Blogger Layouts

Followers

Tuesday, October 11, 2011

Indahnya Bersahabat..


Assalamualaikum semua..

Hmmm.. dah ada yang masuk tidur.. dan dah ada yang dibuai mimpi indah.. maklumlah dah pukul 11 malam.. maklong memang biasa tidur pukul 12.. so, ada lagi 1 jam untuk maklong naik tidur..

Sebenarnya maklong baru balik dari kampung mak maklong. sg. tiang darat, bagan datoh, perak.. malam tadi maklong terima call dari adik ipar maklong.. dia beri kabar agak sedih.. bapa sedara maklong meninggal.. maklong pun terus gerak kekampung bersama 2 orang anak maklong.. diana & haris dan menantu maklong Rusdy sebagai driver bergilir dengan Haris.. pukul 3.30 pagi kami sampai.. dan balik semula pukul 3 petang tadi.. maklong sampai rumah pukul 6 petang.. alhamdulillah.. segala urusan dipermudahkan..

Sesampainya maklong kat rumah.. maklong terpandang satu bungkusan ni.. nama pengirimnya maklong tak kenal.. puas maklong belek sambil berfikir.. kut2 maklong ada oder apa2 barang online.. sah tak ada.. kalau ada pun dah sampai minggu lepas.. nak tanya.. tak ada sapa yang boleh maklong tanyakan.. masa tu rumah kosong..

Dengan penuh tanda tanya maklong buka kotak.. masih tiada jawapan.. sebab kotaknya ada 2 lapis.. nama pengirimnya dah nampak.. sahabat maklong dunia akhirat.. dah agak dah.. tapi kali ni dia kirim apa ye.. buka punya buka.. oooohh emping.. banyakkkknya..!! macamana nak makan ni..?? walau bagaimana pun maklong sangat berterima kasihlah kepada beliau ni.. nak sebut nama tapi dia ni pemalu.. kalau anak maklong mesti dah boleh agak.. kan dik..?

Maklong pernah makan emping ni buat pertama kalinya dan terakhirnya.. masa maklong tingkatan 5.. 31 tahun yang lalu ko.. kat rumah kawan maklong dan makngah ni.. namanya Hasnah.. rasanya kat Chenor.. siap naik bot kami nak kesana.. best bila dikenang2..



Inilah rupa emping tu.. maklong bebetul lupa macamna nak makan ni.. apa yang maklong ingat.. macam ada kuah2 gitu.. so, kepada sesapa yang tahu macam mana nak makan emping ni.. kongsi2lah dengan maklong ye..



Banyak pulak tu.. boleh buat kenduri Timah oooiii.. aku nak kenduri, tapi lambat lagi.. tahun depan.. awak mesti mai tau.. nak kena sambung sedeqah kat jiran2 maklong pulak lepas ni.. ada sapa2 teringin emping ni sila angkat tangan.. boleh kita makan sama2..


Ha.. yang ni rupa emping tu dari jarak dekat.. sebab ada antra kita yang tak kenal emping ni..


Tuesday, October 4, 2011

Udang Goreng Mentega.. jadi tak..



Assalamualaikum semua..

amacam..? dah jamu mata dengan gambar2 udang goreng maklong ni.. bagi uols kan jadi tak.. bukan apa kalau jawapannya jadi maklong nak bagi cara2 maklong masak udang ni tadi.. mmm.. kira jadilah kan.. hehe..

resepi maklong ni derhaka banyak.. bukan sikit.. sebab ikut dan je tau.. sebenarnya maklong tak pernah makan udang mentega hasil masakkan orang lain.. jadi maklong tak tahu rasa sebenar udang mentega ni macamana.. perok berjambul betullah maklong ni kan..

Oleh kerana kat rumah ni ada udang.. maklong cuba lagi sekali buat udang mentega yang tak menjadi hari tu.. tapi bahan2 banyak tak ada.. jadi maklong goreng udang dengan bawang putih.. bawang merah dan cili api.. garam dan aji.. tu je..

Maklong terbalikkan cara.. mula2 maklong pecahkan 4 biji telur.. ambil kuningnya sahaja..
pukul kemudian masukkan kedalam acuan roti jala..
panaskan minyak campurkan 2 sudu mentega..
masukkan kuning telur dengan cara membuat bulatan..
biarkan hingga garing..
angkat dan toskan..
gunakan minyak yang sama.. masukkan udang dan bahan2 lain..
goreng udang hingga masak..
angkat..
satukan udang dengan telur atas pinggan hidang..