Blogger Layouts

Followers

Sunday, June 5, 2011

Kesibukkan Yang Terlampau..

Assalamualaikum & Selamat awal pagi semua..

Maklong tepek gambar2 ni malam tadi.. tapi mata maklong dah semakin mengecil.. tu yang maklong tangguhkan cerita2 disebalik gambar ni.. dua hari berturut2, maklong kan aktif sangat.. tu yang rasa penat dan awal2 dah mengantuk.. dengan gambar2 ni mesti ada yang dah dapat meneka activiti2 maklong semalam kan.. sebenarnya maklong suka tengok cerita bergambar.. tu yang maklong pun lebih suka buat macam tu..


Pagi2 lagi.. dalam pukul 8am macam tu maklong dah ke pasar borong dan NSK.. barang dapur dah berkurang.. kenalah topup kan.. pergi sorang2 senang.. tak ada gangguan.. orang pun belum ramai sangat..


Tempat sayur ni memang maklong suka pusing banyak kali.. kut2 ada yang berkenan.. dan murah harganya..
kadang pusing je lebih.. tak beli pun..


Balik rumah sempatlah berehat.. rumah sunyi sepi.. anak dan menantu masih tidur.. kepenatan.. syafiqa, cucu maklong pun masuh tidur.. bila semua dah bangun, maklong pun ajak menantu maklong ke Nagoya, Rawang.. bila masuk kereta driver bawa maklong arah ke KL.. sapa pulak makcik gemuk tu ye.. sengeh sampai ketelinga..


Rupanya.. sebelum ke Nagoya, menantu maklong Eja, bawa maklong menjejak putu bambu world kat wangsa melawati.. senang sangat nak tuju.. maklong pun memborong putu bambu.. rm15.. alhamdulillah.. puas makan anak beranak.. terima kasih Eja.. lain kali pergi lagi.. sebelum ada beg tangan.. kalau dah ada susahlah sikit..


Dah sampai Nagoya, KL.. cucu maklong punyalah buas.. kerja lari2 dan main nyorok2 celah kain.. Eja yang kena jaga masa maklong pilih kain pun tak larat nak jaga.. dapatlah maklong beli 3 pasang kain.. terus balik..


Ni Syafiqa, cucu nenek yang kepenatan berjalan, teman nenek shopping kononnya.. sempat possing kat pintu belakang Nagoya..


Nagoya lagi..? kat mana pulak ni.. ha.. nilah nagoya rawang.. bila cucu maklong dah meragam, maklong terus balik.. tidurkan dia sambil mengayat paklong.. ajak paklong ke Nagoya Rawang.. paklong angguk je..


Inilah hasil yang maklong dapat.. kenapa maklong macam kelam kabut je, nak cecepat beli kain pasang ni.. raya kan dah dekat.. maklong & anak2 biasa tempah kat jiran maklong kat Felda Keratong, Pahang.. jauh tuuu.. kawan maklong ada yang nak datang KL minggu ni.. maklong nak kirim je kat dia..

Dua bulan lepas maklong dah hantar beberapa pasang untuk dijahit, termasuk baju2 anak maklong yang kat jepun.. kena awal kan.. nak pos ke Jepun lagi.. memakan masa jugak..
Jiran maklong tu jahit kemas dan memuaskan.. upahnya tersangatlah murah.. dalam rm25 je.. padanlah dengan harga kainnya kan.. kalau kat tempat lain mau rm50 dan ada juga yang rm60.. harga kain baru rm30.. yelah, maklong ni orang biasa2 je.. mana ada pakai baju mahal2 ni.. eh..!! adalah.. tapi tu hadiah dari besan maklong yang kat Kelantan.. terima kasih kak Ani

Teringat maklong masa anak maklong nak nikah tahun lepas, upah jahit baju nikah tailor kat sini mintak rm200.. bila maklong hantar kat jiran maklong.. upahnya cuma rm40 je.. oopps!! terlebih sudah.. macam keluar tajuk je kan.. iklan tak berbayar..:D

10 comments:

nuwairani ismail said...

shopping raya ke...?

Maira Anjami said...

sgt cantik gambo nasya sorang tu!

Along Maklong said...

Nani..
begitulah kira2nya.. mana boleh tengok je nani shopping2.. kenalah tiru meniru.. hahaha..

Along Maklong said...

Adik..
aah.. cantik kan.. kalau adik tak cakap mak pun tak perasan.. kak Eja yang tangkap tu..

CT Delima said...

As'salam Maklong

Shopping sakan nampak... hehehe. CT pun dah shopping baju nak jahit untuk raya nanti. Yalah, puasa awal bulan 8 kenalah menjahit awal sikit. kalau bulan puasa nanti lagi sibuk berbanding hari2 biasa kan.

Alhamdulillah..ct jahit sendiri jer baju kurung dan baju melayu Hb dan anak2. Jadi tak payahlah nak hantar kemana2, cuma kalau nak fesyen cantik2 sikit tu baru hantar kat kwn nyah yang jahit. memang sesuai jahit dengan dia jer sedap kat badan :D

IXORAROXI said...

amboiiiii tu kalau orang kampung saya kata shopping spree!memang murah sungguh.saya biasa tempah baju dengan nyonya depan ofis,boleh tahan jugalah RM70 sepasang.saya serasi dengan jahitannya, pernah tukar dengan tailor lain tapi bila pakai sekali rasa tak selesa langsung saya beri pada bibik yang dulu

Along Maklong said...

CT..
maklong pun boleh jahit sikit2.. siap sembat lagi.. ala2 orang johor.. tapi malasnya mak aih.. tak ada ubat.. hehehe.. kalu langsir masih rajinlah juga..

kalau dah masuk bulan puasa maklong tak nak shopping2 ni.. letih penat dahaga semua ada kan.. huhu..

CT NoArIzAh ArIs said...

Assalam m.long... sy posa hari ni tapi nak gak dtg sini tengok apa m.long masak..hehe!!

Along Maklong said...

Ixora..
rm70..?? mahal bagi maklong yang dok rumah ni.. orang makan gaji memang sesuailah.. hehehe..
maklong pun pernah tukar2 tukang jahit kat sini.. anak2 tak nak pakai juga.. tak sedap katanya..

Along Maklong said...

CT..
w.salam..
alhamdulillah.. puasa sunat rejab ye..
pagi tadi punya maklong buat roti goreng sardin.. tengahari ni belum tahu lagi.. ayam dah ada kat sink tu.. tapi cucu maklong ni merengeklah pulak..:D