Blogger Layouts

Followers

Saturday, January 21, 2012

Puding Roti Bersos Krim.. lagi dan lagi..


Assalamualaikum semua..

Pepagi lagi maklong dah tayang puding.. hmmm maklong dah terjangkit nani rostam.. tak jemu2 dengan puding roti bersos krim ni.. setiap kali ada tetamu nak datang rumah maklong.. puding nilah yang maklong buat.. komen mereka pasti SEDAP..!! bila nak resepi maklong cakap.. kliklah dapur maklong.. ada pulak yang kata tak jumpa pun..

Hari ni maklong kenalah tulis eh taip resepinya disini..

Bahan2nya:
10 keping roti butterscotch
4 sudu butter dicairkan
6 biji telur
1 cawan gula
2 cawan susu fullcream.. beli kotak besar tau..!!
2 cawan whipping cream.. maklong guna ANCHOR
1 sudu esen vanilla
kismis.. gula perang atau serbuk kayu manis..

Cara membuatnya..
oleskan loyang dengan butter..
siatkan roti.. masukkan terus kedalam loyang
tuang butter yang telah dicairkan keatas roti.. bagi rata
taburkan kismis..

dalam mangkuk lain..
pukul manja telur bersama gula
masukkan susu fullcream dan whipping..
dan juga esen vanilla
kacau hingga rata..
kemudian tuangkan kedalam loyang yang berisi roti tadi..
biarkan selam 1 JAM.. kiranya hingga roti betul2 kembang..

akhir sekali.. sebelum masukkan kedalam oven taburkan gula perang..
atau serbuk kayu manis.. kemudian bakar hingga kekuningan..







Untuk sosnya pulak..

Panaskan baki susu bersama gula secukup manis.. hingga mendidih..
bancuh 2 sudu tepung jagung.. dan masukkan kedalam susu..
bila dah pekat.. tutup api dan masukkan esen vanilla..

Selamat mencuba..!!


9 comments:

CT Delima said...

As'salam Maklong cayanggg

selamat agi lamanya ct tak mampir dapur Maklong..hihi

ct pun lama betul tak buat dessert2 bagai ni maklong. tengok maklong buat puding roti ni..best jer rasa. kecur pulak nak makannya. Tunggu cuaca panas2 sikit, ni tengah nak musim hujan jer kan KL ni :)

Selamat bercuti2 Maklong :)

Amie said...

Selamat pagi Maklong,
memang gitulah... kalau kita suka makan sesuatu resepi, tak jemu-jemu buatnya, nak ulang-ulang selalu, lebih2 lagi dessert yang sangat sedap macam gini!

Nur-nba said...

Selamat pagi Mak Lang.. Sedapnya kalau dapat menikmati puding ni sendiri.

Nur-nba said...

Nur minta maaf Maklong.. Tadi Nur tersalah taip nama Maklong..

Erm entri ni kenapa takde tajuk?

cik cek said...

Maklong....haaaa...ada dah resepi...cek amik dulu...nak try buat jugaklah ..kalau dah maklong ckp sedap dan dah buat berkali2 tu...eee...tah tahan dah rasanya...nak kena beli roti dulu..yg lain2 sume ada kat dapo tu...he he ..:)

Along Maklong said...

w.salam ct..

yelah lama jugak dah ct tak mampir.. bzlah tuu.. hehe..

sekarang dah mula musim panas..
bolehlah cuba resepi nani rostam ni..

Along Maklong said...

amie..

betullah.. maklong ni kalau dah rasa benda tu sedap.. suka ulang2 sampai muak baru berenti.. pastu lama baru teringin balik..

Along Maklong said...

nur..

kalau nur tak bagi tahu maklong pun tak perasan.. its ok..

tulah maklong semalam tu nak cepat.. sampai terlupa nak bubuh tajuk.. hehe

Along Maklong said...

cek..

ambiklah siap2..
nanti bila dah beli roti tinggal buat je.. hari ni maklong nak buat lagi pun roti tak ada kat kedai.. cuti CNY gamaknya.. hehe..