Blogger Layouts

Followers

Tuesday, June 21, 2011

Kek Keju Kukus..

Assalamualaikum Semua..

Apa uols rasa.. kalau biasa masak tetiba tak boleh nak memasak.. sebab tak ada benda yang nak dimasak..? ada benda tapi tak cukup bahan nak dimasak.. lepas tu bila kita nak pergi pasar borong.. kereta tak ada.. bila minta anak2 yang ada tolong belikan dorang wat don no je.. ada masa maklong tak kesah.. ada masa maklong jiwa kacau ko..

Sebenarnya maklong ni orangnya sangat bertuah.. tinggal dekat pasar borong, pasar raya, pasar malam dan pasar pagi juga.. kereta ada, lesen pun ada.. setakat kepasar borong atau ke NSK. maklong drive sendiri.. suami ada.. menantu ada 2, anak pun ada 3.. tinggal sebumbung.. ada lagi anak dan menantu yang tinggal dekat dengan maklong ni.. pendek kata semua mereka ni ok.. nak apa.. sebut je, dorang akan belikan.. nak kemana dorang akan temankan.. ikut pada siapa yang ada kelapangan.. tapi tulah ada masa mereka ni buat don no je bila disuruh beli sesuatu yang maklong nak masak..

Tapi tulah kan.. indah macamana pun hidup ini.. pasti ada ujian.. walaupun kecil sekecil habuk masuk mata.. maklong tetap diuji.. sebagai manusia biasa.. maklong adakalanya melatah juga.. tapi maklong selalu bersyukur.. ke empat2 anak maklong bila maklong buka mulut semua pakat tutup mulut.. begitu juga dengan menantu.. mereka akan bagi peluang maklong baca kitab tak berbaris sampai katam.. dan lain kali mereka akan berhati2..

Dah tua2 ni kan.. maklong dah malas nak baca kitab tak berbaris ni.. nak baca Quran pun belum berapa rajin..

Huh.. maklong ni dah melalut kemana.. jauh perginya ni.. sebenarnya nak jugak meluah perasaan sesekali.. sejak2 maklong tambah baby untuk dijaga.. sebuk bukan kepalang.. sampaikan nak memasak pun tak berkesempatan.. kalau dapat masak pun tak cukup resepinya.. huhu..

Ni semalam punya hasil cubaan maklong.. maklong baru beli pengukus.. sebelum ni ada beli 2 biji.. satu maklong poskan untuk anak maklong Maira.. tapi saiznya tak sesuai dengan loyang2 maklong.. tu yang beli lain.. so, nak rasmikan pengukus baru.. maklong cubalah resepi ni.. tapi terkeras sikit.. sebab apa..? maklong buat 2 adunan.. jadi maklong gandakan bahan2 (tamak..!!) terlupa pulak nak beli cheese untuk tambah yang ada.. dah tak menjadi kek maklong.. sedap, dan dah habis pun.. tapi maklong tak puas hati..




10 comments:

Nuwairani said...

alahai...tak menjadi apekebendenye...dh gebooo kek ni....wat terliur aje..heheh....ada lagi cheese dlm fridge ni.boleh try buat jugak ni.

CT Delima said...

As'salam maklong

tersentuh juga hati ct ni bila baca entri maklong. kekadang ni anak2 macam memahami, kadang2 anak2 ni buat2 macam kita ni tak ada depan mata. tak apalah maklong, ini semua ujian dariNYA buat kita2 ni kan. Apa pun doa ct semoga maklong sentiasa bahagia dan diberikan sepenuh kasih sayang dari anka2, suami terchenta dan menantu yang dikasihi selama2nya..aminnn

Dah gebulah kek cheese tu. okey lah dah habis maknanya sedap kan. Maklong nak tahu tak, ct ni dah lama nak buat cheese cake. tapi dah 2 kali jugalah ct cari cheese tak ada. gi care4 dan jusco pun tak ada. sampai Hb kata agaknya dah tak jual lagi kot..adoiiii. Maklong beli kat mana erk cheese tu? ker dah tukar sampul dia tu..hihihi

Along Maklong said...

nani..
gebu nani kata.. keras macam bingka tuuu.. huhu.. nanti nak buat lagi sekali.. yang gebu betul.. hehe

Along Maklong said...

waalaikumsalam CT..
amin amin ya rabbal alamin.. terima kasih diatas doa CT tu.. sama2lah kita saling mendoakan..

maklong beli cheese tu kat kedai jual bahan2 buat kuih.. kat taman bidara , tempat maklong tinggal ni je.. nama kedai tu BIBUN.. rasanya kat TESCO taman wahyu ada..

Maira Anjami said...

gambo first n second tu nmpk sdp je..len kli lah try..sbb last wik 3 hri berturut-turut buat kek..kne rehat jap..bgi rse teringin dtng..hehe

Along Maklong said...

adikkk.. kek apa yang dibuat sampai 3 hari berturut2.. kang tembam macam kek.. hehe

Abdul latif soleh said...

aduii.. sekian lama mencari resepi kek cheese kukus ni..terima kasih :)

Abdul latif soleh said...

sekian lama... akhirnya jumpa gak resepi kek chees kukus.. Alhamdulillah..nak try boleh kak :)

rizza izad said...

Mak long tumpang tanye, gula tu masukkan setengah je ke? Setengah lg ms bile nak masukkan.. N lg satu just nak confirm balik tepung gandum 50g je ye?

Unknown said...

salam . . nak tanya.macam mana langkah yamg ke 4 tu.tuang adunan dan kaupkan??kaup macam mana??