Blogger Layouts

Followers

Sunday, October 16, 2011

Mahalnya Lemak.. 3kg Rm249.00



Assalamualaikum Semua..

Kebelangan ni maklong jarang sangat nak buat n3 masak2.. sebab maklong masak yang simpel2 je.. kira banyak resepi ulangan.. Kali ni pun maklong cuma nak kongsikan pasal kisah maklong yang tengah nak turunkan berat badan.. baca tajuk.. mesti suspen kan.. mahalnya harga lemak.. lemak maklong lah tu..

Sebelum ni.. dalam jangkamasa lebihkurang 8tahun.. maklong mulai mengalami kenaikan berat badan yang sangat cepat.. kiralah dari 54kg hinggalah 93kg.. menangis  ko.. puncanya.. maklong pindah dari felda ke bandar Selayang yang terlalu banyak makanan.. hehehe.. hati senang.. kalau ada2 sikit2 masalah pun cuma sekadar ujian kecik yang maklong anggap seperti habuk masuk mata je..

Bila berat badan kita naik.. jadi mulalah mencari bermacam2 cara untuk kembali kurus.. mula2 tu rasa tak apalah.. naik sikit.. tapi bila dah mencecah 80kg.. maklong mula susah hati.. bukan takut suami lari cari pengganti.. tapi takut kesihatan terancam.. macam2 produk maklong cuba.. dari harga yang rm380 satu set hinggalah yang paling murah.. tapi kesannya tidak memuaskan hati.. tak madan yang maklong ni bukanlah orang berwang.. tapi untuk kurus ni maklong sanggup berhabis ribuan ringgit tau.. kadang2 tu siap mintak anak sponsor..



Dan.. terkini maklong cuba produk ni.. maklong dapat info tentang produk ni dari rakan fb.. Faizah Samat.. (SUPER SLIM HEALTH CARE 4U).. bila maklong yakin maklong pun oder dan makan.. bulan pertama maklong turun 3kg.. masa tu raya.. dan cuti2 kelantan yang memaksa maklong makan seperti biasa.. tapi berat tak naik.. harga sebotol rm249.. dalam ada 30 biji kira tahan untuk sebulanlah.. makan ubat ni maklong rasa sehat sangat.. kaki maklong yang bengkak jadi kempis.. sekarang maklong makan dah masuk bulan kedua.. botol kedua ni dah habis 17biji.. maklong baru timbang.. berat maklong sekarang 86kg.. kira dah turun 7kg.. alhamdulillah.. tulah yang maklong teruja sangat dan tanpa segan silu maklong kongsikan disini dengan sapa2 yang sudi baca.. kalau ada yang nak cuba kena cari Faizah Samat kat fb..



Makan produk super slim ni tak perlu kontrol makan sangat.. makan macam biasa.. kalau maklong memang tak pantang langsung.. semua ngap.. yang paling penting air kena minum 3liter sehari.. 2 botol besar.. tu agak seksa bagi maklong.. sebab maklong orang yang tak suka minum.. sehari tu nak habiskan sebotol kecik pun susah.. air manis pun kurang.. tapi kalau minum nak yang kaw2 gitu.. takut kena diabetes pulak..
tapi nak turun berat badan punya pasal.. maklong telan jugaklah.. tu pun kadang2 tak habis..



Disamping nak slim maklong makan ostesamin ni untuk kesihatan lutut @ kaki.. belum sakit.. cuma nak supaya lutut maklong terus sehat.. madu pun maklong minum juga.. niat nak sehat juga.. mak & bapak maklong ada sakit kronik.. maklong berusaha untuk elak.. kalau dah elak pun kena juga.. redhalah kan..
lagi satu petua untuk kekal sehat.. bangun malam.. solat sunat walaupun pun cuma satu rakaat solat witir.. dan banyakkan bersedeqah..



Basikal ni dah lama beli.. tapi jarang2 guna.. sekarang nak simpan kat mana pun susah.. kira buat semak dapur je.. kalau maklong guna mesti cepat turun berat badan kan..



