Blogger Layouts

Followers

Saturday, June 25, 2011

Cekodok Pisang Kembong

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong beli pisang emas.. tapi agak ranum.. jadi bila sampai petang pisang ni macam tak berapa laku.. maklong pun buatlah cekodok.. selalunya maklong buat cekodok boh tepung je.. tak suka boh soda atau baking powder.. sebab dulu mak mentua maklong buat untuk jual.. maklong kurang suka rasanya.. macam dah tak ada rasa pisang..

Bila maklong tengok cekodok yang Nani buat.. dalam blognya.. life is beautiful.. maklong teringin pulak nak mencuba.. apa lagi maklong pun buatlah.. sedap dan lembut rupanya.. masih ada rasa pisang.. mungkin sebab tepungnya tak lah banyak sangat.. paklong dan anak2.. cucu pun suka juga..




Eh.. eh.. yang ni bukan cekodok.. tapi lontong.. nasi yang direbus lama yang dibungkus dengan
daun pisang.. macam ketupat gitu.. anak maklong dapat dari customer katanya.. maklong makan bersama masak lemak ikan tengahari tadi.. sedap jugak..

6 comments:

IXORAROXI said...

memang nampak kembong gebu cekodok pisang tu Maklong...di rumah saya cekodok pisang ni memang macam dah jadi menu wajib tiap minggu, ramai benor peminatnya, kalau bulan puasa kadang2 selang sehari buatnya :)

Along Maklong said...

ooo.. ye ke..?
samalah masa anak2 maklong kecik2 dulu.. dah besar ni pun masih suka cekodok..

Nuwairani said...

cekedok makcik lagi cantik drp cekodok sy! hahah! sy belom reti nk jemput biar jadi bulat seketul2 tu.
kalau org bugis, nasik yg dikukus lama (7-8 jam) dlm daun pisang tu org panggil buras. mmg glemer la kt sabah ni. makan dengan lauk2 biasa.

Along Maklong said...

makcik pulak kata cekodok nani warnanya lagi cantik.. makcik punya lebam sikit.. sebab makcik campur semua bahan baru gaul.. baca resepi je tak baca cara2 buat.. hehe..

mak makcik pun ada buat benda buras ni bila raya.. tapi nama dia tepo.. kat sini orang sebut lontong.. macam2 nama rupanya..

CT Delima said...

As'salam maklong

baru ni dapat singgah dapur maklong. rindu rasanya 2 hari tak dapat jengah kesini.

pisang cekodok ni memang ct suka maklong, tak kisahlah letak pisang apa asal cekodok pisang gerenti licin kat pinggan ct makan :D

lamanya tak makan lontong, teringin gak nak buat lah nanti..hihihi

Along Maklong said...

w.salam..

terima kasihlah CT.. kerana sentiasa sudi singgah ke blog maklong ni.. tu yang kalau tak singgah macam rindu gitu.. wiwitttt.. hehe..

maklong pun suka.. semalam buat sikit.. so, macam tak cukup je.. hari buat lagi..

lontong ni free.. kalau nak buat tunggu rayalah jawapnya.. hehe..