Blogger Layouts

Followers

Friday, December 2, 2011

Hari Jadi Paklong Dan Cucu Maklong.. nasya..




Asalamualaikum semua..

Kat luar tu hujan agak lebat.. mata pulak dah kenyang tidor.. jadi maklong belek2 gambar.. terpandang gambar lama paklong ni.. masa raya puasa.. dia sambut kat post pengawal.. isteri dan anaknya sambut raya kat kampung.. begitulah tiap2 tahun jadual paklong.. dia akan beri cuti dia pada kawan2 yang nak balik.. dia tak balik tak apa.. sebab paklong ni anak yatim kematu..

Pada 27/11/2011.. hari lahir paklong.. yang ke 48.. nampak macam muda kan.. hehe.. maklong tua 5 bulan dari paklong.. kadang2 ada jugak yang tanya.. anak akak ke tu.. tersentap jantung maklong ko.. tak kesahlah apa orang nak cakap.. asalkan kita bahagia kan.. paklong ni orgnya saaaangat pendiam.. paling maklong suka tentang paklong ni.. dia tak pernah tanya berapa gaji maklong.. maklong buat apa dengan duit maklong.. termasuk yang dia bagi tiap2 bulan.. yang penting jangan ada bank call dia sebab tak bayar or lewat bayar hutang.. nahas aku kena jerkah.. takuttt..!!



Pada 29/11/2011.. harijadi cucu maklong Nasya.. yang ke 3 tahun.. tapi boleh pulak tersalah eja.. nasyah jadinya.. oleh kerana dia dah pandai sebut beday tu you.. dan selalu jugaklah pergi majlis harijadi budak2 lain.. maklong pun buatlah majlis kecik2.. panggil jiran2 dan anak2 jiran terdekat.. masak2 & makan2 sikit..



Ni.. bufday gurl dengan ibu & ayahnya.. bukan main girang cucu maklong bila kawan2 nyanyi lagu selamat harijadi untuk dia..





Nasya.. bergambar bersama opah B.. dan ummi.. opah B yang tolong buatkan roti jala sampai selesai.. terima kasih opah B..


Antara juadah yang maklong sediakan.. masa ni tunggu tetamu akhir.. kawan2 tempat ibu nasya kerja.. dorang tunggu balik kerja baru datang.. jam 9.30pm..

Paling mendapat sambutan mestilah roti jala warna warni maklong.. tapi kali ni maklong cuma sediakan bancuhannya sahaja.. yang menebar ialah jiran merangkap sahabat baik maklong.. kak B.. dibantu oleh anak dara maklong Miza.. lagi satu puding roti bersos kastad.. ramai yang suka.. maklong buat 2 loyang.. licinnn.. suka sangat kalau apa yang kita masak orang suka makan..


Inilah kawan2 sepermainan Nasya.. bila petang2 mesti dia nak keluar.. main basikal dengan anak2 jiran yang dah besar2 sikit dari dia..



Mereka ni pun kawan2 Nasya.. abang2 yang selalu tolong jagakan Nasya.. semasa nasya main kat luar rumah.. kami kat sini macam dok felda je.. jiran sesama jiran taklah nafsi2.. masih ada sifat anak ko anak aku.. anak aku anak ko jugak.. faham kan..


12 comments:

Amie said...

happy birthday Paklong...mudah2an terus rukun damai bersama Maklong sekeluarga...amin.

cik cek said...

Selamat Hari Lahir tuk Pak Long dan jugak cucu Paklong n Maklong ....semuga sumenya sihat sejahtera bahagia dan ceria bersama keluarga tercinta...
p/s...maklong...maklong...paklong memang awet muda ek... :)

Along Maklong said...

amie..
terima kasih..
bagi pihak paklong..
amin.. damailah.. sebab maklong gaduh macam mana pun takde yg lawan.. hehe..

Along Maklong said...

cek..
aminn.. terima kasih..
memang paklong awet muda.. mulut tak manis tapi tak celupor.. rasanya hati dia pun macam mulut dia kut.. kat dalam maklong pun tak tahu.. hehe..

Nur-nba said...

Salam. Moga dipanjangkan usia kedua2nya.. Mak Long dan Pak Long sama2 awet muda. Banyak juadah sedap2.

Along Maklong said...

nur..
w.salam..
amin.. & terima kasih..

Unknown said...

happy belated birthday buat paklong dan cucu maklong..
wahhhhhhhhhhh
meriahnya majlis cucu maklong tu.. dapat bygkan mulutnya terkumat kamit dok kata besday..
ahaksss


part roti jala tu, bila ayu dapat rasa air tangan maklong ya?

opsss.. thanks singgah dan temankan ayu dirumahku.. time tu ayu tidur nyenyak.. hehhehe

Along Maklong said...

ayu..

terima kasih atas ucapan tu..
bukan setakat terkumat kamit.. tergelak2 kuat.. punyalah suka.. dia jugaklah yang tepuk paling kuat.. lucu banget cucu maklong ni..

kalau ayu mai kl jemputlah singgah teratak buruk hamba ni.. bolehlah maklong tebarkan roti jala khas buat ayu.. alamak tapi rasa mcm malu je maklong nak masakkan tukang masak citarasa rinduan ni..

sama2.. mesti tengah mimpi indah masa tu kan.. hehe

IXORAROXI said...

Salam Maklong, alahai tertinggal kapal...Buat Paklong & Nasya, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan dirahmati Allah

Along Maklong said...

ixora..
aminnn..
terima kasih..
maklong pun kebelakangan ni selalu tertinggal kapal.. huhu..

Pen Biru said...

happy besday utk pak long..

Along Maklong said...

ana..
terima kasih bagi pihak paklong..