Blogger Layouts

Followers

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya..

Assalamualaikum semua..

Maaf ye agak terlewat.. ada masa terluang sikit hari ni maklong nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. kepada semua pengunjung blog maklong tidak kira yang tua atau yang muda.. maklong mohon maaf andai ada salah dan silap selama ini.. dan andai ada kelapangan sudi2lah datang rumah maklong ye..




Ni adalah family maklong.. paklong dan anak maklong yang no.3 je yang tak ada.. paklong kena kerja shift siang.. security.. mana senang nak dapat cuti masa raya.. anak maklong yang no.3 pulak beraya di Penang.. dirumah keluarga sebelah mak mertuanya..



Yang ni adik lelaki maklong bersama keluarganya..



Ni anak sulung maklong.. bersama isteri dan anak mereka.. Syafiq Zakwan.. yang baru lahir pada 16/8/2011..



Anak maklong no.2.. Diana bersama suaminya.. anaknya.. Wardina Syafiqah.. InsyaAllah.. raya tahun depan dorang ni akan beraya berempat pulak..



Maklong bersama Maira.. anak bongsu maklong yang belajar kat Jepun tu.. maklong pinjam dia ni dari suaminya yang terpaksa beraya kat Jepun bersama pelajar Malaysia yang tak balik kampung.. Terima kasih buat menantu maklong tu.. Muin @ Pian @ Syafie.. InsyaAllah raya tahun depan dorang akan balik bertiga..

 






Pada hari raya pertama.. aktiviti kami sekeluarga.. bersalaman memohon kemaafan.. disamping berbahagi duit raya untuk anak2 saudara dan cucu cicit masing2.. Bila dah selesai.. ada yang terus baraya kerumah sebelah mak mentua pulak.. maklong dan adik maklong yang lelaki tak ada mak mentua.. jadi kami kerumah emak sedara yang berdekatan.. (sekampung).. Sebelah petang kami tiga beradik dan keluarga masing2 baraan kerumah jiran2 terdekat pulak.. kira jiran barulah.. dulu2 sekampung je.. bila adik maklong berpindah kerumah barunya..menjadi jiran..


10 comments:

IXORAROXI said...

Selamat hari raya buat Maklong sekeluarga...wahhhh meriah sungguh

Along Maklong said...

ixora..
selamat hari raya jugak..
meriah sangat2..

ida @ 1001resepi said...

salam aidilfitri maklong,
wah! nampaknya maklong raya sakan ni...pakaian semua sedondon warnanya...:)

Citarasa Rinduan said...

selamat hari ray ajua buat maklong dan family

wah! sedondon coklat gitu..
suka sangat2 dgn kemeriahan ahli klrg maklong

dan.. paling best, maklong tepek cucu maklong.. shafiq namanya ya..
heheheh

comel...

Kak Kay said...

selamat hari raya,meriah sungguh sambutan raya family Mak LONG

Along Maklong said...

salam aidilfitri jugak wat kakida..
tiap2 tahun kami memang sewarna pakai baju raya pertama..

Along Maklong said...

salam ayu..
cucu rayalah katakan kenalah tepek kan.. kalau tak nanti orang tak kenal..:)

Along Maklong said...

kak kay..
selamat hari raya jugak..
nape maklong tak leh nak jadi follower..?
memang agak meriah.. tapi untuk raya pertama je..

Amie said...

Assalam Maklong.... baru sempat jengok Maklong, datang nak beraya ni... ada kuih lagi tak Maklong?

Along Maklong said...

w.salam..
terima kasih sudi menjenguk..
kuih ada lagi.. serdak2 dia.. hehe..