Blogger Layouts

Followers

Wednesday, April 20, 2011

Burger Daging Special.. Paklong Buat..



Patutlah petang tadi hujan lebat.. bawak sampai ke malam.. ada orang masuk dapur.. masak burger spesel lagi.. yalah.. paklong kita sejak anak2 dah dewasa tak pernah masuk dapur untuk masak2 ni.. selalu dia oder je.. nak air ke nak makan ke.. tapi masa maklong pergi NSK tadi dia ada cakap kat maklong nak masak beger.. maklong ingat dia nak suruh maklong buat.. rupa dia sendiri yang nak masak..

Sebenarnya paklong ni.. masa kat felda dulu pernah jadi tokeh beger secara kecil2an.. tu pun kongsi berdua dengan kawan dia.. fatahuddin.. bila paklong kawin dengan maklong.. paklong ada bukak gerai jual beger dan maklong jual goreng pisang kat tepi jalan.. tulah yang paklong ni terror jugaklah bab2 buat beger ni..


3 biji beger dah siap untuk dingap.. sebab cuma kami tiga beranak je yang ada kat rumah.. penghuni yang lain2 belum balik dari kerja..

Resepi nak buat beger ni senang je.. sebab semuanya dah sedia.. cuma tinggal goreng daging tu je.. panaskan roti..

Bahan:
10 ketul roti beger/ untuk keluarga besar maklong
2 bungkus daging beger ramli
10 biji telur
1 biji timun
1 biji tomato
1 pokok salad cameron
1 biji bawang besar
sos tomato
sos cili
mayonis
majerin

Cara:
dalam non-stick pan.. panaskan sedikit majerin..
goreng daging beger hingga masak.. angkat..
roti belah 2 sapukan majerin dan panaskan hingga kekuningan..
diatas roti yang sebelah bawah susun salad.. bawang.. timun dan tomato..
dan tuang sedikit sos..
dadarkan sebiji telur.. nipis.. bungkus daging dengan telur tersebut..
letakkan diatas sayur tadi.. tuangkan sos dan sedikit mayonis kalau suka..
tutupkan dengan roti yang sebelah atas..
ulang langkah2 hingga siap..
senang kan..

6 comments:

Maira Anjami said...

wow!..msk dlm senarai menu yg nk mkn :D

cik cek said...

Waaa! bestnya pak long buat burger tuk mak long....sayangggg pak long kat mak long....
he he...=)

Along Maklong said...

alamak.. ni pun nak ke.. beli kat abang beger yang kat depan selayang mall tu lagi sedap..
ssshhh..!! jangan bagi tahu ayah.. nanti dia tak nak buat dah.. hehehe..

Along Maklong said...

alhamdulillah.. setakat ni sayanglah gamaknya paklong kat maklong ni..
sebab maklong pun saaayang kat paklong.. muahahaks..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Burger daging special 2 yea m.long hntr ke sbn mlm ni...hehe!!

Along Maklong said...

bereh CT.. bereh..
haha..