Blogger Layouts

Followers

Thursday, September 29, 2011

Pisang Tanduk Goreng..


Assalamualaikum Semua..

Pagi ni uols sarapan apa ye..? macam2 maklong agak sarapan uols untuk pagi ni.. nasi lemak.. roti canai.. lontong.. mi goreng.. mihun goreng.. nasi dagang.. nasi kerabu.. alahai.. terliurlah pulak teringat nasi dagang yang ori..

Maklong pagi ni.. dalam pada tak ada suara tu.. merajinkan diri masuk dapur.. sebab teringat pisang tanduk maklong dah masak dan sesuai sangat digoreng buat sarapan paklong sebelum pergi kerja.. nak jaga suami kata orang kena jaga perutnya.. betul tak..? alah.. kalau bagi makan nasi bungkus pun kalau nak sayang, sayang jugak kan.. betul3X.. pokok pangkalnya kat hati masing2 kan.. eh.. eh.. melalut pulak maklong ni..

Dulu2 kan maklong tak rajin sangat nak goreng2 pisang ni.. lebih suka beli.. sebab kat gerai yang maklong suka beli tu ada pisang raja yang rasanya sangat manis.. kira maklong paling sukalah.. tapi bila dua tiga kali beli asyik terkena pisangnya tak berapa masak.. tepung luarnya nampak rangup.. maklong terus serik.. tak nak beli dah.. sekarang kalau teringin nak makan pisang goreng.. maklong beli pisang balik goreng sendiri.. puas hati.. dijamin masak luar dalam.. hehe..










Resepi untuk buat pisang goreng ni..

Bahan:
sebiji pisang tanduk.. potong serong..
1/2 cawan tepung crispy Nona
1 cawan tepung gandum
2 sudu minyak jagung
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara:
bancuh tepung bersama semua bahan2.. gunakan air secukupnya..
jangan cair sangat dan jangan pekat sangat..
panaskan minyak..
celupkan pisang kedalam tepung dan goreng hingga kekuningan..

Rasanya manis..!! rangup diluar.. masak didalam..


6 comments:

Pen Biru said...

heheh..sokong mak long..kalau dah jaga perut dia pun tapi dia tak reti jahga hati kita pun tak guna jugak kan?..ana kalau buat goreng pisang ni, guna serbuk kunyit jer nak bagi kuning..heheh

Roses_Leo09 said...

emmm ..... sedapnya cicah dengan sambal kicap. menjilat jari .....

Along Maklong said...

kadang2 maklong guna serbuk kunyit jugak.. kalau masa tak ada pewarna kuning..

Along Maklong said...

rose..
orang johor biasa makan dengan sambal kicap kan.. tapi maklong tak biasa pulak.. kalau pisang tu tk manis baru cicah gula.. hehe..

nuwairani ismail said...

pisang tanduk ni kalau buat kerepek pon sedap kan? sejak2 berdiet ni mcm dah lama tak makan pisang goreng...sekali sekala nk jugak makan. bila makcik duk tayang ni teringin pulak

Along Maklong said...

kalau yang belum masak memang sedap dibuat kerepek.. wahhh.. nani berdiet ke..? takut baju pengantin tak muat ke..? makcik pun diet jugak.. nak ringankan badan sikit sebelum jaga cucu baby yg 2 orang tahun depan.. setakat ni baru turun 4kg..