Friday, April 15, 2011
Ayam masak Kicap
Assalamualaikum..
Selamat pagi jumaat semua.. Hari ni merupakan hari cuti maklong.. eh macam kawan maklong yang dok kat Kedah dan Kelantan pulak.. Makngah pun hari ni cuti kan.. maklong cuti sebab anak dan menantu maklong ni offday hari ni.. urusan masak memasak dan cucu maklong serah pada anak.. kebetulan miza pun masuk kerja pukul 6..
Pagi2 tadi maklong dah masuk dapur.. kemas2 sikit pastu operasi menyental periuk belanga.. sebelum beli dapur hari tu kan dapur maklong macam problem sikit.. habis vontot2 kuali dan periuk maklong berjelaga.. so, hari ni maklong sentallah sikit2 bagi kilat balik.. sambil tu maklong panaskan lauk pauk malam tadi yang tak habis..
Kerja2 maklong beres..!! anak maklong pulak ambil alih kat dapur.. dorang baru balik dari pasar borong.. beli lauk untuk makan tengahari.. hari ni diana masak ayam kicap.. resepinya dari maklong.. miza sibuk mengecat dinding dapur yang terkena kotor sikit2.. menantu maklong pulak sibuk membetulkan pintu kabinet dapur yang tercabut enselnya.. wahhh..!! semua orang sibuk nampak..
Ok.. lain kali je sambung sembang.. maklong nak salin resepi dulu ye..
Bahan:
1 ekor ayam potong 16, bersihkan dan gaul dengan garam kunyit
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 cawan kicap cap kipas udang manis
serbuk perasa
air asam jawa
2 biji cili hijau belah dua
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato belah enam
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
goreng ayam hingga separuh garing.. angkat dan toskan
panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan yang telah dihiris.. bunga lawang dan kayu manis hingga kekuningan..
masukkan air dan kicap.. air asam jawa serbuk perasa dan serbuk lada hitam..
bila rasa dah ok.. masukkan ayam.. cili hijau.. bawang besar dan tomato..
siap..!! tutup api dan hidangkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wow..terliur la~huhu
hari mihun goreng tak ada..
masak kicap ada..
mihun goreng dan masak kicap sinonim dengan kakak kan.. haha..
awak ni rajinlah taip cantik2. sy ni paling malas nak taip bahan n cara memasak secara detail. hahaha... taip ikut suka rasa hati ja..
aku pun bukannya rajin sangat..
tapi nak bagi anak2 minat baca, kenalah buat jugak.. hehehe
dahlah menaipnya sebiji2.. lambat nak siap..
salin resepi ni masak untuk berbuka hari ni.. he he.
Post a Comment