Blogger Layouts

Followers

Wednesday, July 27, 2011

Stylish Blogger Award


Assalamualaikum Semua..

Awal pagi ni maklong BW.. tup2 teringat yang maklong belum ambik award dari anak maklong Maira.. punyalah lama.. baru maklong sempat gantung award ni kat sini.. sorry dik, mak kan bizi giler sepanjang 2 minggu ni.. terima kasih sebab bagi award ni kat mak..

Kepada sahabat blogger yang baru kenal maklong atau yang dah lama kenal.. hehe.. maklong nak kenalkan.. Maira ni anak maklong.. anak bongsu yang tak manja.. tapi dimanjakan oleh maklong dan seluruh ahli keluarga.. dia dgn suaminya banyak ajar maklong buat blog ni.. terima kasih adik & in.. anak maklong ni masih belajar nun jauh di negara matahari terbit n dah kawin pun.. jodoh dah sampai maklong on je..

Ala.. nak kena bagi award ni kat orang lain pulak.. ni yang tak dapat nak buat sebab award ni dah lama tersepuk.. jadi macam dah suam2 kuku je.. sorry lagi sekali dik.. lagi pun maklong nak gerak ke Putra Jaya.. bye..

Tuesday, July 26, 2011

Selayang.. Langkap.. Bg. Datok.. Selayang..

Assalamualaikum Semua..

Sementara maklong sempat ni.. maklong nak ucapka selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.. kepada anak2 dan sahabat2 maklong yang sudi berkunjung ke blog maklong selama ini.. dalam minggu ni maklong masih sibuk macam minggu lepas juga.. rasanya hingga hari pertama puasa.. hari khamis ni maklong akan balik ke Pahang semula.. banyak urusan yang belum selesai disana.. kalau sempat nak cat rumah sebelum nak sewakan..

Hari tu maklong ada cerita pasal paklong dapat durian runtuh kan.. alhamdulillah.. walaupun tak banyak.. paklong telah agih2kan kepada mak2 dan pak sedaranya yang memang hidup susah.. maklong yang jadi PA paklong ikut jelah.. anak maklong diana yang kebetulan MC pun ikut sama.. sepatuttnya ada 4 buah rumah tapi paklong sempat pergi 3 je.. yang 1 paklong kirim dekat mak sedara yang sulung.. masa tu hujan dan cucu maklong dah merengek ajak balik kerumah embah boyotnya.. (mak maklong yang kat bagan datok)..

Kalau kita pernah hidup susah.. bila Allah bagi rezeki lebih sikit.. tolehlah kebelakang.. ingat kepada mereka2 yang pernah sama2 susah tetapi masih susah.. kongsikan sedikit rezeki yang Allah beri dengan mereka.. pasti mereka akan menitiskan airmata kegembiraan.. sedeqah itu tidak mengurangi harta yang kita ada.. percayalah..

Cek dah lepas ke bank.. tinggallah keratan cek.. hehe.. bukan maklong punya tau.. kalau maklong punya.. maklong belanja uols.. paklong punya ni.. dia belanja anak kesayangan dia je.. Maira & In.... anak bongsu maklonglah katakan.. dengan anak bongsunya yang kat Pahang.. sebab masih belajar kan.. yang lain dah kroje.. tak merasalah..

Sampai tol tapah.. kami isi perut dulu.. maklum kami datang mengejut..
orang2 tua kami ni tak ada talipon.. makanannya best sangat2.. kat simpang Taman Tapah rasanya..

Ni mak sedara paklong yang sulung.. anaknya cuma sorang.. cucunya 11 orang..
dulu masa cucunya masih kecik2 kami selalu kesini hulur apa yang patut..
sekarang cucunya dah besar.. kehidupannya lebih ok sikitlah..

Ni pak usu paklong.. dalam hidup susah terpaksa jaga 2 orang cucu istimewa..
suami isteri dah tak sehat..

Ni mak sedara nombor berapa.. maklong tak pasti.. baru kematian suami..

Syafiqah cucu maklong ni dah mula merengek ajak balik..
macam2 dia nak.. kopoklah.. airlah.. budak2 yang belum memahami..

Bila selesai urusan.. kami singgah makan mee rebus yang sedap kat teluk intan.. belakang setesyen bas.. kemudian terus ke bagan datok.. kawasan terakhir yang kami lawat.. hehe.. masa tu maklong dah tak larat sangat2.. besuk paginya maklong ajak mak maklong berurut.. barulah rasa ok sikit.. bila dah rasa ok maklong ajak paklong balik selayang.. biar macamna kecik pun rumah kita.. tetap kita rindu kan..

