Blogger Layouts

Followers

Sunday, January 8, 2012

Sunyi Juga Hari2 Tanpa Mereka..


Assalamualaikum semua.. 

Maklong uplod gambar cucu2 maklong ni pagi tadi.. tapi tak sempat nak terbitkan sebab maklong sebuk didapur.. masak nasi tomato & ayam masak merah untuk tetamu maklong.. iela zalila & family.. mereka ni kawan maira masa kat Hokkaido.. tapi dah balik m`sia.. maklong kenal mereka difb.. lepas tu jumpa di Sapporo.. masa maklong kesana tahun lepas.. merekalah juga yang menjadi pemandu pelancong maklong..

Kenangan yang sangat indah untuk dikenang.. seorang Dr.. (phd) yang tak sombong.. dan bila dah balik sini pun masih tidak sombong.. maklong biasanya kurang selesa bila bergaul dengan orang pandai2 ni.. waima adik sendiri pun.. tapi dengan mereka ni maklong biasa2 je..

Tapi tak sempat maklong nak abadikan gambarnya tadi.. kamera menyembunyikan diri..

Maklong ni dah lari tajuk kan.. nak citer 2 hari yang sunyi dirumah tanpa budak2 ni.. selalunya maklong cuma bersama nasya je bila hari sabtu dan ahad.. cuma bila ada tetamu je maklong rasa adalah seronok sikit.. boleh masak2.. sembang2 biar pun sekejap terasa bestnya bila ada orang sudi bertandang keteratak buruk maklong ni..



Nina.. maklong sayang lebih kat dia ni.. kadang2 tu nasya jeles juga sebab maklong asyik dok kelek & agah budak nina yang ceria ni.. suka berceloteh tapi guna bahasa yang dia sendiri je yang faham.. umurnya baru 1 tahun 3 bulan..



Nasya & Alisya.. Nasya suka buli dak Alisya ni.. sebab alisya ni slow sikit.. tapi sekarang dah pandai bercakap.. pandai juga bercerita bila ditanya.. mereka ni sebaya..



Nasya.. Nina.. Adib & Hareez.. Adib ni, maklong baru jaga seminggu.. ank tunggal.. jadi agak manja juga.. umur 6 tahun.. dah masuk pra sekolah.. kira maklong jaga dia ni sekerat hari je..



Adib & Asyraf.. yang dah naik tahun 2.. tapi masa ni sekolah belum dibuka.. adib pulak baru 2nd day kat rumah maklong.. belum berapa biasa..



Dalam buaian.. Nasya.. Nina.. Alisya.. Hareez.. time to sleep.. tiap2 pukul 8 hingga 11 (sebelah pagi)..
3 hingga 4.30.. (sebelah petang)..





Baru hari ni maklong dapat tangkap gambar dorang ni.. keenam2nya sekali.. tu pun dorang dok tengah menyusu.. dan asyraf nak kesekolah agama pulak.. dulu masa muda jaga 4 orang anak rasa macam nak nangis kadang2.. sekarang jaga 6 cucu tak rasa apa2.. sibuk sikit je.. tahun ni tambah lagi 2 insyAllah.. meriah kan rumah maklong yang tak berapa nak besar ni..

Dan ramai yang tanya maklong.. bila maklong pergi Jepun nanti sapa pulak nak jaga cucu2 makong yang ramai ni.. mmm.. maklong dah mintak tolong besan maklong yang tinggal selang 3 pintu je dari rumah maklong ni jagakan.. sepanjang 3 bulan maklong kat sana nanti..

  

8 comments:

nuwairani ismail said...

sangat rindu dengan baby nina!!! rindu dengan celotehnya, manjanya, cium muah2 dia...hihih...nanti nani jumpa lagi sekali mesti dia dah besar mcm nasya sekarang...hihih...rindu nasya jugak....dah pandai bercerita mcm2...

IXORAROXI said...

Rindu dgn Maklong..lama tak sempat singgah sini..moga Maklong sihat ya

quinnie said...

salam maklong....dah biasa ada budak tetiba tak dek memang rasa sunyi...hehehe...

bestnya dpt ipad...:)

Zurina Hj.Zainal said...

Salam mak long....mmg...kalau tak ada budak2, mmg terasa sangat sunyi...

Along Maklong said...

nani..
makcik yang kadang2 3 hari tak jumpa dia.. selalu rindu dengan telatah comelnya..

Along Maklong said...

ixora..
rindu kamoo jugak..
alhamdulillah.. maklong sehat2 je..

Along Maklong said...

iza..
iPad.. tak best sangatlah..
sebab tak mahir nak guna.. lebih suka guna desktop ni lagi.. hehe..

Along Maklong said...

zurina..
w.salam..
yelah.. terasa sangat sunyinya..