Blogger Layouts

Followers

Sunday, August 7, 2011

Al-Quran.. dan menghitung hari..

Assalamualaikum semua..

Pejam celik.. pejam celik.. dah seminggu kita berpuasa.. kalau yang rajin baca quran mesti dah dapat 7 juzuk.. yang tak berapa nak rajin macam maklong baru dapat 5 juzuk.. jadilah daripada tak baca langsung.. yang penting masa baca jaga tajwid.. betul tak..

Mula2 puasa hari tu maklong belilah Quran ni.. kat mydin.. rm60.. sebenarnya lama dah maklong nak beli.. sebab dia ada warna2 yang berlainan bila kat tempat2 tertentu yang kita kena baca dengan bertajwid.. cuma mata tua maklong ni tak berapa jelas sebab ada warna yang digunakan tak berapa terang.. walau apa pun ianya tetap membantu supaya kita berhati2 ketika membaca..

Disini maklong nak kongsi juga dengan uols.. khabar gembira yang tidak tergambar dengan kata2.. maklong sedang menghitung hari.. lagi seminggu je anak maklong Maira akan balik ke Malaysia.. oleh kerana menantu maklong masih sibuk dengan urusan2 studynya.. maka anak maklong balik sorang dulu.. dan dia akan menyusul kemudian.. insyaAllah.. maklong pasti uols boleh gambarkan betapa bahagianya hati2 kami yang akan berjummpa setelah hampir setahun berpisah.. doakan semuga perjalanan anak maklong dipermudahkan oleh Allah ya.. sebab dia dalam keadaan kurang sehat..



10 comments:

nuwairani ismail said...

seronoknya makcik dpt jumpa maira....agaknya mcm tu la kot excitednya family arep nk gi sana raya nanti...dh 2 1/2 tahun dia tak jumpa familynya tu...

Along Maklong said...

nani..
memang seronok.. sampai tak lalu nak makan.. huhu.. baru setahun tuuu..
kalau lama macam arep tu mau tak tido malam bila nak jumpa.. hehehe..

Juwita Jamaludin said...

maira tak sihat..? kenapa mak long.. sian dia.. seronok kan tak tertahan rasa rindu..:)

Along Maklong said...

ita..
aahlah maira tak sehat..
kenapa tu.. kena tanya dia.. memang kesian sangat.. tu yang maklong suruh dia balik.. sebenarnya maklong pun dah rindu sangat kat dia.. :)

Mama Miraki said...

seronoknya mak long nak jumpa anak yea....mesti masak best2 ni....

Pen Biru said...

semoga ank mak long cepat sembuh ye..ana ni dlm bulan puasa sekali pun x dapat mengaji lagi.sibuk dengan manik.masa rehat memang tak de.so sekarang pasang cd org mengaji, sambil menjahit, sambil ikut bacaan tu..aci tak mak long? hehehe

Along Maklong said...

mama miraki..
memang seronok tak terhingga.. anak lah katakan.. menu dah disenaraikan.. maklong tinggal masak je.. hehe..

Along Maklong said...

ana..
aminn.. aci je.. walaupun dengar je pun dapat pahala.. sama dengan orang yang membaca kan..

CT NoArIzAh ArIs said...

Wah mak long makin meriahlah pose dan raya thn ni ya anak yg jauh ada dekat mak long.... bagus Quran tu maklong terjaga tajwid bacaan kita baca sikit2 yg penting ikhlas ALLAH aje yg akan menilai semua tu termasuk solat tarawih kita jgn ada sikap riak nnt semua amalan markahnya kosong.

Along Maklong said...

CT..
lamanya tak dengar cerita.. rindu pulak rasanya.. harap2 macam tulah meriah hendaknya.. maklum ada yang dalam pantang.. ada yang mabuk.. hehe..
semuga kita sama2 dijauhkan dari sifat riak.. maklong takut sangat bankrup diakhirat hanya kerana sifat riak ni..