Blogger Layouts

Followers

Saturday, October 29, 2011

Ikan Keli Masak Sambal..




Assalamualaikum semua..

Bila maklong klik2 blog maklong ni.. kisahnya ada yang dah uplod gambar tapi tertangguh.. pelupa sungguhlah maklong ni kan.. nilah gambarnya.. ikan keli masak sambal yamg saaangat sedap.. bagi tekak maklonglah.. yang memang suka yang pedas2.. tahap kepedasan masakkan maklong orang lain tak boleh tahan.. kecuali oarang tu memang hantu cili macam maklong.. maklong kalau masak maklong tak peduli selera anak2.. maklong kira tekak maklong dulu.. so far.. anak maklong jarang komplen.. sebab dorang pun tahan pedas.. dari kecik maklong ajar.. kalau pedas sambalnya, makan ikannya je..







resepi untuk sambal ikan maklong kali ni..

bahan2:
2kg ikan keli yang telah digoreng garing

bahan2 untuk sambal:
3 biji cili merah
2 genggam cili api merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
sedikit belacan

tumbuk semua bahan..
tumiskan hingga kekuningan.. masukkan air asam jawa.. garam.. aji dan gula.. secukup rasa..
masukkan ikan.. gaulkan dengan sambal.. angkat..
sedia untuk dihidang..



Puding Roti Bersos Kastad..


 Assalamualaikum Semua..

Selamat pagi dan selamat bercuti kepada yang bercuti.. rasanya ada yang baru bangun.. maklong yang dah lama tak merajinkan diri pepagi ni maklong terajin pulak membakar puding roti.. siap buat sos ko.. agak ketinggalanlah maklong ni.. orang dah jemu makan benda ni.. maklong baru nak terhegeh2 mencuba..

Sebenarnya cucu maklong si Nasya.. tak suka makan nasi.. suka makan roti.. semalam atok dia beli roti butterscotch.. satu perangai cucu maklong ni.. dia tak suka makan tepi2 roti tu.. dia makan tengahnya je.. mulanya maklong tak kesah sangat.. tapi bila kebetulan mak usunya.. Maira balik malaysia hari tu.. dia beritahu maklong.. dan dia buang tepinya dulu baru bagi roti tu kat Nasya ni.. kalau roti biasa ru maklong buang je.. tapi kali ni roti sedap sikit.. jadi maklong simpan sebab ada projek maklong nak buat..

Pagi tadi maklong pun buatlah projek tu.. puding rotilah apa lagi.. betul kata Nani Rostam.. blogger model 80an.. guna roti butterscotch.. puding jadi lebih sedap.. memang sedap.. sebab ada sosnya pun ye kut.. tapi anak2 maklong mencebik je.. sambil cakap, tekak orang kampung.. huhu.. maklong pun apa lagi.. potong2 masuk pinggan siram sos.. hantarlah kerumah jiran..



Ini.. sarapan maklong pagi ni.. tekak maklong pun tekak kampung juga.. tapi maklong ajar sikit2.. supaya lebih moden.. hehe..



Nilah rupa puding tu.. guna kulit roti jadi nampak hitam je.. hehe.. kismisnya.. kali ni maklong tenggelamkan.. bubuh bawah2 roti.. sebab hari tu maklong bubuh atas jadi macam nak pahit2 sikit..


Thursday, October 27, 2011

Bawal Masam Manis Lagi..


Assalamualaikum Semua..

Selamat malam semua.. kepada yang dah nak masuk tidur.. maklum besuk kan nak kerja kan.. maklong ni surirumah sepenuh masa jadi selalu tidur lewat dan bangun awal.. siang boleh sambung tidur.. masa cucu2 tidur maklong pun tidur sama..

Hari ni maklong tak masak sebab yang nak makan semua dah balik kerumah masing2.. anak besan maklong dah balik sambung belajar.. yang sorang lagi kerja macam biasa.. anak2 dan menantu masing2 kerja.. tinggallah maklong dgn paklong.. dan cucu maklong si Nasya.. apa lagi.. maklong oder je nasik kukus dari paklong..








