Kesini.. kemana..? ke Pengkalan Kubur.. bukan ke kubur tau.. hehehe.. tu, anak maklong yang sulung merangkap drebar maklong masa maklong ke Kelantan hari tu.. Mula2 pergi dulu.. maklong tak sempat nak kesini.. sebenarnya tak tahu pun ada tempat ni.. yang maklong pernah dengar Rantau Panjang je.. Bila rakan2 fb maklong ada sebut pasal Pengkalan Kubur ada corelle jual loose.. murah pulak tu.. mulalah maklong berangan..
Tapi tulah.. maklong tak merancang nak ke Kelantan pun.. sebab perancangan awalnya anak maklong Maira yang dapat suami orang Kelantan tak balik tahun ni.. balik tahun depan.. tunggu suaminya habis belajar.. tapi bila dah dengar dia mabuk2 maklong pun suruh dia balik.. tu yang maklong hantar dia ke Kelantan.. dapat jugak maklong ke Pengkalan kubur.. walaupun sekadar dapat jamu mata je..
Pengkalan Kubur ni jaraknya cuma 25km dari Kota Bharu.. 30 minit dah sampai.. bagi penggemar pinggan mangkuk.. periuk belanga dan lain2 yang sama waktu dengannya.. memang sesuailah berkunjung kesini.. harga berpatutan tapi tak boleh kurang.. yelah beli sikit je ko.. kalau beli banyak2 boleh kut.. kalau beli sikit.. jangan risau.. tak kena cukai pun..
Ni.. antara barangan yang tertinggal.. hehe..
kalau nak beli kat Parkson atau Sogo macam tak mampu je..
Kalau tak kerana budak ni.. rasanya tak sampai kesini.. maklum jauh.. ingatkan dulu tambang beratus2 hengget.. rupanya.. tak sampai rm200 pun termasuk TOL.. tulah kita ni.. kalau tak pernah pergi.. rasa jauhlah.. mahallah minyak kereta & TOL.. bila dah pergi baru tahu..
Kat bawah ni.. Rosetta corning ware yang maklong teringin nak beli lain tahun.. itu pun kalau maklong panjang umur.. dan ada rezeki.. boleh rembat satu set.. kalau tak tunggulah kut ada sapa2 nak belanja.. eh ada ke.. hehe..
Dereten tudung macam ni biasa kita tengok kat jala TAR.. harga pun tak jauh beza.. fesyen terkini pun banyak lagi kat KL lah.. orang pengkalan kubur baca jangan marah ye..
Macam2 ada..
Maklong tak sabar nak tunggu tahun depan.. nak datang sini lagi.. sebab ada yang tertinggal kat sini masa pergi hari tu.. hehehe.. ssyyhhhtt.. tak cukup duit ko..