak cari tempat jual putu bambu ni.. pusing2, kemudian maklong yang tak pemalu tumpang bertanya dengan adik2 yang menjual buah2 kat situ.. jumpalah maklong dengan gerai menjual putu tu..


Inilah rupa putu bambu ori tu.. sebungkus ni ada 11 ketul.. harganya rm5..


Inilah rupa putu bambu ori tu.. bungkusan yang ni ada 5 ketul.. harganya rm2.5o..


Ni pulak gerai yang maklong dok tercari2.. terjenguk2 dari dalam kereta je.. dan akhirnya jumpa juga..


Gerai putu tu letaknya depan dengan tempat sembahyang orang singh.. ye ke.. maklong tak berapa pasti.. tapi bukan masjid kitalah..


Syafiqa.. cucu maklong ni mana boleh tinggal.. kalau neneknya pergi mana2.. mesti bawak dia.. kalau tak mesti dia melalak..


Nina.. bukan main suka dia bila diajak berjalan.. hari ni dia tak berapa merengek.. comel kan..


Antara ahli rombongan cik Bedah.. anak sulung maklong dan isterinya..
Syafiqa ni anak buah dorang..

8 comments:

nuwairani ismail said...

dh besar budak kecik ni...makin comel dan ayu! heheh...

rindu gile nk makan putu bamboo ni. mcm dh lebih 10 tahun kot x makan (memang dh lama tu). ish...nk kene cari jugak ni..btw, happy birthday, mak long!

Kjee said...

laa tererlah rombongan cik kiah pergi cari putu bambu kat chokit tu. kjee baru jer nak amik gambar nak masukkan dalam blog tunjuk maklong. tapi mak long dah sampai dulu. amacam? sedap?

IXORAROXI said...

sungguh tergoda, nak cari gak..sedap tak Maklong?

MakNgah said...

best3..
sy suka putu buluh

Along Maklong said...

nani..
yang nani maksudkan syafiqa kan..
comel tapi lasaknya tak hilang.. jumpa orang mesti senyum..

putu ni sedap.. kena cari, sementara nani bercuti..

terima kasih ucapan tu..

Along Maklong said...

kak jee..
maklong kalau bab makan memang laju.. hehe.. kebetulan driver ada yang cuti..

rasanya sedap..!! anak2 pun suka..
terima kasih kak jee.. bagi info..lepas ni nak terjah putu bambu world pulak..

Along Maklong said...

Ixora..
cari jangan tak cari.. kalu jumpa yang sedap bagitahu maklong..
yang ni sedap..!! kalau gula lebih lagi sedap.. maklong suka manis..

Along Maklong said...

Timah..
aku baru nak suka.. selama ni jarang2 beli dan jarang2 lah makan..