Atas tu menu maklong semalam.. tengahari.. sebelum anak2 besan maklong balik belajar dan kerja.. yalah masing2 rindukan masakan mak kan.. mak dorang jauh di Sabah.. jadi maklonglah mak dorang.. maklong pun dah anggap dorang macam anak maklong sendiri.. dalam pukul 5 macam tu maklong hantar si adik ke Puncak Alam.. dia belajar kat UITM..





Inilah anak besan maklong tu.. baru lepas terima sijil.. hari selasa lepas.. dihari konvokesyen, kat UITM, Shah Alam.. sekarang sedang belajar kat UITM, Puncak Alam..





Yang ni.. abangnya.. juga baru bulan lepas terima sijil juga.. tamat belajar dari Msaterskill.. sebagai juruterapi.. ala2 jururawat lelaki gitu.. dapatlah maklong tumpang gembira diatas kejayaan anak2 besan maklong.. adik ipar anak maklong.. Diana.. harapan maklong semuga cucu2 maklong dapat mengikut jejak uncle2nya.. kalau boleh lebih.. lagi baik kan..


Monday, October 24, 2011

Sabtu & Ahad.. masak.. masak.. masak..


Sabtu malam buat puding roti.. bakar punya.. kalau ikut nani rostam, kalau nak sedap dia suruh guna roti yang best.. paling koman pun guna roti butterscoth.. betul ke maklong eja ni.. tapi maklong lupa.. terbeli roti biasa.. jadi macam kurang sedap je..



Bangun pagi.. selesai solat subuh.. terus buat triffle.. resepinya ikut triffle pisang lemak manis.. pisang tu maklong gantikan dengan buah peach.. lepas tu masukkan peti ais..



Buah tembikai susu ni maklong potong2.. boh dalam peti ais.. penuhlah peti ais maklong..



Untuk sarapan dan bekal paklong.. maklong buat pancake.. kawan2 paklong kata sedapppp..!! cicah kari udang.. maklong lebih suka cicah sirap mapel..



Untuk makan tengahari maklong masak ikan selar.. sayur bening sawi bunga.. tak sempat nak posing pun.. petang sikit maklong buat kek pisang.. 2 biji ko.. nasib baik habis jugak..



Sotong sambal ni untuk makan tengahari tadi.. ingat nak ajak nak besan maklong yg study kat mana ye.. lupa pulak maklong.. makan tengahri.. rupanya dia balik rumah kakaknya kat Putra Jaya..



Ayam goreng simpel ni untuk makan malam.. ingatkan nak masak kicap.. tapi dah kepenatan.. makan macam tu je.. licinnn..



Pucuk paku goreng belacan..



Siap masak untuk makan tengahari.. masak kari pulak..untuk kuah roti jala yang jiran maklong tempah.. gambar bawah adalah antara roti jala yang maklong tebar hari ini.. alhamdulillah.. siap sebagaimana yang mereka nak.. yang warna pink + kuning tak sempat nak posing.. tuannya dah datang ambik.. nak cepat katanya.. kali sebiji roti jala pun maklong tak rasa nak makan.. dah jemu gamaknya..





Assalamualaikum semua..

Semalam hari sabtu 22/10.. dari awal pagi lagi maklong dah masuk dapur memasak.. macam2 maklong masak.. macam nak buat jamuanlah pulak.. jauh disudut hati tu ada teringin nak buat jamuan untuk anak beranak.. anak2 besan.. sempena harijadi anak maklong Maira.. menantu maklong Syafie.. (suami maira).. dan adik maklong Juita.. tapi hajat maklong tak kesampaian.. adalah masalah sikit.. jadi makanan demi makanan tu.. ada yang tersimpan kat peti ais dan ada yang dibawa ketempat kerja paklong dan anak maklong diana..

Hari ni pulak maklong terima sedikit lagi tempahan roti jala dari jiran2.. ada yang untuk makan sendiri.. dan ada yang nak dibawa kerumah adik sempena harijadi anak buahnya.. sebelum mula menjala.. maklong masak untuk makan tengahari.. seronok masak ni.. kalau ada yang makan.. anak besan maklong yang belajar kat UITM, bercuti hingga selasa ni.. nak convo di UITM shah alam.. anak maklong haris.. tukang makan no.1..
tulah yang kerja maklong duk kat ceruk dapur.. masak.. masak.. masak.. kemas.. kemas.. kemas..