Monday, July 25, 2011

Selayang.. Pahang.. Selayang..

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong masih sibuk.. tapi sebelum maklong meneruskan perjalanan.. maklong sempatkan juga berceloteh sedikit cerita masa maklong balik pahang hari tu.. biasalah cerita bergambar.. hehehe..

maklong dan paklong kan peneroka..
maklong dan paklong orang felda keratong 8
abah paklong peneroka keratong 5.. dah meninggal.. so, paklong adalah pewaris tunggal..

nilah rupa pejabat felda keratong 5..
tempat paklong berurusan sekali2 je dalam setahun..

Nilah rumah maklong.. sebelah tu rumah paklong..
fenin2.. kan..?
rumah maklong ni besar.. tapi modal buat rumah ni sikit.. sebab maklong guna kayu balak yang ada kat ladang maklong.. maklong upahkan kat kawan memotongnya.. untuk dibuat rangka rumah.. belum siap dah tinggal dok selayang..

Kengkononnya dapur basah ni.. setelah dibersihkan secara bergotong royong dengan jiran2 maklong.. nampaklah bersih sikit.. sebelum ni semak sangat.. tak sampai hati nak tunjuk..

Ni ruang dapur juga.. tempat makan.. pun baru dibersihkan.. maklum sebelum ni disewakan.. 3 orang penyewa.. tak pasti sapa punya sampah..

Paklong siap panjat.. lap dinding2 yang berjelaga..
maklong pun sampai sakit2 badan.. belum hilang sampai sekarang..

Dan berpenat lelah terus ke segamat.. mencari durian segamat pulak.. durian gelang cincin memang world..
macam2 harga ada.. 10kg rm25.. 10kg rm 15.. dan yang 1 kg rm7..

Sempat usha2 kereta wira yang kira kilo punya..
booking yang ni.. hari jumat baru ambik..

Saturday, July 23, 2011

Maklong Balik Kampung..

Assalamualaikum Semua..
Maklong baru balik dari kampung di felda keratong 8, Pahang.. penat tak hilang lagi.. besuk, maklong akan ke langkap, Perak.. melawat kawasan.. hahaha.. bunyi macam YB je.. lepas tu akan ke bagan datok pulak.. cuti masak2.. cuti berceloteh.. cuti berblogging..

Maklong rindu banget kat uols.. muahhh..

Wednesday, July 20, 2011

Asparagus Campur Cendawan

Assalamualaikum Semua..

Hari ni maklong masak yang senang2 je.. asparagus goreng campur cendawan campur udang.. ikan rebus maklong goreng dan sambal tempoyak.. rasa tak selera nak makan ko.. sebab insyaAllah awal pagi besuk biasanya pukul 4 pagi.. maklong nak balik felda.. nak sampai sana pagi.. ada beberapa urusan yang perlu paklong dan maklong selesaikan kat sana.. maklong dah lama tak balik ke Pahang ni.. tu yang xcited sangat..

Alhamdulillah.. paklong dapat durian runtuh.. tak banyak mana tapi jadilah dari tak ada langsung kan.. maklong pun tak nak kalah nak jugak jenguk2 belakang rumah maklong kut2 ada durian gugur.. hehe.. dah pesan kat jiran maklong minta tolong kutipkan sebab maklong nak rasa durian yang arwah suami maklong tanam..

Alhamdulillah.. anak maklong diana dah keluar wad tengahari tadi.. harap2 lepas ni dia terus sehat.. tak mabok2 lagi.. terima kasih kepada sahabat2 blogger yang mendoakan anak maklong.. lepas ni menantu maklong pulak tunggu giliran nak masuk wad bersalin.. rasa macam dah dekat je.. tengok dia macam tak selesa.. harap2 sempatlah maklong balik dari Pahang kan.. eh kalau baby tu dah nak keluar.. tak kan boleh ditahan2.. hospital dekat. tak ada masaalah..



Tuesday, July 19, 2011

Alhamdulillah.. Rumah Diana Dekat Hospital..

Assalamualaikum Semua..

Anak maklong Diana masuk wad lagi dulu semalam.. tekaknya langsung tak boleh terima sebarang makanan atau minuman.. tak isi muntah isi lagi muntah sampai habis.. nasib baik rumah kami dekat hospital selayang ni.. taklah rasa bermasaalah.. ulang alik jelah macam kerumah jiran.. hehe.. sebab nak ke hospital cuma ambik masa 5 minit je..



Ini pulak anak jiran setaman maklong.. eksiden kat simpang dekat masjid.. naik motor kena langgar dengan kereta kenari yang dipandu oleh amoy..

