Blogger Layouts

Followers

Wednesday, September 7, 2011

Menu Makan Tengahari..

Assalamualaikum semua..

Apa kabar semua.. masih berada dalam mood raya lagi.. ? bagi maklong alhamdulillah sehat.. dan masih nak meneruskan jalan2 raya ke Kelantan pulak pada besuk pagi.. sesudah subuh maklong akan bertolak dari rumah.. maklong nak hantar anak maklong Maira beraya kerumah mama dan papanya (MIL &FIL..) kiranya maklong nak kerumah besanlah ni..

Dalam pada semangat nak berjalan jauh.. maklong teruskan memasak.. bagi memenuhi apa juga lauk yang anak maklong teringin nak makan.. dah 2 hari maira teringin nak makan ikan talapia sambal.. abang iparnya dah beli.. tapi cuma 3 ekor je.. jadi maklong tanbah 3 ekor lagi..




Ikan Talapia Merah masak sambal ni.. permintaan anak maklong maira.. teringin nak makan sambal katanya.. sambalnya macam biasa.. cuma maklong tambah sedikit kunyit hidup.. tu yang nampak kuning tu..

 


Ikan Pelaling masak sup ni.. maklong yang teringin.. masa maklong kepasar tadi ternampak ikan ni yang saiznya agak besar dan nampak segar.. jadi memang sedap sangat bila dibuat sup simpel ni..



Kangkung Goreng.. ni feberet Maira juga.. tu yang kerap masak sayur ni sejak dia balik.. kat jepun harga kangkung mahal macam emas.. hehe..



11 comments:

IXORAROXI said...

ikan talapia ni buat pekasam sedap gak eikkk Maklong
kalau saya kangkung tu ratah je :)

Amie said...

Assalam Maklong,
bila tengok ikan talapia tu...adeeehhh... balik kampung hari tu tak teringat pulak nak beli / masak / makan talapia... hu hu uuuu

baik2 jalan ke Kelantan ye Maklong.

Citarasa Rinduan said...

mak long.
kitakan orang melayu.
mmg petang raya ayu dh cari nasi..
hehhehe

sedapnya kangkung.. ikan talapia pun buatkan perut ayu lapo..........

Along Maklong said...

ixora..
sedap kut.. maklong pernah makan pekasam ikan talapia hitam.. sedap..!!
maklong tak berani makan kangkung lebih2.. sebab sakit urat.. huhu

Along Maklong said...

amie..
tulah.. kalau singgah umah maklong boleh masakkan ikan talapia ni.. hehe..
insyaAllah.. doakan selamat yerk..

Along Maklong said...

ayu..
samalah kita..
tak tunggu petang.. tengahari dah cari nasi.. makan dengan ikan gelama masam.. mmm.. sehingga menjilat pinggan..

Juwita Jamaludin said...

salam mak long.. untung nya maira balik macam2 maknya masak.. hihi betul kat sini kangkung susah dapat kalau ada pun mahal.. huhuhuhuh

nuwairani ismail said...

nak ikut balik kelantan jugakkkkk! hihih...tak puas beraya kt rumah...bestnye kalau cuti panjang mcm tu...hmmm...

rasanya masa gi sapporo hari tu makcik ada bawa kangkung juga kan? memang betol2 feveret maira la ni...takpe, dia balik bukan selalu...nani yg balik 3 kali setahun ni pon mak dh masak macam2...

CT NoArIzAh ArIs said...

Emmm sodap ea mak longggg !!

Sy pun igt nak ke kelantan raya ke 3 ari tu nk bawak mak abah beraya dgn besan kelantannya tapi hubby pulak x nak pergi sudahnya tak lepas le kesana adik je balik 4 beranak ke p.mas klantan mlm tu :(

MulutPayau said...

Assalamualaikum Mak long..

sedapnya ikan talapia tu...

p/s..selamat hari raya mak long..mood raya masih tebal lagi ni..

Pen Biru said...

assalam mak long..selamat hari raya..sorry lambat wish..bz