Blogger Layouts

Followers

Wednesday, June 1, 2011

Mihun Goreng Biasa2..

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi dan salam ceria dari maklong buat semua pembaca setia blog maklong.. terima kasih kepada yang selalu mengikuti n3 blog maklong yang tak sepertinya.. sehingga ada yang perasan bila maklong tak bersiaran.. bertanyakan masakan maklong..
semalam maklong puasa.. Nina pulak merengek dari pagi sampai petang.. ibunya lambat ambik sebab pergi krusus.. untuk berbuka puasa maklong cuma buat sambal tempoyak dan telur dadar.. ayam goreng untuk penggemar ayam..

Hmmm.. ada sapa2 yang tak tahu ke..? ok maklong bagi tahu.. hari ni hari jadi maklong yang ke 48.. dah tua dah.. sempatlah maklong berangan2.. kalau ikut perancangan maklong sekarang ni barada di Jepun bersama Nuwairani Haji Ismail.. cikgu yang mengajar kat sabah tu.. ada yang kenal kan.. tapi, disebabkan kedua2 kami ada masaalah.. rancangan tu terpaksa dibatalkan.. kalau tak maklong sambut hari jadi sekali lagi dibumi sapporo.. macam tahu lepas..

Tahun lepas maklong sambut hari jadi bersama anak2 malaysia diSapporo, Jepun.. maklong masak2 dan panggil kawan2 anak maklong makan2.. antaranya mihun goreng macam nilah.. meriah jugaklah.. sebab maklong jarang sangat nak buat majlis sempena hari jadi ni.. siap dapat kejutan.. kek yang sangat istimewa dari Mito untuk maklong.. sedap sangat..!! kan nani kan.. dapat jam tangan made in japan dari anak maklong Maira.. dapat kenal2 dengan bakal menantu maklong masa tu.. sekarang dah jadi menantu pun.. issyhh bayaknya dapat.. dan yang paling tak boleh lupa.. umur 47 tulah maklong baru dapat merasa naik kapal terbang.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. terima kasih buat anak maklong Maira yang sponsor tambang pergi balik ke Jepun.. terima kasih buat Nani keranamu impian maklong menjadi nyata.. Syahdu Syahdan la pulak maklong mengimbau kenangan tahun lepas..

Untuk tahun ni.. majlis makan2 oleh anak2 ditangguhkan..





Resepi untuk mihun goreng ni senang je.. kira maklong buat yang paling simpellah kan.. tak de yang istimewanya..

Bahan:
1 bungkus mihun cap jawi.. rendam dalam 1 jam..
1 mangkuk udang basah
1 genggam udang kering*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 sudu culi kisar
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
1 ikat kecil sawi bunga dipotong pendik

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili kisar.. tumiskan sekejap.. masukkan pula udang hidup..
masukkan semua jenis sos.. tambah air dalam 2 cawan..
bila air dah menggelegak.. masukkan mihun.. diikuti dengan sawi..
rasa garam dan aji.. gula kalau suka..
kecilkan api.. masak dan gaul hingga bihun lembut..

10 comments:

IXORAROXI said...

Selamat ulangtahun kelahiran MakLong, semoga panjang umur,murah rezeki, dilindungi Allah selalu ya

CT Delima said...

As'salam maklong

Selamat ulang tahun, nak wish kat sini juga. macam tak cukup jer nak wish kan..kan..kan... hihihi cayangggg maklong. Walau pun simple mee hoon grg ni tapi bila dapat makan tersangattt lah sedapnya.

seronok tu dapat sambut besday kat Jepong. CT ni entah bilalah nak sampai kat sana..hahaha. kalau maklong nak tahu, seumur hidup ct juga tak pernah naik kapal terbang ni. sampai Hb kata naik jer tak payah takut..hehehe. ct takut tempat tinggi sebenarnya. Tu lah macamana agaknya kalau nak gi haji tu nanti..aminnnn

maklong mesti dapat hadiah istimewa dari suami terchenta kan :D

Along Maklong said...

Ixora..
Terima kasih..
semuga kita sama2 dibawah lindunganNya..

Along Maklong said...

W.salam CT..
Terima kasih CT.. memang ye.. simpel tapi kena dengan tekak kita sedap je..

Masa sambut birthday kat jepang tu mamang best sangat2.. rasanya tak boleh lupa sampai bila2.. hahaha.. lawak je bunyinya CT ni.. ingatkan maklong sorang yang takut nak naik kapal terbang..

Tapi demi anak tersayang maklong beranikan juga.. sekarang dah takut balik ko.. hehehe.. insyaAllah naik haji nanti jadi berani beranilah kita..
p/s.. hadiah..? maklong memang jarang dapat.. sebabnya maklong ni cerewet..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Assalam mak long dan selamat ulang tahun sonoknya klau dpt celebrate b'day kat negara org tetiap thn kan.

Mlm ni igt nk wat meehon grg gak tapi nk letak tauchu klau jadi nnt sy tepek dlm blog sy takut dh last minit tukar menu lain je maklumlah tggl berdua jee !!

MakNgah said...

Happy birthday3.....
pd sy ini resepi bihun traditional.
seigt sy kecik2 dulu kenduri bihun zmn masak kayu api n kawah hitam tu depa cuma masukkan udang kering dan sawi shj.... tp rasanya sungguh syahdu... sedap... haha... mulalah nak berayat melankolik!
depa letak cuka siket kot bg tmbh umphh

Amie said...

assalamualaikum maklong,
selamat ulang tahun... bykkan makan ulam ye spy terus awet mudeee.... he he lucunya kisah maklong naik kapal terbang, kalau dah biasa, rasa mcm naik bas saja maklong.... he he he

Along Maklong said...

CT..

alahai CT.. kalau tak kerana anak belajar kat sana.. tak merasalah maklong ni kemana2.. m`sia ni pun maklong tak habis melawat.. tunggu anak bawak jugak..

maklong pun pernah jugak buat mihun bubuh taucu.. sedap kan..

Along Maklong said...

Timah..
terima kasih..

aku kecik2 tak merasa mihun ni.. mak aku hari2 bagi aku makan ubi dan pisang rebus je.. huhu..
baru2 kawin masak mihun pun tak reti.. pindah felda baru belajar dengan jiran2.. macam2 cara dorang ajar.. antaranya yang nilah..

Along Maklong said...

amie..
w.salam..
terima kasih.. maklong kurang makan ulam.. tu yang tak awet muda.. hehehe..

ntahlah.. bila nak bebetul berani naik kapal terbang..