Ini pandangan dari tingkat 11.. kearah rumah diana.. mmm.. nampak tak loji kumbahan tu.. ala yang tinggi tu.. haa.. kat situlah rumah diana..

Monday, July 18, 2011

Durian Untuk Maira..

IN TAK SUKA KAN..

Assalamualaikum Semua..

Sekarang dah musim buah kayu bak kata orang kampung maklong.. buah kayu tu macam durian.. manggis.. rambutan dan lain2 lagi yang pokok macam pokok kayu tapi mengeluarkan buah yang sedap2 untuk dimakan..

Sebenarnya maklong ni hantu durian.. suuuka sangat makan durian.. boleh habis banyak biji sekali hadap.. durian yang paling maklong suka.. D24.. tapi musim durian tahun ni.. kurang sikit buah D24 ni.. kalau ada pun harganya diluar kemampuan maklong untuk membelinya.. 1kg cecah rm15.. maklong ni agak berkira juga kalau bab nak makan ni.. tapi paklong kalau ada duit dia tak berkira.. tu yang dia belikan untuk maklong durian 101 untuk gantikan D24 yang tak ada dijual kat pasar borong..

Hari ni maklong menjenguk ke blog anak maklong In & Maira.. dia ada sebut teringin nak makan durian.. tulah yang maklong tepek gambar durian ni.. nak bagi dia jamu mata.. maklong pun sebenarnya tengah ketagih durian juga.. siap kirim kat anak maklong yang kerja despatch.. yang memang kerjanya memusing2 area KL ni.. tunggu petang sikit kut baru dapat makan..

Nilah durian 101 yang paklong beli tu.. warnanya agak menarik tapi rasanya tak sama dengan D24..
yang warnanya lebih lembut sikit..

Ini lah rupa durian D24 yang menjadi kegemaran maklong.. ni gambar tahun lepas punya.. semalam maklong dapat beli.. tu pun cuma 4 biji yang beratnya cuma 2kg lebih je.. alhamdulillah.. dapat jugak kan..

Hasil dapatan maklong petang tadi durian D24 lagi.. beli kat simpang selayang jaya nak ke selayang mall.. murah..!! 1kg rm6 je.. 3 biji rm20.. dia bagi 1 biji free..

Ni durian musang king.. kucing tidur..
untuk jamu mata je.. 1kg rm20..

Ni durian D24 kucing tidur jugak.. dapat 3 ulas terduduk kekenyangan.. hehe

Ini durian yang dia kasi free.. lupa nak tanya nama durian ni.. sedap..!!
tapi semua dah kekenyangan.. so, habuan untuk buat tempoyak..

Ni pun warnanya kuning kunyit.. tapi bagi maklong rasanya tak leh nak lawan dengan D24..

Sunday, July 17, 2011

Nasi Goreng Udang Untuk Paklong..

Assalamualaikum Semua..

Mentang2 hari ni hari Ahad.. semua orang bangun lambat kan.. termasuklah maklong.. pukul 10am baru nak bukak mata.. masa tu paklong dah balik dari kerja shift malam.. maklong malas masak sebab maklong nak pergi kenduri kawin kat setapak bersama menantu dan anak2 maklong.. paklong tak nak ikut.. ngantuk katanya.. pikir punya pikir maklong buatkan paklong nasi goreng udang ni untuk paklong sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali.. nasi cuma ada sikit.. so, maklong buat khas untuk paklong sorang..

Tak kira menantu yang mengandung.. anak yang mengidam.. cuma dapat cium bau je.. anak maklong diana tu MC lagi sebab asyik muntah2 je kat tempat kerja.. sempat jugak ikut maklong pergi kenduri.. lepas tu ke Kelang rumah adik maklong.. yang baru 10 hari dapat cucu sulung lelaki.. kira cucu sedara maklonglah kan.. balik rumah terus keklinik nak sambung MC.. doktor suruh pergi hospital untuk masuk air.. dalam badan dah tak ada air katanya.. masuk wad lagi.. kesiannnn..



Saturday, July 16, 2011

Dari Cempedak Jadi Cempedak Goreng

Assalamualaikum Semua..

Semalam anak maklong beli cempedak dan buat cempedak goreng.. isi cempedak tu kecik2 sangat.. pastu rasanya kurang manis.. dia beli 1kg rm6.. mahal kan..? kira maklong tak puas hatilah.. tu yang hari ni maklong ajak paklong ke pasar borong.. maklong beli sebiji cempedak dekat 4kg beratnya.. harga 1kg rm4 je.. isi dalam lebih besar dari semalam.. manis pulak tu.. alhamdulillah..




