Blogger Layouts

Followers

Sunday, September 25, 2011

Terima Kasih In..

Assalamualaikum semua..

Hari ni rumah maklong kembali sunyi.. tanpa anak maklong Maira dirumah ni.. 
malam tadi dia dah balik ke Jepun..
akan memulakan kehidupannya semula disana sebagai pelajar.. isteri dan bakal ibu..
semuga Allah akan mempermudahkan segala urusannya disana..

Buat menantu maklong.. terima kasih yang tidak terhingga kerana meminjamkan isterinya kepada maklong.. dalam jangkamasa yang agak lama jugak.. sebulan seminggu kurang lebih.. terpaksa beraya tanpa isteri.. sambut ulang tahun pernikahan juga tanpa isteri disisi.. Besar pengorbanannya kan.. Sebenarnya jauh dilubuk hati seorang ibu ini ada terselit rasa bersalah kerana memisahkan mereka berdua..  

Alhamdulillah.. semasa maklong menulis n3 ni.. Maira dah pun selamat sampai ke Hokkaido.. kepangkuan suami yang semestinya amat merindui dan dirinduinya.. pesanan mak buat In & Maira.. jaga baby baik2.. pelajaran jangan abaikan.. kepada rakan blogger doakan kejayaan mereka ya..!!

InsyaAllah.. tahun depan maklong pulak akan ke Jepun.. nak tengok2 kan Maira dan babynya yang bakal lahir.. nak pergi sorang2 ke Jepun tu cuak jugak.. tahun lepas pergi ditemani Nani.. Life Is Beautiful.. agak2 tahun depan nak ke dia temankan maklong..? Kalau terpaksa pergi sorang pun maklong beranikan jugak demi kasih sayang maklong pada anak2..

Masa maklong hantar Maira kat KLIA malam tadi.. kebetulan.. ada kumpulan pelajar2 Malaysia nak berangkat ke UK.. maklong tumpang terharu melihat mereka.. teringat zaman mula2 hantar Maira nak berangkat ke Jepun dulu.. huhu.. 









Ni masa check in.. Maklong pun himpit jugaklah.. sebab nak belajar macamana nak buat bila kena buat sorang2 nanti..



Ni Nasya.. anak sedara Maira.. cucu maklong.. tak henti2 tanya.. mak usu mana nek..? mak usu balik jepun..
mak usu naik apa..? naik kapal terbang.. sehari entah berapa kali dia bertanya.. sabar jelah maklong menjawap..






Nilah antara pelajar yang nak berlepas ke UK tu.. kawan2 dorang siap bagi sorakkan gemuruh.. suka tengok dorang..


12 comments:

Amie said...

Assalam Maklong,
terharu baca.... teringat Amie kalau balik kampung, mesti ada drama babak tangis2 dgn bonda.... hu hu huuuuu

Amie doakan semuanya selamat, Maira selamat sampai ke Jepun, selamat menjadi ibu dan segalanya... juga atas pengorbanan Maklong melepaskan anak kesayangan....kembali ke pangkuan suami.

Along Maklong said...

W.salam Amie..
kali ni maklong tak berapa nak menangis.. sebak2 je.. sebab maklong pasti yang menunggu tu sama2 sayangkan dia..

Terima kasih kerana memahami dan mendoakan.. semuga diperkenankan..

Mama Janet said...

sy pulak tak leh tenguk babak2 org menangis.mesti ikut sebak dada

Along Maklong said...

mama janet..
maklong pun sama jugak..
tengok budak2 yg nak g UK tu maklong pulak yg tersebak jugak.. bukan kenal pun.. huhu..

ida @ 1001resepi said...

assalam maklong....
kalau takda teman nak gi jepun, ajakle kkida ni...hehe...teringin nak tengok negara matahari terbit tu...:)

Along Maklong said...

w.salam kkida..
ishk2.. malu pulak maklong dengan kkida yang dah biasa melancung ni.. maklong ni kalau tak kerana anak.. tak merasa jejak KLIA sekalipun.. tp kalau nak temankan jommm..!! hehe

lyn_linna said...

wah..maira nak jadi ibu..tahniah mai,tahniah c.idah,bertambah cucu..hehe..
c.idah nak p jepun nak kirim boleh..hehe..

Along Maklong said...

lyn..
aah.. maira dah nak jadi ibu..
terima kasih.. Alhamdulillah.. bertambah cucu c.idah..
nak kirim..? boleh2.. nak kirim apa lyn..?

amalina said...

hehe perot maira da nmpk benjol sket..aritu x nmpk sgt..ke perasaan saye je..hahha

IXORAROXI said...

nak ikut gi jepun :D..semoga Maira & babynya sentiasa sihat walafiat

Along Maklong said...

amel..
mmng masih kecik..
sebb kulit perut dia nipis kut..
yg nampak benjol tu beju dia.. hehehe..

Along Maklong said...

ixora..
jom2.. kita menabung dari sekarang..
amin.. terima kasih diatas doa tu..