Blogger Layouts

Followers

Saturday, June 18, 2011

Ayam Masak Sambal Taucu

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Pagi tadi maklong berehat agak panjang juga.. turun2 menantu maklong dah beli ayam untuk lauk makan tengahari.. maklong suruh anak maklong goreng ayam tu.. kemudian maklong masak sambal hijau boh taucu ni.. tak sangaka pulak sedap hingga ada yang mintak kebenaran makan 2 kali.. anak maklong harislah tu.. siap puji2 kata resepi maklong hari ni lain macam sedapnya..!! sebab dia ni memang macam maklong.. suka yang pedas2..


2 genggam cili api kampung*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
sedikit belacan*
1 ketul halia diketuk
5 batang serai dititik
1 ketul lengkuas diketuk

tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan semua bahan2 diatas.. seperti dalam gambar..


Masukkan 1 ekor ayam yang dipotong 14, dan digoreng tidak terlalu garing.. pahamkan ayat maklong ni.. hehehe.. lain macam sikit..
masukkan juga taucu yang telah dicuci bersih.. air asam jawa.. garam aji dan gula.. dan juga 1 biji bawang besar dan 5 helai daun limau purut..
biarkan sekejap.. tambah air jika perlu..


Bila rasa dia dah ok.. kuah pun dah menjadi pekat.. tutup api.. hidangkan
sedap dimakan dengan nasi panas2..

14 comments:

IXORAROXI said...

menu simple, sedap, nak tiru, nak tiru..thank you Maklong:)

Along Maklong said...

sila2.. sangat dialu2kan untuk meniru macam maklong.. hehehe..

CT NoArIzAh ArIs said...

Wah padassss tu mak long meh sini bak semangkuk !!

Nic said...

mak long.. taucu kena basuh ke? Taktau pun selama nie terus masukkan je..

Along Maklong said...

CT.. bagi orang lain ni memang pedaslah.. tapi bagi maklong biasa2 je.. tak sampa huhah huhah masa makan tu.. hehehe..

Along Maklong said...

Nic..
kalau maklong memang mesti basuh.. bukan apa supaya tak masin sangat..
nic tak basuh tu tak masin ke..?

Roses_Leo09 said...

salam mak long. emmm ..... sedapnya....
hanim selalu masak taucu dengan ikan. x pernah cuba dengan ayam. nanti boleh la cuba resepi mak long ni.

Along Maklong said...

Hanim..
memang sedap.. bagi maklonglah..
belum cuba belum dah cuba baru tahu.. so, cubalah.. hehehe..

rumitomo said...

wahhh! pedassss tapi sedapppp!
alhamdulillah, berjaya cuba masak resipi makcik kali ni..
mak pun nmpk berselera makan.
time kaseh kongsi resipi nih!

-rubi-

Along Maklong said...

oooo.. rubi..
makcik ingat siapa.. :)
kalu ikut resepi ni memang agak pedas.. kalau tak nak pedas kurangkan cili..
ni resepi yang makcik masak udang masa makcik kat sapporo..
sama2..

Anonymous said...

Saya xpernah basuh taucu..hehe..sb tgk mak pun xbasuh...tapi masak xletak garam..letak gula je..mmg elok rs manis masinnya...

seli said...

saya masak dalam kepala pun dah boleh rasa sedap maklong!!

Norma NML said...

Slm kenal Mak Long..nk pinjam resepi..nk cuba sbb saya tak pernah masak taucu :D

Siti Patonah said...

Assalamuakaikum
Terima kasih kongsi resipi
Baru kali pertama nak buat
Ayam tu goreng tanpa garam ke?