Thursday, April 21, 2011
Sambal Goreng Jawa.. Sungai Tiang Darat..
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Seperti kebiasaannya.. maklong hari ni masuk dapur awal.. ada projek yang maklong nak selesaikan.. sepertinya dah berbulan juga maklong nak mencuba resepi tradisional ni.. tapi maklong tangguhkan je.. sebab maklong rasa macam leceh sikit nak buat ni.. tapi bila dah buat.. taklah susah sangat..
Sambal goreng ni kami sebut sebagai sambal goreng basah.. tapi sambal ni tak pedas pun.. setiap kali ada kenduri kat rumah maklong ni.. tak kira kenduri kecik atau pun sederhana.. (maklong tak pernah buat kenduri besar) emak maklong mesti akan masakkan sambal goreng basah ni sebagai lauk tambahan untuk jemputan makan..
Jiran2 maklong pun sangat suka dengan masakkan ni tak kira mereka tu jawa atau melayu perak ke melayu kelantan ke melayu kedah ke.. mulanya dulu maklong tak suka tau.. tapi anak maklong diana suka sangat benda ni.. setiap kali embah dia datang keselayang ni atau setiap kali kami nak balik kampung mesti dia suruh embah dia masakkan sambal goreng ni.. tapi sambal goreng yang mak maklong buat memang sedap sangat..
Oleh kerana ini adalah masakkan tradisi jawa.. jadi, bila time raya penuh meja dengan menu ni.. yang datangnya dari rumah sedara mara yang berbalas punjungan.. anak maklong diana akan merasa semua sambal goreng yang ada atas meja.. dan dia akan kata "sambal goreng embah jugak paling sedap"..
Al-kisahnya.. walaupun maklong ni anak jawa jati perak.. kawin pulak dengan arwah suami maklong.. anak jawa jati tanjung karang, selangor.. tapi maklong tak pernah cuba masak sambal goreng ni.. sebab kan maklong dah kata tadi.. dulu maklong tak suka benda ni.. jadi sekarang ni bila dah tua2.. barulah maklong tergerak hati nak belajar masak sambal goreng ni.. kiranya ni cubaan pertama maklong lah.. rasanya tak sama dengan mak maklong masak..huh.. mak maklong punya tetap yang tersedap..!!
Walaupun baru nak cuba masak sambal goreng ni.. tapi, maklong masak sekuali besar nko.. maklong hantar kat jiran2 maklong yang tak kerja macam maklonglah.. yang lain tu masing2 bekerja.. tak dapatlah maklong nak bagi..
Sekarang maklong nak cerita pasal resepinya pulak.. resepi ni maklong ikut mak maklong punya.. tapi agak2 jelah.. orang dulu2 mana ada nak sukat2 bila nak masak kan.. kalau ada nak tambah benda lain pun tak salah kut..
Bahan:
5 keping fucuk.. goreng macam keropok.. kepakkan kecil2 basahkan dengan air supaya lembab dan tak hancur bila dimasak
5 keping tahu.. goreng kemudian potong kecil
2 keping tempe.. potong kecil kemudian goreng
5 biji kentang.. potong kecil kemudian goreng
200gm suhun.. rendam
500gm udang hidup
200gm santan pekat
sedikit kicap manis
Bahan untuk tumbuk:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
segenggam udang kering
sedikit garam
Cara menyediakannya:
tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan.. masukkan udang.. tumiskan hingga udang masak.. masukkan sedikit air..
mula2 masukkan suhun.. kemudian masukkan bahan2 lainnya dan kicap..
gaul hingga rata.. akhir sekali masukkan santan dan gaul lagi hingga agak kering.. rasa garam dan ajinya.. kalu dah ok..
tutup api.. hidangkan..
boleh makan macam makan mihun goreng atau mi goreng kalau suka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
rupanya mcm pnh ku kenal jer... tp rasa xleh nk agak la sebb ada masukkan halia n lengkuas
eh Sg Tiang tu rasa mcm pnh lalu kt situ, balik dr Sabak ikut jln lama ikut pantai barat, anak sy siap shoot ppn tanda Sg Tiang sbb kwn dia dok Sg Tiang kt Kedah
alah.. kalau awak pergi kenduri kendara belah perak or selangor yang penduduknya jowo.. mesti ada benda ni..
kan awak kata pernah ronda2 ke bagan datok.. tulah yang terjumpa jalan nak ke sunagi tiang darat kut.. kampung ni masuk dalam sikit.. kena lalu kut kampung selekoh dulu..
ni kalo mak awak pndai kompter gak, alamat meletop jugalah blog dia ek..? wt n3 masak2
dh lalu kot jln tu, tjmpa la nama2 tmpt yg menarik spt Trong, Temerloh, Kuantan, Kota bharu.. klu sy x silap la..
haha.. mak aku pandai masak sambal goreng je..peyek dan pecal..
kalau temerloh. kuantan, kota bharu tu dah jalan lain.. sebab lepas bg. datok tak ada bandar lain.. laut je yang ada..
Ini salah satu mknanan kegemaran suami sy... dulu mak mertua ajar cara mask lauk ni... tapi leceh sikit sbb byk guna bhn2nya tu yg malas nak buat.
Suami CT orang kita jawa ke..?
aah lah.. menu ni memang agak leceh.. sebab banyak kerja kena buat.. tu yg seumur hidup baru sekali ni maklong buat.. haha..
Dia bukan org jawa tapi maknya dulu dari bayi sampai kahwin di jaga oleh org keturunan jawa jadi makanan ni dh terbiasa dr dia kecik agaknya... sy pun baru beberapa kali je masak sejak kahwin.
Ini jangan lombok.
Post a Comment