Blogger Layouts

Followers

Thursday, March 3, 2011

Sotong Masak Kicap Berlada


Bila tengah hari tdi maklong layan rasa malas.. mlm ni maklong tk bolehlah nak malas2 lagi sebab kejap lagi suami maklong balik.. mesti dia nak makan kan.. menantu maklong pulak dah keluarkan sotong dari peti ais..

Anak2 lelaki maklong pulak dah keluar masuk dapur tnya ummi nak masak apa..? tulah anak2 maklong.. dah ada anak bini pun masih harap maklong yang masak..

Maklong main capai je apa yang ada kat dalam peti ais ni.. selalunya maklong masak ikan atau ayam buat macam ni.. tp, kali ni maklong cuba sotong.. dan hasilnya sedap jugak.. anak2 pun suka

bahan:
2kg sotong, siang dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
kicap cap kipas udang.. manis punya..

cara:
rebus sotong.. angkat dan toskan..
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. dn halia..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang telah ditumbuk.. bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.. masukkan cili kisar..
masukkan sotong.. bawang besar dan cili hijau..
masukkan kicap.. tambah sedikit aji kalau suka..
tutup api.. sedia untuk dihidang..

maklong panggil anak2 dari dapur.. halloooo.. makanan dah siapppp...!!

Kangkung Goreng


Hari ni maklong malas sangat nak masuk dapur.. mood nak berehat banyak.. sebab suami maklong hari ni kerja pagi.. sayur kangkung ni maklong masak petang semalam.. cuma tak ada masa nak boh resepinya kt sini..

Sayur kangkung ni sedap dimakan bersama ikan gelama jeruk.. mak mentua lalu ikut belakang pun boleh tak perasan..

bahan:
1kg kangkung dipotong pendek..
10 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam bilis
sedikit belacan
garam dan aji

cara:
tumbuk semua bahan siatas..
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 tersebut hingga kekuningan..
masukkan kangkung.. garam dan aji secukup rasa.. masak hingga agak lembut
sedia untuk dihidang..

Tuesday, March 1, 2011

Sambal Bilis Goreng


Sambal bilis ni adalah sambal kegemaran maklong dan anak sulung maklong.. kira sambal bilis simple versi jawa gitu.. sambal ni tahan lama..

bahan:
100gm bilis digoreng garing
20 biji cili api
2 ulas bawang putih
minyak panas
serbuk perasa

cara:
tumbuk cili api dan bawang putih hingga lumat.. tumbuk bilis yg telah digoreng..
masukkan minyak panas dan gaul rata..
x perlu garam sebab bilis dah cukup masin..

Pucuk Manis Masak Lemak


Hari sabtu lepas maklong bersama menantu, cik ja.. dan cucu maklong syafiqa.. balik kampung emak maklong kt tg.karang..

Macam biasalah.. bila kami nak balik ada2 saja yang mak maklong petikkan untuk dibawa balik.. kelapa muda, durian belanda, kangkung dan pucuk manis.. dan hari ini maklong baru ada kesempatan untuk memasak pucuk manis..

Jom kita tngok resepinya..

bahan:
1kg pucuk manis.. disiang
1 biji keledek merah potong ikut suka
3 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
1/2kg santan
garam dan aji secukup rasa

cara:
tumbuk kasar2 bawang merah dan ikan bilis..
panaskan air dalam periuk.. masukkan keledek dan bahan yg telah ditumbuk..
bila keledek separuh masak.. masukkan pucuk manis
masukkan pula garam dan aji..
bila keledek telah lembut.. masukkan santan.. biarkan menggelegak kacau supaya santan tak pecah minyak..
sedia untuk dihidang

Bebola Tahu Berudang


Semalam maklong terbaca beberapa perkara yang boleh membuatkan suami tersenyum.. antaranya, bila suami balik dr kerja pastikan ada makanan yang kita sediakan untuk dijamah oleh suami..

Oleh kerana hari ini suami maklong kerja malam.. jadi maklong masak bebola tahu ni sebagai sarapan untuk suami.. ini adalah cubaan pertama maklong.. dan alhamdulillah suami maklong sangat sukakannya.. cucu2 maklong pun suka juga..

Sebenarnya resepi ni maklong ambil dr rancangan memasak kt TV.. tp, maklong cuma ikut yang asas je.. jom cuba..

bahan:
6 keping tahu.. dihancurkan
300gm udang.. buang kulit tumbuk
2 sudu tepung jagung
1 biji bawang besar dipotong halus2
sedkit daun sup dan daun bawang
garam dan aji secukup rasa
minyak untuk menggoreng

cara:
gaul semua bahan2 diatas.. kepalkan seperti bebola ikan..
panaskan minyak.. goreng bebola hingga kekuningan..
sedap dimakan bersama sos cili..