Blogger Layouts

Followers

Thursday, June 23, 2011

Ikan Keli Masak Lemak Belimbing Buluh

Assalamualaikum Semua..

Apa khabar anak2 adik2.. kakak2 dan kawan2 blogger semua.. pasti semuanya dalam keadaan baik belaka.. eh macam nak tulis surat pulak.. hehehe..

Semalam maklong tak masak tengahari.. PA2 maklong semuanya tak ada kat rumah.. kena pulak jaga cucu serentak 4 orang.. lintang pukang jugaklah maklong dibuatnya.. nak buang air pun susah apa lagi nak memasak.. lagilah tak sempat.. setelah cucu2 beredar pulang kerumah ibu masing2.. barulah maklong mula bersilat kat dapur pulak..

Bukan masak apa pun.. masak lemak ikan keli ni.. goreng ikan keli juga.. kopek ikan bilis.. merebus belimbing buluh yang berejam2 tu.. pukul 12 malam baru siap ko.. ada sanggup ke..? hehe.. mak ngah kita dah biasa kan.. rebus belimbing buluh ni.. so, tak ada masaalahlah..



Resepi untuk masak lemak ni sama je dengan masak ikan yang lain.. cuma asam keping maklong gantikan dengan belimbing buluh.. tu je.. senang kan.. so klik je kat SINI..

6 comments:

Maira Anjami said...

dulu mak mcm jarang msk lemak kan..ke sbb adek tak ade kat umah ye..balik asrama pon tak request msk lemak..hehe
dok sini adik slalo gak buat msk lemak n masakan2 melayu lain yg senang..masakan jawa macam ssh2 je rasa:DD

Sue said...

mak long.....sedapnya belimbing buluh ni.... kat sini susah nak dapat...kena balik kg la carik

CT Delima said...

As'salam maklong

alah siannya kat maklong terkejar2 ya. tak apa kesabaran tu membawa satu hikmah disebalik nanti maklong.

japp! nak tanya kenapa belimbing buluh tu kena rebus dulu maklong? ct kalau nak masak ct hiris nipis2 dan perah dgn sedikit air baru masuk dalam kuah . ada petua ehh, kongsilah dengan ct ya :D

Along Maklong said...

adik..
ye ke..? ntah mak pun tak perasan.. cuma dulu2 kan mak ni malas sikit.. huhu.. masak cari yang senang2.. sambal2 je.. tak yah beli santan.. hehe..
masak melayu tu yang macamana dik.. yang jawa tu yang boh cekur je.. bagi maklah.. hahaha..

Along Maklong said...

sedap.. masam berdengung.. ni pun maklong dapat dari kawan baik maklong..

Along Maklong said...

CT..
w.salam..
untuk masak lemak ni.. belimbingnya maklong terus masukkan je.. hehehe..
yang kena rebus lama2 tu untuk buat sambal hitam.. nanti maklong tepek ye..