Friday, July 15, 2011

Kek Pisang Yang Menjadi..

Assalamualaikum Semua..

Ni hasil air tangan maklong petang tadi.. anak maklong sebuk buat cempedak goreng.. malong sebuk buat kek pisang lagi.. semalam kan maklong tak puas hati sebab tak lembab dan tak jugak lembut.. sebab terlebih bakar kut.. yelah guna loyang yang warna hitam.. bakar dengan kepanasan 175`C.. mana tak hitam n kering.. so, hari ni maklong buat lagi.. alhamdulillah menjadi.. gebu gebas ko.. puas hati sangat.. kali maklong buat guna butter yang dicairkan.. pisangnya maklong lebihkan.. dan suka suki maklong tambah bahan.. layan resepinya ok..


Bila kejadian kek maklong ni agak ok.. nak jugak maklong kongsikan resepinya..

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda
(satukan dan ayak..)

10 biji pisang emas dilenyek
125gm butter dicair dan disejukkan
1 cawan gula perang
1 sudu ovelet
1 sudu vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair

Cara:
pukul gula bersama ovelet..
masukkan telur dan pukul hingga kembang..
masukkan tepung berselang seli dengan butter cair..
kemudian masukkan susu sejat.. gaul rata

panaskan oven 160`C.. laserkan loyang guna butter.. taburkan tepung kemudian ketuk..
masukkan adunan tadi kedalam loyang.. kemudian bakar selama 40 minit..


Cantik kan kejadian kek ni.. harap2 lain kali kalau buat lagi jadi macam ni jugak..
mula2 tu saspen jugak.. macam nak melimpah je.. tapi maklong jampi2.. tak jadi melimpah.. hehe..

Daging Tetel Masak Asam Pedas

Assalamualaikum Semua..

Semalan kan menantu maklong yang pregnen 9 bulan teringin nak makan daging tetel masak asam pedas.. pagi tadi maklong pun kepasar borong.. maklong beli daging tetel 1.5kg.. balik rumah terus masak.. takut tak sempat.. bantainya dia bersalin awal.. dah kena berpantang pulak kan.. mana nak jumpa mak mentua baik macam maklong ni kan.. hehe.. (masuk bakul nampak..)

Untuk diri sendiri maklong masak lemak pucuk meranti.. telur masin.. ikan sepat masin lagi.. eeee.. seram dengar kan hari2 makan ikan masin.. kalau ada darah tinggi jangan buat.. mahu pening kepala ko.. lepas makan je maklong minum teh panas campur limau kasturi.. petua orang tua2 kena guna pakai jugak kan.. demi nak menjaga kesihatan..


Resepi masak asam pedas ni simpel je.. paklong dah pernah pesan jangan masak guna banyak sangat rempah atau bumbu.. jadi tak sedap pada tekak dia.. nak buat macam mana layan jelah kan.. kalu asam pedas ni paklong suka yang cair.. dulu2 paklong tak kesah pun sekarang ni dah jadi kesah.. tekak orang dah tualah katakan.. hehe

Bahan:
1.5kg daging cincang potong kecil2
7 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
sedikit lengkuas*
sedikit belacan
7 batang serai diketuk..(maklong suka bau serai..)
1 cawan cili kisar
1 ikat daun kesum
4 helai daun limau purut
2 biji tomato dibelah 4
3 keping asam keping
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan serai.. cili kisar.. tumiskan lagi hingga naik minyak..
masukkan daging.. masak sekejap..
masukkan kedalam pressure cooker.. rebus selama 45 minit..
bila daging dah lembut.. masukkan garam dan aji secukup rasa..
asam keping.. daun kesum dan daun limau purut..
akhir sekali masukkan tomato..
tutup api dan sedia untuk dihidang..

Thursday, July 14, 2011

Menu Buka Puasa.. Simple Je..

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong puasa.. jadi maklong tak masak apa2.. anak2 masak ikut dan jelah.. ada yang goreng telur.. ada yang makan sambal semalam.. bila dah petang barulah maklong masuk dapur.. masak apa yang patut untuk berbuka..

Sardin masak kicap.. maklong masak apa yang ada kat rumah.. malas nak keluarlah.. sayur kobis masak sup campur suhun..

Ikan sepat masin.. lama tak makan.. sedap banget ni..

Sambal tempoyak.. pedas berdengung..

Kuih dadar gulung hasil air tangan menantu sulung..
asalnya dia mimpi makan kuih ni.. bangun tidur terus buat.. ikut resepi yang maklong tepek kat SINI..