Blogger Layouts

Followers

Wednesday, April 27, 2011

Asparagus Gemuk.. Ikan Pari Bakar


Hari ni maklong masak ikan pari bakar lagi.. sebab nak bagi mama haris & asyraf rasa masakkan maklong ni.. asyraf cerita kat mama dia.. nenek masak ikan pari sedap sangat.. jadi mama dia tanya resepinya.. maklong pun bagitahu.. tapi hari ni maklong pergi pasar borong beli 1 ekor ikan pari.. masak macam hari tu.. simpan sikit nak bagi kat mama asyraf balik kerja nanti..

Rupanya paklong pun suka sangat bila nampak maklong tengah masak ikan pari ni tadi.. tapi dia naik tidor dulu.. sementara tunggu maklong masak daging negro.. ngantuk.. sebab paklong kerja shift malam.. (security je..)

Untuk resepinya korang semak kat sini je lah.. sama je..


Ada sapa2 yang belum kenal asparagus yang menjadi kegemaran maklong & family sekarang..?? ha.. ni lah rupa asparagus tu.. ni yang katogari gemuk punya.. harganya rm12 sekilo.. mahal kan.. kalau yang kurus sikit sekilo cuma rm8.. yang gemuk ni rasa dia lebih mabeles.. rangup..!!

Bahan:
1/2kg asparagus.. potong pendek2
sedikit cili api merah*
2 biji cili merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
sedikit belacan*
garam & aji
gula

cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan asparagus.. garam.. aji.. gula secukup rasa..
bila dah lembut.. tutup api..
sedia untuk dihidang



Asparagus goreng lagi.. hahaha..
jemu tengok kan.. maklong & paklong belum jemu makan..
adik.. sama gemuk dengan yang kat jepun ke..? mak lupa yang adik beli.. tapi mak tak sempat nak masak hari tu..

2 comments:

IXORAROXI said...

terliur nengok ikan pari tu..saya memang suka ikan pari, senang makan, tak ada nak tercekik tulang..nak cuba cilok resepi asparagus tu..boleh ya :)

Along Maklong said...

betul2..
masak apa pun sedap.. asam pedas ke bakar cicah air asam pun sodap..

sila2.. maklong suka sangat ni..