Ni gambar maklong masa umur 35 tahun.. anak empat ko.. slim melim kan.. masa ni berat badan maklong 54kg.. sekarang ni kalau dapat turun ke 74kg pun dah bersyukur banyak.. paklong dulu 52kg.. sekarang dah 71kg.. maklong bela baik punya.. hahaha.. paklong rajin jogging..


Ha ni pun sama.. masa umur maklong 35 tahun..


9 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Maklong,
seronok dapat kongsi pengalaman tentang kesihatan ni...

Amie pun ada alat senaman harga lebih seribu tapi pakai 2 kali je, tersimpan lebih 2 tahun kat home library,

Amie pun suka cuba pelbagai produk untuk slim tapi perubahan hanya berlaku seketika, lepas tu naik seperti biasa kalau tak teruskan produk tu,

akhirnya Amie sepakat dengan suami untuk jaga diet makanan, kami tidak makan nasi waktu malam, jadi makan nasi sebelum maghrib anak beranak, makan nasi sehari sekali saja sementara waktu lain sebaiknya kami hanya makan roti, mee hoon dan lain-lain yang boleh mengenyangkan, minum mesti minuman suam & panas, sesekali je minum sejuk..

alhamdulillah... lebih setahun amalan ini kami laksanakan, nampaknya ada perubahan pada badan suami & amie walaupun agak perlahan, tapi sihat dan selamat....

IXORAROXI said...

go go Maklong..mesti boleh punya..at least dapat BMI yang sihat pun dah ok tu..basikal tu sangat berguna, jangan sia-siakan, pelan-pelan kayuh
pstttttttt Maklong, boleh bagi saya website atau nama penuh distributor tu,boleh juga saya contact buat side income :)

Along Maklong said...

w.salam amie..

memang betul tu.. turunnya sikit.. naiknya lebih.. huhu.. ada sekali tu tk turun malah naik.. macam nak nangis kalau teringat pengalaman nak kurus ni..

maklong tak boleh tak jumpa nasi.. sehari mesti nak kena 3 kali.. tapi taklah banyak.. kalau air tu maklong jarang minum air sejuk..

kalau boleh macam amie kan best.. teruskan amie.. tapi bila dah tua2 ni selera makan pun agak kurang.. jadi mudah sikit kut nak kontrol makan.. hehe

Along Maklong said...

ixora..
nama penuh dia faizah samat..
no tel dia.. 0139355578.. dia ni cikgu.. mengajar kat selayang jaya..
website.. hari tu macam ada tapi bila maklong cari tak jumpa pulak.. ala call je dia..

JaSSNaNi said...

mak long.. masa umur mak long 35 tu punya la tinggi and kurus yer.. :) lagi2 bergambar atas kayu nan setengah batang tu.. eheheh.. :)

mak long.. wow. berkesan ye ubat tu.. leh turun sampai 7kg baru nak masuk bulan ke-2.. nani pun tengah usaha gak nak turunkan berat badan.. dah rasa montel je la ni.. bila jalan jauh sket mula nak sakit tumit.. harap2 nani pun berjaya nak kuruskan badan ni..

Along Maklong said...

nani..
haha.. tu masa2 muda2.. la ni dah tua.. susah kut nak kurus macam tu..

super slim ni mmng paling berkesanlah.. tu sebab maklong dah tua.. kalau yang muda2 lagi cepat.. ada yang sebotol turun 12kg tau.. jeles2.. hehehe..

good luck nani.. semuga impian untuk kurus tercapai..

nuwairani ismail said...

ecece...gambar zaman muda2 dulu...selim betol ye makcik zaman muda2 dulu...patutlah paklongnya terpikat...nani yang belom kawen ni pon dah lebih 60 kilo..hadoi....

Along Maklong said...

hehehe.. saje je nak bagi nani jeles tu.. masa ni makcik makan banyak mana pun tak gemuk.. tapi sekarang pantang makan lebih sikit je macam dipam2.. huhu..

Nur said...

Nak cuba juga... risau berat badan asyik naik je. Terima kasih Mak Long kerana berkongsi. Memang elok kita jaga pemakanan untuk kebaikan jangka masa panjang.