Blogger Layouts

Followers

Wednesday, July 27, 2011

Stylish Blogger Award


Assalamualaikum Semua..

Awal pagi ni maklong BW.. tup2 teringat yang maklong belum ambik award dari anak maklong Maira.. punyalah lama.. baru maklong sempat gantung award ni kat sini.. sorry dik, mak kan bizi giler sepanjang 2 minggu ni.. terima kasih sebab bagi award ni kat mak..

Kepada sahabat blogger yang baru kenal maklong atau yang dah lama kenal.. hehe.. maklong nak kenalkan.. Maira ni anak maklong.. anak bongsu yang tak manja.. tapi dimanjakan oleh maklong dan seluruh ahli keluarga.. dia dgn suaminya banyak ajar maklong buat blog ni.. terima kasih adik & in.. anak maklong ni masih belajar nun jauh di negara matahari terbit n dah kawin pun.. jodoh dah sampai maklong on je..

Ala.. nak kena bagi award ni kat orang lain pulak.. ni yang tak dapat nak buat sebab award ni dah lama tersepuk.. jadi macam dah suam2 kuku je.. sorry lagi sekali dik.. lagi pun maklong nak gerak ke Putra Jaya.. bye..

Tuesday, July 26, 2011

Selayang.. Langkap.. Bg. Datok.. Selayang..

Assalamualaikum Semua..

Sementara maklong sempat ni.. maklong nak ucapka selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.. kepada anak2 dan sahabat2 maklong yang sudi berkunjung ke blog maklong selama ini.. dalam minggu ni maklong masih sibuk macam minggu lepas juga.. rasanya hingga hari pertama puasa.. hari khamis ni maklong akan balik ke Pahang semula.. banyak urusan yang belum selesai disana.. kalau sempat nak cat rumah sebelum nak sewakan..

Hari tu maklong ada cerita pasal paklong dapat durian runtuh kan.. alhamdulillah.. walaupun tak banyak.. paklong telah agih2kan kepada mak2 dan pak sedaranya yang memang hidup susah.. maklong yang jadi PA paklong ikut jelah.. anak maklong diana yang kebetulan MC pun ikut sama.. sepatuttnya ada 4 buah rumah tapi paklong sempat pergi 3 je.. yang 1 paklong kirim dekat mak sedara yang sulung.. masa tu hujan dan cucu maklong dah merengek ajak balik kerumah embah boyotnya.. (mak maklong yang kat bagan datok)..

Kalau kita pernah hidup susah.. bila Allah bagi rezeki lebih sikit.. tolehlah kebelakang.. ingat kepada mereka2 yang pernah sama2 susah tetapi masih susah.. kongsikan sedikit rezeki yang Allah beri dengan mereka.. pasti mereka akan menitiskan airmata kegembiraan.. sedeqah itu tidak mengurangi harta yang kita ada.. percayalah..

Cek dah lepas ke bank.. tinggallah keratan cek.. hehe.. bukan maklong punya tau.. kalau maklong punya.. maklong belanja uols.. paklong punya ni.. dia belanja anak kesayangan dia je.. Maira & In.... anak bongsu maklonglah katakan.. dengan anak bongsunya yang kat Pahang.. sebab masih belajar kan.. yang lain dah kroje.. tak merasalah..

Sampai tol tapah.. kami isi perut dulu.. maklum kami datang mengejut..
orang2 tua kami ni tak ada talipon.. makanannya best sangat2.. kat simpang Taman Tapah rasanya..

Ni mak sedara paklong yang sulung.. anaknya cuma sorang.. cucunya 11 orang..
dulu masa cucunya masih kecik2 kami selalu kesini hulur apa yang patut..
sekarang cucunya dah besar.. kehidupannya lebih ok sikitlah..

Ni pak usu paklong.. dalam hidup susah terpaksa jaga 2 orang cucu istimewa..
suami isteri dah tak sehat..

Ni mak sedara nombor berapa.. maklong tak pasti.. baru kematian suami..

Syafiqah cucu maklong ni dah mula merengek ajak balik..
macam2 dia nak.. kopoklah.. airlah.. budak2 yang belum memahami..

