Blogger Layouts

Followers

Saturday, October 29, 2011

Puding Roti Bersos Kastad..


 Assalamualaikum Semua..

Selamat pagi dan selamat bercuti kepada yang bercuti.. rasanya ada yang baru bangun.. maklong yang dah lama tak merajinkan diri pepagi ni maklong terajin pulak membakar puding roti.. siap buat sos ko.. agak ketinggalanlah maklong ni.. orang dah jemu makan benda ni.. maklong baru nak terhegeh2 mencuba..

Sebenarnya cucu maklong si Nasya.. tak suka makan nasi.. suka makan roti.. semalam atok dia beli roti butterscotch.. satu perangai cucu maklong ni.. dia tak suka makan tepi2 roti tu.. dia makan tengahnya je.. mulanya maklong tak kesah sangat.. tapi bila kebetulan mak usunya.. Maira balik malaysia hari tu.. dia beritahu maklong.. dan dia buang tepinya dulu baru bagi roti tu kat Nasya ni.. kalau roti biasa ru maklong buang je.. tapi kali ni roti sedap sikit.. jadi maklong simpan sebab ada projek maklong nak buat..

Pagi tadi maklong pun buatlah projek tu.. puding rotilah apa lagi.. betul kata Nani Rostam.. blogger model 80an.. guna roti butterscotch.. puding jadi lebih sedap.. memang sedap.. sebab ada sosnya pun ye kut.. tapi anak2 maklong mencebik je.. sambil cakap, tekak orang kampung.. huhu.. maklong pun apa lagi.. potong2 masuk pinggan siram sos.. hantarlah kerumah jiran..



Ini.. sarapan maklong pagi ni.. tekak maklong pun tekak kampung juga.. tapi maklong ajar sikit2.. supaya lebih moden.. hehe..



Nilah rupa puding tu.. guna kulit roti jadi nampak hitam je.. hehe.. kismisnya.. kali ni maklong tenggelamkan.. bubuh bawah2 roti.. sebab hari tu maklong bubuh atas jadi macam nak pahit2 sikit..


15 comments:

Mak-Imma said...

sooooo lah menyelerakan, rasa nk makan jer gmbr tuh... hehehehehe

CT Delima said...

As'salam maklong

rajin betul maklong ni buat puding roti pagi2. ct arini menebar roti jala jer maklong. semalam petang buat kari daging. jadi adalah menu yang nak dibuat pagi2 gak kan. cuma malas nak tayang kat blog, kira cuti update..hahaha. buat pun untuk makan anak2 dan suami jer. ct makan lain..hehehe.

Totie@Tomy said...

sedapnya puding roti ada sos kastard ni..biasa kalau nak makan puding roti saya beli kat giant..tp tengok maklong buat ni sedap teringin nak mencuba sendiri..

Amie said...

Maklong.... lawalah rupa roti puding tu... taklah hitam mana, sedap tu Maklong... teringinlah pulak nak makan, dah ngences ni Maklong....

nuwairani ismail said...

amboi makcik! pagi2 lagi dah tayang puding roti...hihih...tula...tekak nani pon tekak kampung jugak...tapi nak jar sikit biar jadi bandar.hihihih..tu pasal asik2 makan pasta aje...

Acik Erna said...

Sssalamualaikum mak long..acik singgah ziarah..
tak pernah pulak acik buat guna butterscotch..sedap ye mak long..nak kena cuba la nanti..

IXORAROXI said...

kan bagus kalau saya ni jiran Mak long :D

Pen Biru said...

kat sini ana penah makan bengkang roti..memang sedap..kalau puding cm mak long buat ni..laaaagi sedap

CT NoArIzAh ArIs said...

Assalam mak long...sebelum ada blog pernah gak buat puding roti ni tapi tak buat sos dia..nntilah ada masa nak buat gak mcm mk long pastu siram sos apelah rasanya yeaa..?

Citarasa Rinduan said...

sungguh mak long.. kalau timbull rasa pahit kan,..


ayu pun tak ska makan yang tepi2... hehehhe macam cuuc mak long pulak.. kekekkee

Juwita Jamaludin said...

memang sedap puding roti ni ita suka juga.. rasa nak buat lagi plak

ieja amieja said...

assalam mak long..

baru sempat nak ziarah ni..
hurmm sedapnyer puding..rajinnyer pepagi lg dah buat...sy follow yer..

Amie said...

laaa...maklong, Amie lagi jauh tertinggal keretapi kat belakang nun... orang dah naik roket ke bulan, kita habuk roti pun takde lagi...apalagi memuding roti macam maklong, sedap ye maklong... tumpang makan di sini ye..

MulutPayau said...

Assalamualaikum Maklong...sedapnya puding roti tu...memang terliur tengok...

aJa said...

sedapnyer..macammana nak buat....