Blogger Layouts

Followers

Tuesday, October 11, 2011

Indahnya Bersahabat..


Assalamualaikum semua..

Hmmm.. dah ada yang masuk tidur.. dan dah ada yang dibuai mimpi indah.. maklumlah dah pukul 11 malam.. maklong memang biasa tidur pukul 12.. so, ada lagi 1 jam untuk maklong naik tidur..

Sebenarnya maklong baru balik dari kampung mak maklong. sg. tiang darat, bagan datoh, perak.. malam tadi maklong terima call dari adik ipar maklong.. dia beri kabar agak sedih.. bapa sedara maklong meninggal.. maklong pun terus gerak kekampung bersama 2 orang anak maklong.. diana & haris dan menantu maklong Rusdy sebagai driver bergilir dengan Haris.. pukul 3.30 pagi kami sampai.. dan balik semula pukul 3 petang tadi.. maklong sampai rumah pukul 6 petang.. alhamdulillah.. segala urusan dipermudahkan..

Sesampainya maklong kat rumah.. maklong terpandang satu bungkusan ni.. nama pengirimnya maklong tak kenal.. puas maklong belek sambil berfikir.. kut2 maklong ada oder apa2 barang online.. sah tak ada.. kalau ada pun dah sampai minggu lepas.. nak tanya.. tak ada sapa yang boleh maklong tanyakan.. masa tu rumah kosong..

Dengan penuh tanda tanya maklong buka kotak.. masih tiada jawapan.. sebab kotaknya ada 2 lapis.. nama pengirimnya dah nampak.. sahabat maklong dunia akhirat.. dah agak dah.. tapi kali ni dia kirim apa ye.. buka punya buka.. oooohh emping.. banyakkkknya..!! macamana nak makan ni..?? walau bagaimana pun maklong sangat berterima kasihlah kepada beliau ni.. nak sebut nama tapi dia ni pemalu.. kalau anak maklong mesti dah boleh agak.. kan dik..?

Maklong pernah makan emping ni buat pertama kalinya dan terakhirnya.. masa maklong tingkatan 5.. 31 tahun yang lalu ko.. kat rumah kawan maklong dan makngah ni.. namanya Hasnah.. rasanya kat Chenor.. siap naik bot kami nak kesana.. best bila dikenang2..



Inilah rupa emping tu.. maklong bebetul lupa macamna nak makan ni.. apa yang maklong ingat.. macam ada kuah2 gitu.. so, kepada sesapa yang tahu macam mana nak makan emping ni.. kongsi2lah dengan maklong ye..



Banyak pulak tu.. boleh buat kenduri Timah oooiii.. aku nak kenduri, tapi lambat lagi.. tahun depan.. awak mesti mai tau.. nak kena sambung sedeqah kat jiran2 maklong pulak lepas ni.. ada sapa2 teringin emping ni sila angkat tangan.. boleh kita makan sama2..


Ha.. yang ni rupa emping tu dari jarak dekat.. sebab ada antra kita yang tak kenal emping ni..


16 comments:

Citarasa Rinduan said...

ayu belum tidur lagi mak long.....
tahniah dapat sesuatu dari kawan2 alam maya

ayu tak tau mcmana nak buat emping tu y berkuah..

yang taunya bila lepas makan nasi mesti nak cari emping ... hehehhehe

kalau dekat, ayu tau mak long mmg nak bagi ayu kan??
hahahhahah

Cheq Sue said...

saya pun belum tidur lagi maklong... banyak bende dok pikir ni... saya kalau emping ni mula la ingat nestle cornflakes... :)

ummi_khalish said...

assalamualaikum maklong...salam ukhuwah..emping ni yang makan dgn kelapa parut dan gula tu ke?ke makan macam cornflakes?sebab dil teringin nak makan emping beras tu....

