Blogger Layouts

Followers

Sunday, February 27, 2011

Soto



Hari Ahad adalah antara hari yang maklong paling suka.. biasanya tetamu maklong akn mmilih hari ini untuk datang kerumah maklong.. dan hari ahad kali ini tetamu maklong ialah besan maklong.. mari dr kelate.. rasanya baru 3 bulan maklong x jumpa mereka.. tp, rindunya maklong pd mereka seperti rindu maklong pd anak2 kami yg jauh dinegara matahari terbit..

Menu maklong kli ini adalah mmenuhi cadangan dr ank maklong.. haris, dia teringin sgt nak makan soto yg maklong buat..
dari awal pagi lg maklong ronda kat pasar borong selayang untuk mncari bahan2 membuat soto.. agak rumit jugk rupanya nak buat soto ni.. tp dgn bantuan anak2 dan menantu maklong.. soto siap pukul 1 tghari.. tetamu maklong akan sampai sebelah ptng..

Maklong buat jgak sambal tahun sebagai buah tangan untuk dibawa pulang oleh kak ani besan maklong tu.. tiramisu sebagai pencuci mulut..
Seperti biasa maklong akan rasa sgt puas hati bila dpt menjamu tetamu maklong dgn hasil air tgn maklong.. alhamdulillah..

Terima kasih kepada kak ani n family kerana sudi dtg menjenguk kami.. Semuga silaturrahim antara kami akan terus terjalin erat.. dulu.. kini.. dan selamanya.. aminnn..