  

Saturday, October 22, 2011

Ikan Sepat Masak Sambal..


Assalamualaikum semua..
Apa kabar semua hari ni.. ada yang belum bangun.. ada yang tengah bersilat kat dapur.. menyiapkan sarapan untuk keluarga kan.. maklum kan hari ni cuti.. maklong pulak doklah nak menayang menu semalam.. hari jumat.. hari maklong bermanja2 dengan anak dan menantu.. pagi2 lagi dah arah menantu buat itu ini.. cat bilik air.. repair kerusi yang patah.. pasang cermin dan rak kat bilik air.. bila dah siap ajak pulak ke pasar borong.. setia bagai pak supir mengekori maklong membeli ikan.. sayur dan buah.. tolong bawakkan apa yang maklong beli.. uols ada tak menantu macam maklong.. ha.. tu lah beruntung maklong kan..

Siap beli sotong 2kg dengan udang lagi ko.. pastu tunjuk kat maklong ada ikan kegemaram maklong & paklong.. ikan sepat yang jarang sangat nak jumpa kat pasar borong ni.. apa lagi maklong terus beli 1kg.. harganya cuma rm7..



Ada sapa2 yang tak pernah tengok ikan sepat ke.. nilah rupa dia sebelum disiang.. besar2.. geram tengok..
maklong goreng lepas tu buat sambal biasa2 je.. tapi sedapnya..



Peria goreng ni anak maklong yang masak..



Ikan tongkol masak lemak cili api ni pun anak maklong yang masak.. maklong tak makan pun.. cukuplah ikan sepat masak sambal tu..


Wednesday, October 19, 2011

Tamat Perang Semut..



Assalamualaikum semua..

Selamat pagi.. dah sarapan ke..? maklong baru lepas sarapan.. nasi sejuk dengan sambal bilis.. sedap ko.. ada ayam masak sos tiram pun maklong tak cuit.. sambal bilis lagi sedap.. bagi tekak maklonglah.. hehe..

Pepagi ni maklong nak cerita pasal benda ni.. nak sebut apa pun maklong tak reti.. water dispenser.. dia tulis.. maklong jumpa benda ni kat Seng Heng Selayang Mall.. mula2 tu tengok je.. sambil berangan.. mesti nak beli.. balik rumah maklong cakap kat anak maklong Diana.. yang maklong nak sangat benda ni.. dia jawap tunggulah dia dapat gaji.. alah lambatnya.. oleh kerana tak sabar nak tunggu gaji.. semalam maklong terus beli, kira guna duit maklong dulu.. gaji nanti claim.. hamboi maklong.... dengan anak pun nak berkira.. selalu dengar ayat macam ni.. maklong jawap.. mestilah..



Bila dapat guna benda ni rasa senang dan selamatnya kerja maklong.. pertama tamatlah peperangan maklong dengan semut2 selama ni.. hampir setiap hari ko.. boleh jadi tensyen.. sebab orang kata makan semut boleh jadi bodoh or pelupa.. kesian cucu2 maklong kan.. maklong pun dah jadi pelupa.. gara2 minum air bersemut ni.. lepas ni semut tak boleh main berenang2 lagi..

Benda ni ada 2 butang.. pink tu untuk buat air panas.. nak bancuh teh ke kopi ke nescafe ke.. nak rendam megi pun boleh.. biru tu untuk bancuh susu anak or cucu memang ngam sangat.. tak yah nak campur2 air sejuk lagi.. kan senang.. kalau tak nak bancuh susu cucu2 ni kadang2 terlebih air panaslah.. ter sejuklah kan.. tak gitu..




Yang ni maklong beli baru 2 3 bulan lepas.. tapi yang ni cuma untuk air panas je.. tak best sangat.. bila dah dapat gading bertuah tanduk ni maklong bagi kat anak maklonglah yang lain.. jadi masih tetap boleh digunakan.. taklah tak berguna lagi..