Along Maklong said...

ayu..
terima kasih..

haha.. bila ayu kata lepas makan cari emping.. maklong terus cuba.. la rasa beras.. ada pait2 sikit..

kalau dekat mesti maklong bagi kat ayu.. tapi kalau yg jauh tu kita dekat2kan lah.. hehe..

Along Maklong said...

sue..
nak makannya macam makan konflek juga ke.. tuang susu gitu.. hehe.. lain macam je..

ida @ 1001resepi said...

as-salam maklong,
sedap emping tu...kalau saya makannya campur dengan kelapa dan gula aje...tapi ada yang makan seperti makan conflake gitu, letak susu supaya berkuah...

Along Maklong said...

ummi_khalish..
yg ni emping padilah.. (beras)..
kalau teringin bagi alamt.. maklong boleh hantar..
maklong dah klik2 tapi tak jumpa profile.. terima kasih sudi follow..
salam ukhuwah kembali..

Along Maklong said...

w.salam ida..
ooo.. boleh agak nak buat macam mana.. tq ida, kongsi2 cara makan emping ni..

IXORAROXI said...

maklong cer cuba zoom gambo nak tengok dekat lagi, 1st time saya tengok emping ni :)

Along Maklong said...

ixora..
ok maklong dah boh gambar tu..
tapi tulah kamera maklong ni cap ayam je jadi tak berapa terang.. hehehe..

Hayati said...

Maklong, assalamualaikom. Emping ni boleh makan banyak cara. Salah satunya emak saya selalu buat dulu. Maklong goreng dulu emping tu tanpa minyak, dia akan naik kembung-kembung dan garing. Jangan letak minyak. Maklong cuba dulu dalam sengenggam macam tu.Boleh juga makan macam tu saja.Rasa macam cornflake tapi mak saya panggil anak lebah. Ketepikan. Lepas tu maklong mesin cili, agak-agak pedas mana maklong nak, + serai, lengkuas halia dan samada ikan bilis atau udang kering sekali.Kemudian maklong tumis dengan minyak, buat macam sambal tumis. Dah kering dan garing maklong masukkan emping yang digoreng tadi dan kalau suka masukkan sedikit kerisik. Goreng sampai semua emping tadi bersalut dengan sambal. mak saya panggil emping kerabu. Cubalah mana tau kot-kot kena dengan selera maklong atau orang lain dalam keluarga maklong. Nanti kalau maklong dah cuba ini dan suka, saya ada lagi resepi yang kita boleh kongsi,

Hayati said...

lupa pula la maklong. jangan lupa letak bawang putih dan bawang merah, mesin sekali dengan cili tu. Kalau suka selepas masak gaulkan dengan bawang goreng yang dibuat sendiri. Nyum-nyum, sedapnya la...

liemaopurut said...

maklong,
feveret arwoh aboh sy ni.satu kemestian utk dia cari emping bile balik kampung kat temerloh.

biasa nya arwah akan kisar atau tumbuk emping ni sampai sederhana hancur. gaulkan sekali dengan kelapa parut/gula/garam/gula merah serbuk. memang sedapppp kruk krak kruk krak makan depan tb....

Along Maklong said...

hayati..
terima kasih.. sudi berkongsi resepi kerabu emping.. nanti maklong cuba.. bolehlah kongsi resepi kat blog maklong pulak..

Along Maklong said...

limaopurut..
terbayang kuih sagun pulak bila buat macam tu.. dulu kecik2 suka makan kuih tu.. kadang2 sampai tersembur.. hehehe..
nanti maklong cuba ye.. terima kasih tau..

Anonymous said...

Assalam,
Maklong emping ni juga boleh dimakan dengan kuah serawa.Sebelum tu emping perlu disangai sedikit hinggan garing.Serawa ni dibuat dengan kelapa parut yg dimasukkan telur, diramas dan diperah santanya.Santan yg diperah tadi dimasak dengan gula pasir/perang gula melaka, daun pandan dan secubit garam. Sedap dimakan panas juga sejuk.