Blogger Layouts

Followers

Wednesday, November 23, 2011

sambal Telur Dadar..


Assalamualaikum semua..

Selamat pagi.. buat cikgu2 selamat bercuti.. pepagi ni maklong nak kongsi resepi mudah2 je.. menu maklong semalam.. bila maklong mula sebuk dengan cucu.. agak susah nak gerak kemana2.. waima ke pasar borong nak beli ikan or sayur pun tak boleh.. kecuali bila anak dara maklong si Miza kerja shift petang..

Bila lauk tak ada.. yang ada cuma udang dan ayam yang masih keras dalam freezer.. maklong pun ambil jalan mudah.. telurlah apa lagi kan..

   



Sambal ni sebenarnya.. makanan maklong masa susah dok felda dulu2.. bila awal bulan kami peneroka2 akan beratur untuk nak dapatkan stok makanan yang dah kering kat rumah dikedai runcit felda (PNF).. untuk mendapatkan barang wajib selain beras dan minyak masak.. ialan telur.. sardin & ikan bilis.. macam2 resepi kami buat.. dan antaranya.. sambal telur dadar ni..

Nak membuatnya sebenarnya senang sangat..

bahan:
4 biji telur digoreng dadar.. lepas potong kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
ciliapi ikut kepedasan masing2
sedikit belacan
garam.. aji.. gula.. dan air asam jawa

Cara:
tumbuk cili api.. bawang dan belacan
kalau suka boleh tambah ikan bilis or udang kering..
tumiskan hingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam.. gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan telur.. gaul rata dengan sambal..
siap.. bolehlah dihidang..





Selain aneka resepi telur.. ada satu jiran maklong selalu masak bilis berkuah.. ala2 sup gitu.. dia panggil bilis masak asam.. anak maklong diana masih menggemari resepi ni sampai sekarang.. sebab masa dia kecik dulu hari2 dok bertandang kerumah jiran maklong yang ni.. kadang2 siap makan nasi lagi.. dan ada satu jiran yang lain.. dah arwah pun.. selalu masak kari ikan bilis.. tapi maklong sampai sekarang belum pernah cuba buat kari ikan bilis..

Sebenarnya ikan bilis ni adalah makanan yang agak mahal bagi mak maklong.. masa maklong kekecik dulu.. jarang sangat nak jumpa ikan bilis.. kalau nak masak rayur tak guna pun ikan bilis or udang kering.. cuma bubuh bawang semata2..


6 comments:

nuwairani ismail said...

pestaim dengar ni...hmmmm..kalau dah bosan makan ikan, ayam. leh buat mcm ni pulak

Pen Biru said...

wah..best jugak mak long..tak jumpa telur dadar org masak cmni..ok boleh tiru..hehehhe

Amie said...

sebenarnya hidangan yang Maklong tayang tu sedap sangat.... memang kita suka, nak pulak makan ramai-ramai..rebut-rebut gitu...menjilat jari tau Maklong!

CT NoArIzAh ArIs said...

Assalam maklong...sup ikan bilis tu nak kena blend dulu ke bilisnya atau campak sekor2 macam tu je pastu letak air... cuti2 sekolah ni pening kepala nak masak yg berkuah untuk ank2 lunch kat umah tu... ada sup bilis ni lehlah sy mencubanya nanti.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kenal mak Long..juadah ni klu makan ngan nasi panas2 mmg best!

Citarasa Rinduan said...

mak long..
dok felda rupanya..
kat mana tu???

syerlah..

eh!!
lari pulak dari tajuk entry hehhehe