Blogger Layouts

Followers

Tuesday, August 16, 2011

Kuih Raya Pertama..


Assalamualaikum semua..

Hari ni masuk hari ke16 puasa.. mesti ada diantara blogger2 yang dah mula membuat kuih raya kan.. macam menantu maklong pun dah mula buat biskut dan dihantar kat maklong untuk maklong rasa.. sedap.. bagi maklong sendiri.. maklong tunggu anak maklong Maira balik baru nak mulakan membuat kuih sikit2.. tu pun tunggulah dia berehat hilangkan penat.. dan bebetul sehat.. maklong bukan nak buat banyak pun.. selalunya maklong buat 3 atau 4 jenis je.. tapi satu jenis tu buat banyak adunan.. sebab senang nak diagihkan ke beberapa buah rumah..

Semalam maklong pergi kedanau kota.. kerumah Ustaz Azman.. ubatkan anak maklong yang mabuk teruk tu.. diana, sebab dia dah tak nak masuk hospital lagi.. isterinya menjual kuih raya.. maklong beli 2 bekas biskut snow almond.. sedap sangat rasanya.. macam2 biskut dia ada jual termasuk kek kukus buah2an..

Ni maklong tengah dup dap dup dap.. tunggu kelahiran cucu ke3 maklong.. hari tu dah pergi hospital tapi kena balik dulu.. malam tadi bila ketuban dah pecah terus anak maklong kehospital semula.. dimasukkan sementara ke wad bersalin.. dan sekarang dah dimasukkan kemakmal bersalin pulak.. semuga Allah memudahkan menantu maklong ni bersalin..

16 comments:

Nuwairani said...

wah! seronokla makcik dapat orang baru raya nanti! mesti meriah kan? maira pon balik mesia jugak. nani pon ada 3 org anak buah baru raya nanti. tgh berkira2 duit raya dh ni. hihih

Juwita Jamaludin said...

seronoknya maklong nak dapat cucu baru.. bertambah2 cucu ye.. best meriah

Along Maklong said...

nani..
begitulah kira2nya..
yg ada pun dah meriah dek kelasakkan dorang.. bertambah pulak hero lagi sorang.. gamat2 dibuatnya.. hehe

Along Maklong said...

ita.. tahun ni tahun membilang cucu bagi maklong.. tahun depan lagi meriah rasanya.. hehe

Amie said...

wah! Maklong dah mula kumpul kuih raya.... cari banyak-banyak ye Maklon, nanti raya kita serbu rumah Maklong!

bestnya nak dapat cucu baru, mudah-mudahan selamat bersalin, kedua-duanya sihat walafiat.... amin.

cik cek said...

Wah! maklong nak dpt cucu sorang lagi ke...tambah lagi ahli keluarga kan maklong...tambah meriah....:)
Waaa...sume org dah buat kuih raya...cek belum start lagi pin...hu hu...kumpul resepi byk dah...he he

Unknown said...

salam ramadhan maklong..
biskut rasanya ayu pun buat nak hampir raya nanti

ayu mendoakan anak dan cucu maklong sihat2 ya...
nak teka lah, entah2 cucu dah selamat dilahirkan pada hari ini? sempena nuzul al quran?

SITI NOARIZAH ARIS said...

Mak long bestlah raya tahun ni dapat cucu baru anak menantu pun ada kat sebelah sy dah dapat rasa mak long mesti tak nyenyak tido nak tunggu 1 syawal kan..kan..kan ??? :)

IXORAROXI said...

Salam Maklong, moga sihat sepanjang ramadhan dan raya nanti ya..
kesian anak maklong tu ya, moga dia cepat sihat ya
Saya kalau beli biskut raya ni awal2 memang tak sempat nak berayalah biskut2 tu, jadi menu sahur anak2 je :D..tapi tak kisahlerr beli pun untuk makan bukan simpan, kan

Along Maklong said...

amie..
alhamdulillah.. menantu maklong dah pun selamat melahirkan anak lelaki..

Along Maklong said...

cek..
dijamin meriahlah raya tahun ni.. hehe.. cucu bertambah.. anak pun balik.. kuih raya tu maklong beli.. dah dekat habis sebekas..

Along Maklong said...

salam ramadhan ayu..
cucu maklong lahir petang semalam.. belum sempat tarikh nuzul Quran..

Along Maklong said...

CT..
bestnya sebab dapat cucu baru.. dengan maira pun balik.. yang lain2 macam biasa..
mailah dtg umag raya nanti.. :)

Along Maklong said...

Ixora..
alhamdulillah maklong sehat sepanjang puasa ni..
yang tak sehatnya anak2 maklong.. yang mabuk dan yang dalam pantang..

kuih tu memang dah habis sebekas pun.. sedap sangat.. kena beli lagi nampak gayanya..

Unknown said...

assalamualaikum maklong..
moga okey2 ya..
mesti maklong sibuk jaga anak, cucu dan uruskan persiapan raya

Nur-nba said...

Tahniah Mak Long atas kelahiran cucu.. Semoga Mak Long bergembira di hari lebaran yang bakal menjelang tiba.. Maaf zahir & batin ye..