Blogger Layouts

Followers

Monday, October 3, 2011

Maklong Dah Gila.. roti jala..


Assalamualaikum Semua..

Hahaha.. maklong dah gila menjala.. kali ni menjala udang pulak.. sedap..!! sebenarnya, maklong dah lama sangat berangan nak try buat roti jala cicah kari udang ni.. berapa lama tu..? taklah sampai berbulan2.. baru je dalam minggu lepas.. tapi asyik tertangguh je..

Tertunai jugak dua keinginan maklong petang tadi.. mula2 maklong pandang je paklong turun nak ambik air sembahyang.. naik semula nak solat asar.. bila lama paklong tak turun.. maklong call, ajak paklong ke NSK.. alasan nak beli udang & buah sikit.. sebab duit tinggal sikit.. hehe.. paklong on je.. bila dah sampai NSK baru teringat hari ni hari minggu.. susah nak parking.. maklong turun sorang.. cucu maklong tinggal dengan paklong tunggu dalam kereta.. selamat..!!

Secepat kilat maklong sambar udang dan sedikit buah2an.. terus bayar kat kaunter ekspress.. lepas tu terus tuju ke tempat periuk & kuali jenama premier.. harganya rm61.. maklong tanya boleh kurang lagi tak.. rm60 kata tuan gerai.. maklong terus bayar.. siap cakap kat tuan gerai tu kotak makcik tak nak.. kotak ni cantik.. tak nak ke..? tak nak nanti pakcik ingat kuali ni mahal.. padahal paklong tanya pun tak harga kuali ni.. selamat lagi sekali..

Tak sampai 30 minit maklong dah siap beli apa yang maklong nak.. sampai je kat rumah maklong terus sinsing lengan baju.. buat kari udang.. sekejap je siap.. lepas tu bancuh bahan2 untuk menjala pulak.. ok siap..



Inilah rupa paras kuali yang maklong dok pukul canang tu.. cantik kan..? memang sesuai sangat untuk menjala.. ukuran dia 32cm.. jadi lapang je kita nak tebar jala tu.. sudit tu dapat free.. beli satu dapat 2 barang free.. 1 lagi penggosok dia.. hehe..



Ni pulak rupa jala yang dah ditebarkan tu.. mula2 tebar yang kuning dulu.. pastu yang merah ke hijau ke.. ikut warna kesukaan memasinglah ye.. bila dah masak, angkat guna sudit kayu yang nipis.. bukan yang free tu.. takleh pakai.. tebal.. pastu gulung, bentuk ikut suka..



Kalau dah rupa macam ni tengok je.. buat apa.. ngap jelah.. hehe.. tapi kan.. kan.. kan.. maklong lebih suka yang warna ori.. kuning sedondon tulah.. ni cantik sangat kut.. tak lalu nak telan.. paklong siap nak bawak bekal ko.. tapi maklong buat sikit je.. maklong kata besuk jelah..



Yang ni maklong punya.. tengok bebetul cara maklong gulung.. boleh tiru kalau suka bentuk macam ni.. kita katalah bentuk diamond kan.. guna acuan muncung 3 ni memang cepat siap kerja menjala kita.. lagi pun tak comot kat mana2 kuali ke dapur ke sebab tak meleleh.. teringin nak cuba oderlah dekan Reen Khan.. pm dia kat fb.. 2 biji rm18 termasuk belanja pos berdaftar.. tak sampai seminggu dah sampai.. kalau pos laju mahal sikit..


7 comments:

nuwairani ismail said...

siap promosi lagi acuannya.hihih... syoknya dapat makan dengan kari udang. tak pernah lagi makan roti jala ngn kari udang. selalunya mak buat dengan kuzi ayam je. pasni leh suruh mak buat lah. nak buat sendiri tak gheti!

Pen Biru said...

wah..gila betol ni..geram tengok

Along Maklong said...

nani..
tekak makcik ni macam dah jemu sangat dengan ayam.. tu yang guna udang.. tapi memang sedaplah..

Along Maklong said...

ana..
biar maklong je yang gila
orang lain tengok je.. hahaha..

Pen Biru said...

nanti la mak long..ana buat warna2 pelangi.hahah tapi x tau bila nak buat..kahkahkah

Mama Miraki said...

cantiknya roti jalan maklong ni...camana nak buat tu...pakai acuan yg rupa camana yea....

Yours truly said...

salam maklong.. fuhhh kalau saya buat mesti jadi x cantik sebab saya jenis x sabar..hehehehe..