Sunday, October 16, 2011

Mahalnya Lemak.. 3kg Rm249.00



Assalamualaikum Semua..

Kebelangan ni maklong jarang sangat nak buat n3 masak2.. sebab maklong masak yang simpel2 je.. kira banyak resepi ulangan.. Kali ni pun maklong cuma nak kongsikan pasal kisah maklong yang tengah nak turunkan berat badan.. baca tajuk.. mesti suspen kan.. mahalnya harga lemak.. lemak maklong lah tu..

Sebelum ni.. dalam jangkamasa lebihkurang 8tahun.. maklong mulai mengalami kenaikan berat badan yang sangat cepat.. kiralah dari 54kg hinggalah 93kg.. menangis  ko.. puncanya.. maklong pindah dari felda ke bandar Selayang yang terlalu banyak makanan.. hehehe.. hati senang.. kalau ada2 sikit2 masalah pun cuma sekadar ujian kecik yang maklong anggap seperti habuk masuk mata je..

Bila berat badan kita naik.. jadi mulalah mencari bermacam2 cara untuk kembali kurus.. mula2 tu rasa tak apalah.. naik sikit.. tapi bila dah mencecah 80kg.. maklong mula susah hati.. bukan takut suami lari cari pengganti.. tapi takut kesihatan terancam.. macam2 produk maklong cuba.. dari harga yang rm380 satu set hinggalah yang paling murah.. tapi kesannya tidak memuaskan hati.. tak madan yang maklong ni bukanlah orang berwang.. tapi untuk kurus ni maklong sanggup berhabis ribuan ringgit tau.. kadang2 tu siap mintak anak sponsor..



Dan.. terkini maklong cuba produk ni.. maklong dapat info tentang produk ni dari rakan fb.. Faizah Samat.. (SUPER SLIM HEALTH CARE 4U).. bila maklong yakin maklong pun oder dan makan.. bulan pertama maklong turun 3kg.. masa tu raya.. dan cuti2 kelantan yang memaksa maklong makan seperti biasa.. tapi berat tak naik.. harga sebotol rm249.. dalam ada 30 biji kira tahan untuk sebulanlah.. makan ubat ni maklong rasa sehat sangat.. kaki maklong yang bengkak jadi kempis.. sekarang maklong makan dah masuk bulan kedua.. botol kedua ni dah habis 17biji.. maklong baru timbang.. berat maklong sekarang 86kg.. kira dah turun 7kg.. alhamdulillah.. tulah yang maklong teruja sangat dan tanpa segan silu maklong kongsikan disini dengan sapa2 yang sudi baca.. kalau ada yang nak cuba kena cari Faizah Samat kat fb..



Makan produk super slim ni tak perlu kontrol makan sangat.. makan macam biasa.. kalau maklong memang tak pantang langsung.. semua ngap.. yang paling penting air kena minum 3liter sehari.. 2 botol besar.. tu agak seksa bagi maklong.. sebab maklong orang yang tak suka minum.. sehari tu nak habiskan sebotol kecik pun susah.. air manis pun kurang.. tapi kalau minum nak yang kaw2 gitu.. takut kena diabetes pulak..
tapi nak turun berat badan punya pasal.. maklong telan jugaklah.. tu pun kadang2 tak habis..



Disamping nak slim maklong makan ostesamin ni untuk kesihatan lutut @ kaki.. belum sakit.. cuma nak supaya lutut maklong terus sehat.. madu pun maklong minum juga.. niat nak sehat juga.. mak & bapak maklong ada sakit kronik.. maklong berusaha untuk elak.. kalau dah elak pun kena juga.. redhalah kan..
lagi satu petua untuk kekal sehat.. bangun malam.. solat sunat walaupun pun cuma satu rakaat solat witir.. dan banyakkan bersedeqah..



Basikal ni dah lama beli.. tapi jarang2 guna.. sekarang nak simpan kat mana pun susah.. kira buat semak dapur je.. kalau maklong guna mesti cepat turun berat badan kan..