Bila selesai urusan.. kami singgah makan mee rebus yang sedap kat teluk intan.. belakang setesyen bas.. kemudian terus ke bagan datok.. kawasan terakhir yang kami lawat.. hehe.. masa tu maklong dah tak larat sangat2.. besuk paginya maklong ajak mak maklong berurut.. barulah rasa ok sikit.. bila dah rasa ok maklong ajak paklong balik selayang.. biar macamna kecik pun rumah kita.. tetap kita rindu kan..

Monday, July 25, 2011

Selayang.. Pahang.. Selayang..

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong masih sibuk.. tapi sebelum maklong meneruskan perjalanan.. maklong sempatkan juga berceloteh sedikit cerita masa maklong balik pahang hari tu.. biasalah cerita bergambar.. hehehe..

maklong dan paklong kan peneroka..
maklong dan paklong orang felda keratong 8
abah paklong peneroka keratong 5.. dah meninggal.. so, paklong adalah pewaris tunggal..

nilah rupa pejabat felda keratong 5..
tempat paklong berurusan sekali2 je dalam setahun..

Nilah rumah maklong.. sebelah tu rumah paklong..
fenin2.. kan..?
rumah maklong ni besar.. tapi modal buat rumah ni sikit.. sebab maklong guna kayu balak yang ada kat ladang maklong.. maklong upahkan kat kawan memotongnya.. untuk dibuat rangka rumah.. belum siap dah tinggal dok selayang..

Kengkononnya dapur basah ni.. setelah dibersihkan secara bergotong royong dengan jiran2 maklong.. nampaklah bersih sikit.. sebelum ni semak sangat.. tak sampai hati nak tunjuk..

Ni ruang dapur juga.. tempat makan.. pun baru dibersihkan.. maklum sebelum ni disewakan.. 3 orang penyewa.. tak pasti sapa punya sampah..

Paklong siap panjat.. lap dinding2 yang berjelaga..
maklong pun sampai sakit2 badan.. belum hilang sampai sekarang..

Dan berpenat lelah terus ke segamat.. mencari durian segamat pulak.. durian gelang cincin memang world..
macam2 harga ada.. 10kg rm25.. 10kg rm 15.. dan yang 1 kg rm7..

Sempat usha2 kereta wira yang kira kilo punya..
booking yang ni.. hari jumat baru ambik..

Saturday, July 23, 2011

Maklong Balik Kampung..

Assalamualaikum Semua..
Maklong baru balik dari kampung di felda keratong 8, Pahang.. penat tak hilang lagi.. besuk, maklong akan ke langkap, Perak.. melawat kawasan.. hahaha.. bunyi macam YB je.. lepas tu akan ke bagan datok pulak.. cuti masak2.. cuti berceloteh.. cuti berblogging..

Maklong rindu banget kat uols.. muahhh..

Wednesday, July 20, 2011

Asparagus Campur Cendawan

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong masak yang senang2 je.. asparagus goreng campur cendawan campur udang.. ikan rebus maklong goreng dan sambal tempoyak.. rasa tak selera nak makan ko.. sebab insyaAllah awal pagi besuk biasanya pukul 4 pagi.. maklong nak balik felda.. nak sampai sana pagi.. ada beberapa urusan yang perlu paklong dan maklong selesaikan kat sana.. maklong dah lama tak balik ke Pahang ni.. tu yang xcited sangat..

Alhamdulillah.. paklong dapat durian runtuh.. tak banyak mana tapi jadilah dari tak ada langsung kan.. maklong pun tak nak kalah nak jugak jenguk2 belakang rumah maklong kut2 ada durian gugur.. hehe.. dah pesan kat jiran maklong minta tolong kutipkan sebab maklong nak rasa durian yang arwah suami maklong tanam..

Alhamdulillah.. anak maklong diana dah keluar wad tengahari tadi.. harap2 lepas ni dia terus sehat.. tak mabok2 lagi.. terima kasih kepada sahabat2 blogger yang mendoakan anak maklong.. lepas ni menantu maklong pulak tunggu giliran nak masuk wad bersalin.. rasa macam dah dekat je.. tengok dia macam tak selesa.. harap2 sempatlah maklong balik dari Pahang kan.. eh kalau baby tu dah nak keluar.. tak kan boleh ditahan2.. hospital dekat. tak ada masaalah..