Blogger Layouts

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Bunga Kucai Goreng Telur

Assalamualaikum Semua..

Sayur ni namanya bunga kucai.. bukan daun kucai tau.. maklong sebenarnya dah lama nampak sayur ni kat NSK.. gemuk sikit dari yang ni.. tapi maklong dok pegang letak je.. tak jadi je bila nak beli.. sebab maklong tak reti nak masak apa.. bila maklong tanya amoy yang jual tu.. dia kata goreng2 je.. semalam maklong beli dan cuba masak macam kak jee.. cuma kak jee guna daun kucai..


Tengok bebetul.. kan ada bunga kat setiap hujung tangkai ni.. lagi pun bentuknya bulat.. kalau daun kan leper..

Bahan:
1 ikat bunga kucai dipotong pendek2
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bils*
2 biji telur
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan bunga kucai.. pecahkan telur
tambah sedikit air.. rasa garam dan aji..
siap.. sedia untuk dihidang..

9 comments:

Hafizah Mohamad said...

selalunya kucai ni fiza masukkan dlm mee atau kuatiew jer...x tau pula buah masak mcm ni...he he he...mmg jakun sikit fiza ni mak long....ha ha ha

Along Maklong said...

fiza..
ni bukan kucai.. tapi bunga kucai..
maklong pun baru 1st time beli dan cuba masak.. rasa dia lebih manis dibanding daun kucai..

nuwairani ismail said...

belom pernah makan yg mcm ni...selalu makan dlm cekodok je.

Along Maklong said...

nani..
yang dalam cekodok tu daun kucai.. ini bunga kucai.. makcik pun baru cuba makan.. sedappp..!!

suri solehah said...

maksudnya bunga semata ye?macam sedap lah maklong..tapi tak penah jumpa org jual lagi..kalau ada leh cuba goreng gitu

Along Maklong said...

aah.. bunganya je..
cuba jangan tak cuba tau.. hehe..

CT Delima said...

As'salam maklong

selamat pagi maklong cayangg..mesti nak singgah walau kepala ni macam ada batu besar jer ..hihihi. kalau tak singgah tu maknanya keluar jalan2 atau memang dah tak sihat lah senang citer :D

Maklong, ct ada nampak kat pasar tani Melawati tapi tak tahu boleh masak apa, haaa.. ni maklong dah tunjuk bolehlah cuba masak. harap2 insan2 dirumah sudi nak makan insyaAllah :D bagi lah resipi nya maklonggggg..hihi

Along Maklong said...

w.salam CT..

terima kasihlah CT ye.. yang selalu singgah blog maklong ni.. tanpa CT sunyilah blog maklong.. hehe..

ok2 CT.. nanti maklong boh resepinya ye.. pastu cuba tau.. sedapppp.. hehe..

My Sweet Life said...

maklong just nk kongsi.. sebab sye suuuke mkn sayur ni... cer maklong tambah udang hidup n xpayah letak telur tu... hiris cili merah... tumis skali... nyumm! sedappp.... ni chinese style.... ske mkn + udang... jadi manis sayur ni....