Blogger Layouts

Followers

Tuesday, March 22, 2011

Udang Kertas Goreng Warna-warni



Sebelum subuh tadi paklong bertolak balik ke kampung.. felda keratong 8.. ada urusan yang perlu diselesaikan di felda keratong 5.. maklong tak boleh ikut sebab tugas maklong sebagai baby sitter, kepada 3 orang baby termasuk cucu sendiri.. alhamdulillah paklong tak kesah balik kali ni hanya ditemani anak perempuannya yang kebetulan offday hari ni..

Oleh kerana maklong cuma tinggal dengan baby2 ni.. maklong masak ringkas sangat untuk makan tengahari ni.. untuk abang baby yang sorang tu maklong goreng telur je.. lagi pun resepi maklong kali ni taklah pedas sangat rasanya abang boleh makan nanti bila dia balik dari sekolah..

Apakah resepi ringkas maklong hari ni.. jom layann

bahan:
500 gm udang kertas buang kepala dan ekor
2 biji cili hijau dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 biji cili api merah*
sedikit kunyit hidup*
sedikit air asam jawa
garam & aji
sedikit gula
1/2 cawan minyak jagung/masak

cara:
tumbuk kasar bahan2 bertanda (*)
panaskan minyak.. gorengkan udang separuh garing
masukkan bahan2 yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula air asam jawa.. cili hijau.. bawang besar..
garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila rasa dah ok.. bolehlah tutup api dan hidangkan..

Monday, March 21, 2011

Ayam bakar



Sebenarnya, dah lama juga paklong sebut2 pasal ayam bakar ni.. tp, maklong abaikan dulu.. sebab maklong tak berapa suka ayam ni.. lebih2 lagi bila dibakar.. macam hari ni maklong masak ayam tapi maklong makan dengan sayur kobis+tempe dan ikan gelama masam yang anak maklong goreng malam tadi je.. pelik kan.. sebab lidah orang dah berumur macam maklong dah tak sama macam orang muda2 yang sebaya dengan anak2 maklong agaknya..

Resepi ayam bakar ni maklong dapat dari anak maklong, haris yang selalunya rajin bab bakar2 ni.. dia bakar guna arang.. eee.. kalau maklong tak rajinlah.. maklong bakar guna oven je..

bahan:
1/2 ekor ayam
1 inci halia*
1/2 inci kunyit*
5 batang serai*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 biji cili api*
5 sudu sos BBQ
3 sudu minyak zaitun
garam & aji

cara:
bersihkan ayam
blend semua bahan bertanda (*)
gaulkan ayam dangan bahan yang telah diblend.. masukkan sekali sos.. garam dan aji.. perapkan 30minit..
panaskan oven dan bakar ayam tadi selama 45 minit dengan suhu 200`C
sesekali sapukan minyak zaitun diatas permukaan ayam..

Ayam Kukus Sos Tiram




Hari ni maklong terlebih rajin.. masak sampai 2 jenis masakkan untuk 1 ekor ayam.. 1/2 ekor maklong kukus.. untuk cucu maklong yang tak makan pedas.. 1/2 ekor lagi maklong bakar..

Bila dah masak kan barulah maklong terfikir.. kalau nak kukus atau bakar ayam ni.. sebolehnya carilah ayam yang muda.. lebih cepat lembut bila dimasak.. ayam yang maklong kukus dan bakar ni agak besar.. 2.2kg.. jadi bila dimasak lambat lembut.. kukus kena lama.. bakar pun macam tu jugak.. sabar jelah..

bahan:
1/2 eko ayam
1/2 labu bawang besar
2 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 ulas bawang merah dihiris
1 biji tomato dibelah 6
3 batang serai dititik
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
garam & aji

cara:
didalam loyang pengukus.. satukan semua bahan diatas..
kukus sampai ayam masak dan lembut..

Kuih Dadar Gulung



Pagi ni.. rumah maklong macam lebih meriah dari biasa.. oh yelah.. pagi isnin kan.. ada yang ambik anak.. ada pulak yang hantar anak untuk maklong jaga.. cucu maklong si Syafiqa, pun hari ni bangun awal.. maklong pun cecepat masuk dapur siapkan sarapan untuk pagi ni..

Maklong dah rancang dari malam tadi nak buat kuih ni.. sebab ada inti kelapa lebih buat kuih bom semalam.. semalam CMG buat kuih ni.. tu yang terliur nak buat.. bukan terliur nak makan tau.. kalau setakat terliur nak makan simpang depan rumah maklong ni pun ada jual kuih ni..

Alamak.. baru nak tengok CMG punya resepi.. menantu maklong dah start main poker pulak.. tak pe.. teruskan main, bukan selalu pun.. sambil nak tunggu rancangan tanyalah ustaz kan..

Maklong pun ikutlah resepi jiran maklong masa kat felda dulu.. bila maklong ingat2 balik kan.. dulu masa muda2 maklong ni malas jugak nak masak.. kuih ni dulu maklong beli je dengan jiran ni.. masa tu sebiji 10sen je.. murah sangat kan..eh eh.. panjang pulak cerita maklong pepagi ni..

Ok jom tengok resepi kuih dadar yang kawan maklong ajar dulu2 tapi tak buat pun.. macam pernah cuba .. tapi yelah kan masa tu mana ada kuali non-stick ni.. x mampu nak beli ko.. jadi gunalah kuali yang mak maklong bagi masa pindah.. melekat.. sob2

bahan:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubita garam
3 helai daun pandan blend dan tapis
air secukupnya
inti kelapa

cara:
bancuh bahan diatas kecuali inti kelapa.. hingga sebati
tapiskan.. pastikan bancuhan cair supaya kuih dadar kita tu tak tebal..
dadarkan dalam kuali non-stick.. guna api yang kecil..
bila dah masak angkat.. ulang hingga adunan habis..
kemudian bubuh inti.. gulungkan..
hidanglah bersama air kegemaran masing2

Sunday, March 20, 2011

Kailan Ikan Masin



Rumah maklong ni dah malam pun nak masak lagi.. yelah.. nak buat macam mana kan.. anak n menantu maklong kerja pukul 9malam baru balik.. so, kenalah masak.. tu pun sebab teringin katanya.. malam ni dorang bawa balik sayur kailan dan ikan gelama masam..

Apa lagi kami pun gotong royonglah.. maklong tinggal masak je.. segala perencahnya anak maklong, diana yang sediakan.. lebih kurang macam nilah resepinya..

bahan:
500 gm kailan.. potong dan rendam sekejap
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili api*
sedikit belacan*
1 ekor ikan gelama masam buang tulang
2 sudu sos tiram
aji

cara:
tumbuk kasar2 bahan bertanda (*)
panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk.. hingga kekuningan..
masukkan kailan.. bila dah agak layu.. masukkan pula sos tiram dan aji
masak sehingga kailan menjadi lembut.. tutup api..
akhir sekali masukkan ikan masin.. gaul hingga rata..
sedia untuk dihidang..