Blogger Layouts

Followers

Thursday, April 7, 2011

Hati Ayam Goreng



Alhamdulillah.. dah siap masak untuk makan tengahari.. awalnya kan.. biasalah.. maklong kan bila balik dari pasar borong terus masuk dapur.. hari ni maklong teringin nak masak hati ayam.. maklong beli rm2 je.. 10 ketul.. sapalah nak makan ni..

Teringat anak maklong yang kat jepun Maira & Encik Hubbynya.. masa balik m`sia bulan ogos tahun lepas, dia ada cakap teringin nak makan hati maklong masak macam ni.. tapi dik kesuntukan masa, maklong tak sempat nak masakkan.. yalah masa tu kan bulan puasa.. lepas tu raya.. lepas tu dia nikah lepas tu pergi kelantan untuk majlis sambut menantu.. banyak yang tak sempat nak makan.. nak bawak dia makan ani sup utara pun tak sempat.. yalah.. cuti cuma sebulan, semua nak buat.. mana nak sempat kan..

Panjang maklong membebel.. nanti lupa pulak nak tulis resepi.. kebelakangan ni maklong kan pelupa sangat.. huhu..

Bahan:
10 ketul hati ayam, cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai dititik
garam & aji
1 biji cili merah potong 2 kemudian belah 4
1 labu bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah 6

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan serai.. garam dan aji secukup rasa..
masukkan pulak hati ayam.. goreng hingga masak dan agak garing..
akhirnya masukkan cili.. tomato dan bawang besar..
tutup api dan sedia untuk dihidang..

6 comments:

cik cek said...

Assalamualaikum Mak long...kechur tgk lauk ni...lapo terus perut ni....sedap2 cek tgk masakan kat dapo mak long....
Salam kenal2 dari cek....follow mak long pulaklah..:-)

nur easy said...

nampak sedap nih..;)

Along Maklong said...

w.salam.. cik cek..
salam perkenalan juga dari maklong..
u follow me.. i follow u.. hehe..
(teringat salleh yaacob)..

Along Maklong said...

nur easy.. sedap2..
x caya..? cubalah.. senang je..

Maira Anjami said...

yeah..mcm ni la yg i tringin..ari tu beli hati kat tenet..dah la~mo cek teringin..bli la sket..haha..tp x jd msk cm ni..msk kicap je..

Along Maklong said...

masak kicap pun sedak weyyh..!!
mak pun la~mo tok masok hati nih..
ni sebab nok bagi abang berselera nok make..