Blogger Layouts

Followers

Monday, September 5, 2011

Roti Jala Buat Tetamu..

Assalamualaikum semua..

Apa kabar semua.. semuga semuanya dalam keadaan sehat.. maklong pasti ramai diantara kita masih sibuk berkunjung kerumah sedara mara.. jiran tetangga.. sahabat handai.. kerana bulan syawal masih diminggu pertama.. Maklong juga agak sebuk hari ni.. bila ramai juga yang bertamu kerumah maklong..

Pagi2 lagi maklong dah kepasar borong membeli sedikit keperluan untuk dimasak sebagai juadah tambahan.. kawan2 anak maklong Maira nak datang beraya.. maklong masak mihun goreng.. nasi lauk ikan patin masak tempoyak.. ayam goreng dan ayam masak kari.. dan maklong cuba buat roti jala.. dan menu yang ni je yang maklong sempat abadikan untuk ditepek diblog maklong kali ini..

Lepas kepasar.. maklong hantar Maira ke Ampang rumah kawan lamanya masa di MRSM dulu.. maklong tak harap nak biarkan dia naik turun LRT.. dan maklong tinggalkan dia bersama kawannya untuk beraya kerumah kawannya yang lain.. rombongan yg seramai 9 orang ni sampai kerumah maklong lebih kurang pukul 3 petang.. Tetamu2 yang lain ada 3 kumpulan.. belia taman bidara datang lebih awal.. yang akhir sekali datang sebelah malam.. kawan baik maklong dan anak cucunya.. sekarang ni barulah maklong dapat berehat.. setelah berjam2 berdiri mengirai roti jala.. bila dah pandai buat roti jala rasa seronoklah pulak.. lain kali kalau ada sapa2 nak datang.. maklong buatkan roti jala jelah..








4 comments:

IXORAROXI said...

pagi ni tengah lapar tengok entri roti jala Maklong, telan air liur saya dibuatnya..bak semangkuk dengan kari boleh?:)

Amie said...

cantiknya roti jala tu MakLong!...warnanya menggoda selera....ada lagi tak? rasa laparlah pulak datang dapur Maklong nih!

Unknown said...

kak.. semalam ayu buat utk tetamu,,
ingatkan.. time marhaban nak hidang roti jala lagilah...

versi maklong mmg cantik, mak long berseni orangnya

Juwita Jamaludin said...

roti jala memang sesuai sangat untuk merai tetamu.. sedap.. suka dengan roti jala makan tak jemu