Ni gambar maklong masa umur 35 tahun.. anak empat ko.. slim melim kan.. masa ni berat badan maklong 54kg.. sekarang ni kalau dapat turun ke 74kg pun dah bersyukur banyak.. paklong dulu 52kg.. sekarang dah 71kg.. maklong bela baik punya.. hahaha.. paklong rajin jogging..


Ha ni pun sama.. masa umur maklong 35 tahun..


Friday, October 14, 2011

Resepi Roti Jala Maklong..


Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua.. maklong harap semua sehat.. maklong.. alhamdulillah sehat.. dan ceria sambil2 menyiapkan tempahan roti jala sebanyak 160+10 keping.. ini merupakan tempahan ke2 yang maklong terima selepas maklong reti menjala2 ni..

Selama ni maklong bancuh tepungnya ikut dan je.. tak sukat.. jadi atas permintaan kengkawan maklong kali ini sukat bebetul.. jom layan..



Resepi maklong ni.. anggaran untuk mendapat 100 keping roti jala.. kalau yang nak buat beberapa keping untuk makan sendiri or family kecil.. bahagilah ye..

Bahan:
1kg tepung gandum (9 cawan)
3 cawan susu cair atau susu segar
6 cawan air biasa
1 cawan minyak jagung atau butter yg dicairkan
6 biji telur
3 sudu teh garam
pewarna secukupnya

Masukkan semua bahan2 kedalam blender.. blend hingga bancuhan sebati..
oleh kerana blender maklong kecik.. maklong bahagikan kepada 3 bahagian.. kemudian tapis..




Bancuhan yang telah ditapis masukka kedalam bekas yang ada muncung.. supaya senang nak masukkan kedalam acuan roti jala muncung tiga.. tu pun kalau gunakan acuan tu.. kalau bancuhan agak pekat tambah air..



Cara seterusnya.. panaskan kuali non-stick.. dan mulakanlah menebar jala..



Bila dah masak.. angkat dan gulung



Susun dalam bekas.. ni roti yang pembaca blog maklong oder.. dia siap sediakan bekas.. senang kerja maklong.. terima kasih nana..



Senang hati maklong.. bila dapat menyiapkan tempahan mengikut masa yang dijanjikan.. harap2 mereka yang makan roti jala maklong ni berpuas hati.. kalau ada kekurangan kemaafan jua yang maklong pohon..
maklumlah.. maklong baru belajar nak berniaga roti jala ni..




Wednesday, October 12, 2011

Satay Hut.. satay besar gilerrr..


Assalamualaikum semua..

Hari selasa lepas maklong balik kampung kan.. sebab bapa sedara maklong meninggal.. dalam perjalanan balik tu maklong teringat anak maklong Haris dah lama sangat teringin nak makan satay besar ni.. jadi maklong pun singgahlah belanja anak2 makan satay besar ni.. adik mai jangan terliur ye..



Tunggu satay sempatlah kami anak beranak berposing.. oder 20 cucuk je.. untuk makan kat situ.. 30 cucuk maklong bawa balik kampung untuk anak2 sedara maklong..



Ni anak dan menantu maklong.. masing2 muka mengantuk.. masa ni pukul 1 pagi.. kedai ni tutup pukul 2 pagi..



Nilah rupa satay besar tu.. maklong boleh makan 3 cucuk je.. dah kenyang.. anak maklong Haris boleh habis 11 cucuk.. malong yang paksa dia habiskan..



Satay ni memang saaaangat sedap.. lembut dan secukup rasa.. diakui oleh semua keluarga maklong.. sebelum ni kami suka satay subang yang ada dijual dekat Kuang..



20 cucuk je.. tapi nak habiskan seksa sangat.. harga 1 cucuk. rm1.30.. dulu rm1.20.. ayam kat naik harga.. jadi satay pun naik harga jugalah.. yang penting sedap kan..

 

Kedai satay hut ni terletak di Tanjung Karang, Selangor.. dekat dengan Hospital Tanjung Karang.. sapa2 lalu kat sini.. cubalah rasa satay ni.. kalau tak suka yang saiz besar.. yang kecik pun ada..