Blogger Layouts

Followers

Friday, April 22, 2011

Oven Cap Ayam Je..


Pagi tadi selesai je urusan maklong kat JPJ wangsa maju.. maklong ajak menantu maklong ke JJ pulak.. nak jamu mata.. sambil2 nak cari keperluan dapur sebagai hadiah untuk diri sendiri.. bulan ni punya.. gaji dapat awallah katakan..

Pusing punya pusing maklong berkenan kat acu kek yang boleh dibuka tepinya tu.. beli jelah.. sendiri nak senang guna juga kan..

Oleh kerana hari ni hari jumaat.. maklong cepat2 ajak menantu maklong balik.. takut tak sempat nak kemasjid.. lagi pun cucu maklong dah mengantuk nampaknya.. anak maklong, diana hari ni kena kerja.. tu yang kami pergi bertiga je.. sampai rumah maklong meneruskan tugas.. membungkus sedikit biskut dan asam katuk dan 3 helai anak tudung.. sebagai teman lesen memandu anak maklong untuk dipos ke jepun.. pukul 2 maklong keselayang mall pulak.. ke pejabat poslah.. urusan mengepos siap..

Sesekali dapat keluar sorang2 dengan aman.. maklong meneruskan pencarian.. oven yang ada kipas tapi murah.. ada tak..? masuk parkson.. usha2 takde yang berkenan.. masuk pulak ke seng heng.. eh adalah yang maklong berkenan.. belek2 ada kipas.. belek2 duit pulak.. oooh.. cukup.. terus beli.. alhamdulillah dapatlah maklong menggantikan oven maklong yang tak berapa sehat itu hari..

ok.. sebagai merasmikan oven cap ayam maklong ni.. maklong buat puff untuk kedua kalinya.. hasilnya.. lihatlah sendiri.. bolehlah kan.. nak wat makan sendiri je.. bukan nak meniaga..



Nampak gebu gebas nkoo.. anak maklong Maira & In.. mesti terliur tengok ni.. tak pe.. tengok gambar dulu ye.. nanti uols balik m`sia hari2 mak buat untuk korang..

10 comments:

Nuwairani said...

wah! makin 'panas'la dapur kt rumah tu nanti ye

Along Maklong said...

hahaha.. panas dan tekuaplah gamaknya..

MakNgah said...

teringinlah nk wt puff ni, tp ank puan sy tgh bpantang lani, sian lak kt dia sik dok tnya,... ni apa mak, boleh makan dak mak?

smbl tahun sy dh try, mula2 rasa cm pelik sbb xnah rasa cm tu... tp lama2 rasa bestlah sbb rasa dia yg lain tu lah..

Along Maklong said...

eh bila awak teima cucu..?
x habaq pun.. lelaki ka pompuan..
tahniah.. sama pangkat kita dah no.. hehe..
tunggu anak tu habih pantang.. cubalah.. aku suka sangat..

sambal tahu..? rajinnya.. aku yg jawa ni malasnya nak buat.. nampak lengkuas muda.. pegang letak.. pegang letak.. last2 letak.. rumit, renyah.. banyak kerja nak buat..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Wahh m.long rajinnya buat puff... ni yg jeles ni sy x gak buat2 g... klau buat nnt nk gak tayang kt m.long..hehehe!!

Along Maklong said...

CT.. buat jangan tak buat.. sedap tau..
pagi tadi maklong pun buat lagi.. sebab ada anak yang belum dapat rasa.. tapi belum sempat nak tayang.. hehe..

IXORAROXI said...

Salam Ziarah :)entah kenapa sejak 2 menjak ni saya suka sangat terjah masuk blogger pakar masakan.org tak pandai masak macam saya ni baru nak belajar

Along Maklong said...

salam ziarah kembali..
eh maklong bukan blogger pakar masakkan tau..
lebih kepada apa yang maklong baru belajar..
dah tua2 baru nak belajar memasak.. hehe..
jom kita sama2 belajar tanpa mengira usia..

CT Delima said...

Assalamulaikum maklong

cewahhh.. makin bertenaga lah maklomg lepas2 ni. dah ada pembantu baru yang lebih POWER kan... hihihi. ct tak tahu bilalah nak dapat oven yg besou macam tu. kat rumah ni yang comel mcm ct gak muat2 jer kalau masak.. hehehe


Puff tu nampak inti apa maklong :D

Along Maklong said...

W.salam CT..
CT.. oven ni kecik je.. ntah2 sama dgn CT punya.. yg lama punya tu baru besar sikit.. tapi oklah untuk nak main masak2 kek.. hehehe..

puff tu maklong wat inti sardin.. dah banyak kali buat pun tetap inti sardin.. anak2 suka sangat..