Blogger Layouts

Followers

Thursday, September 29, 2011

Pisang Emas Bandar..



Assalamualaikum Semua..

Apa kabar semua pagi ni.. maklong agak kurang sehat.. dari semalam lagi tekak ni rasa tak selesa.. rasa macam nak batuk dan gatal2 tekak.. maklong minum madu dan air zam2 pemberian besan maklong yang kat Kelantan.. mereka kan baru balik dari umrah.. rasa lega jugaklah.. tapi bila bangun pagi ni suara maklong dah hilang.. kepala rasa pening pulak.. harap2 tak melarat..

Dah terlanjur maklong turun awal pagi ni.. maklong pun apa lagi.. mengadaplah komputer kesayangan maklong ni.. belek2 gambar lama.. terasa nak abadikan  gambar pisang ni kat sini.. pisang ni agak istimewa.. sebab datangnya dari jauh.. dari bandar pulak tu bukan dari kampung.. tanam belakang rumah tau..

Pisang ni pisang emas.. masa maklong pergi Kelantan hari tu.. (Kota Bharu ko..)  kebetulan suami kakak ipar Maira (biraslah kan).. baru tebang pisang ni.. bila maklong balik dorang bagi maklong 4 sisir besar2.. tak larat nak makan macam tu je.. maklong buatlah cekodok pisang.. kek pisang 3 kali buat, barulah pisang tu habis tanpa membazir walaupun sebiji.. terima kasihlah kepada Abe Lan.. merasa kami makan pisang bandar.. hehehe..




Ni cekodok biasa2 je.. resepinya ada DISINI.. senang je kan..
Resepi kek pisang pun dah ada.. tinggal klik DISINI.. moist sangat..
sedap..!! bagi orang tua macam maklong ni..






4 comments:

MakNgah said...

Eda...
resepinya ada DISINI..
mana ada pun...
di SANUN kut...hek3...

Along Maklong said...

makngah..
maklong dah buat pembetulan..
hehe.. tadi tu lupa..
nak cepat..

nuwairani ismail said...

teringin pulak nk makan kek pisang. tp pisang berangan ada 3 biji je lagi..

Along Maklong said...

boleh je.. tapi tak rasa pisanglah.. kalau buat 1/2 adunan ok kut..