Blogger Layouts

Followers

Sunday, January 22, 2012

Nasi Tomato.. simpel je..


Assalamualaikum semua..

Hari ni rumah maklong ada ramai orang.. tapi oleh kerana maklong kepenatan balik dari air hitam, johor semalam.. maklong berehat kat bilik sampai pukul 11 pagi.. maklong bangun pun kerana maklong nak cepat beli tiket ke Osaka.. ada harga promosi..

Bila selesai beli tiket.. maklong rasa syukur sangat.. jadi tanda syukur tu maklong terus teringat nak belanja anak2 buah maklong makan nasi tomato.. hasil air tangan maklong.. jadi maklong terus ke Giant.. kat tingkat bawah selayang mall je.. beli beras basmathi.. tomato puree.. dan 3 peket ayam yang telah dipotong2.. untuk tambah ayam yang ada kat rumah..

Maklong balik dari selayang mall pun dah pukul 1.. terus bersilat dengan dibantu oleh anak maklong diana yang bercuti rehat.. sakit pinggang dek jauh berjalan semalam.. pukul 3 petang baru siap ko.. kelaparanlah anak2 buah maklong.. bila dah banyak kali mencuba resepi nasi tomato ni rasa senang pulak.. selama ni cuma tahu masak nasi putih je..











2 comments:

teratai said...

sedapnya,lama dah x buat nasi tomato...teringinlah pulak nak buat bila tengok gambar2 yg mengiurkan:)

Along Maklong said...

teratai..
sedap.. sedap..
lepas ni bolehlah buat.. menghilangkan rindu nasi tomato.. hehe